Hati ...
Sudah pesan pada hati jangan cepat koyak, jangan cepat rabak..
Aku pernah kata bahawa ''DUNIA INI TIDAK ADIL'', sehingga suatu hari Allah telah hantarkan aku kepada beberapa orang dengan jawapannya ''Dunia ini sangat adil kerana Dunia ini tidak adil untuk setiap orang'' bukan hanya aku..
Pernah aku terjumpa banyak hadis yang menyatakan bahawa betapa besarnya nikmat kesabaran, dan di dalam alQuran disebut berulang kali tentang 'sabr'' iaitu 'sabar'. Demi Allah, aku sangat kagum kepada hamba Allah yang berjaya mendidik diri sabar dalam apa jua rintangan..
Aku?
Sangat sangat rapuh, sedang mempersiapkan diri dalam mendidik diri dengan sabar, namun berjuta perkara yang menguji kesabaran aku. Lillahi, sekarang aku agak berbeza dengan beberapa tahun 'Aku' yang lalu, mungkin lebih 'waras' dan 'sabar' berbanding dahulu..
Kenapa hari ini aku rasa sangat sedih? Sedih yang aku tidak tahu apa punca. Puas aku mencari punca kegelisahan, kesedihan aku.. akhirnya aku tewas, aku biarkan diri aku dihanyut kekecewaan, kegelisahan dan dukacita. Ohh , harunya perasaan ini .
Oh Tuhanku yang Maha Agung,
Aku ingin memujaMu setiap ketika,
namun aku sedar, aku tidak layak untuk itu kerna aku hanya mengingatiMu saat Aku susah dan sering melupakanMu ketika aku senang..
Layakkah aku untuk menjadi hambaMu? Hamba yang mentaati segala perintahMu dan menjauhi segala laranganNya?
Layakkah aku?
17/07/03 _isnin_
No comments:
Post a Comment