Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

04 August, 2017

Hari esok

Scroll Instgram, Facebook , rata rata akan memaparkan soal kemewahan, kekayaan dan pelbagai yang indah mata memandang, persoalannya adakah benar-benar mereka maksudkan apa yang mereka tontonkan?
wahualam..

-Maksud : Setiap hari adalah berbeza-beza, adakalanya kita rasa tak terkira kebahagiaan yang Allah berikan, ada kalanya kita rasa, Allahh, Maha Berat Ujian yang Engkau berikan sehingga tidak terdaya olehku memikulnya.. *Sebenarnya yang kita tahu , Kita mampu pikul sebab tu Allah pilih kita*

''Khabi Khushi Khabi Gham: Ada kala suka, ada kala duka''

Kadang-kadang aku tertanya, tanya kemanakah atau bagaimana aku nanti? Di mana aku nanti? Allah boleh mengangkat darjah seseorang hamba dan Dia juga berhak merendahkan seseorang.
Allahu.

Bila difikir tentang apa yang aku impikan, apa yang aku mahukan dan bermacam macam soalan yang bermain difikiran membuat aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada, terutama apabila aku gagal dapatkan apa yang aku mahu.

Aku mulai belajar erti mahu dan mahu berussaha lebih gigih. Aku mulai belajar erti gigih.
Pada awalnya kita marah kerana gagal, marah kerana tidak dapat apa yang kita mahu, suatu hari kita syukur semahunya, rupanya Allah dah susun cantik cantik perjalanan hidup ini,

Jutawan China ada berkata 'Get Used Rejection' , beberapa kali memohon kerja kerajaan namun gagal..Lastly, sekarang seorang jutawan, See?
KIta mungkin nampak seseorang pada hari ini tiada masa depan, but tomorrow how?

Usah iri hati pada kejayaan orang lain kerna kita tak tahu berapa banyak keringat, pengorbanan yang telah dititiskan atas segala perjuangan ini..KIta tak tahu dan langsung tidak akan tahu, yang tahu hanya iri hati, dendam, hasad dengki dan mempersoalkan kejayaan kita ..


No comments:

Post a Comment