Ya, adakalanya sebagai manusia kita akan melalui hari hari yang membuat kita down, sedih, hiba tanpa tahu apa puncanya..
Khabi khushi khabi gham (adakala suka,adakala duka) itu biasa dalam kehidupan..
Mungkin ya, adakalanya kita menyesali tentang perkara perkara yang lepas,kita masih pertikaikan & persoalkan,
"Kalaulah" itu "kalaulah" ini ialah satu perkataan yang wajib kita hindari dalam hidup, kLu nK IKUTKAN perkataan kalau,gajah pun boleh terbang..huhu..
Ikhlaskan hatimu, lapangkan dadamu,
Pejamkan matamu dan bisikkan dihatimu, "Bahawa Allah menciptakanmu tanpa musuh yang iri hati, tanpa teman yang munafik"
Kemudian senyum.. Sungguh senyuman yang ikhlas lahir dari hati yang ikhlas adalah seindah indah senyuman..
Hargai..
Hargai sesuatu walaupun kelihatan sesuatu itu kecil..
Hargai ketika dijalanan lampu isyarat bertukar hijau,
Hargai ketika beriadah ditaman tiba tiba ada orang belanje ais krim,
Hargai kritikan & teguran yang kamu dapat,
Hargai perkara buruk yang pernah berlaku sbb perkara itu yang menyeimbangkan kehidupan kamu,
Hargai orang yang cuba membuat kamu bahagia..
Terima Kasih ..
Seandainya aku tahu bila tarikh kematian aku yang sebenar pasti aku sibuk membuat kebaikan,
Jodoh,Ajal,Rezki ialah rahsia Allah.
Dan guru pernah cakap manusia yang paling cerdik ialah manusia yang selalu ingat akan kematian,
Sedangkan aku? Rasa seolah olah akan hidup lama lagi..
Allahu..
Terima Kasih Tuhan,engkau wujudkan ramai orang dalam kehidupan aku,
Terima kasih juga kerana hilangkan sebahagian orang dalam kehidupan aku,
Aku doa pada Tuhan agar hadirkan orang yang baik baik dalam kalangan kenalan & jauhi orang yang tidak baik terhadap diriku..
Dan Allah tidak kabulkan dalam sekelip mata, malahan Allah kabulkan pada saat yang tepat disaat aku perlukan..
Bila mana aku Doa pada Tuhan Sungguh sungguh, bukakanlah keaiban dia dihadapanku andainya dia bukan jodohku*biasanya dalam istikarah/dalam keadaan dilema*, tak lama lepastu, satu persatu Aib Dia Allah bukakan,
Bukan bermakna Aku baik,
Apa yang aku cuba katakan, 🤓
Bukan saja saja sesuatu itu berlaku dalam kehidupan,
Aku pula tidak boleh marah sesiapa lebih dari 3 hari sbb terbiasa didik begitu,jadi sama ada aku beritahu atau tidak,
Sebelum tidur aku lakukan apa yg ibuku pesan"berwudhuk,maafkan semua orang sebelum tidur & mengucap"..🤗..
Langit tidak akan runtuh atas kesalahan yang pernah anda buat,
Dunia tidak akan kiamat kerna dosa dosa anda
& yang paling bermanfaat ialah mengumpulkan kembali serpihan serpihan yang berantakan menghapus segala kedukaan😍.
Selamat malam
12:26 a.m
No comments:
Post a Comment