Aku cuma mahu ingatkan gadis diluar sana, bahawa aku bukan perampas kebahagiaan orang.
Dulu aku pernah rasa betapa hina dan dibencinya aku oleh satu puak di sekolah, puas aku berbuat baik,puas aku ikut kehendak agar aku diterima & pada akhirnya aku mengalah dan tidak ambil peduli. Pada saat akhir ketika hampir Exam,ketua puak tersebut datang dan meminta maaf
sebab selalu buli & berkata buruk tentang aku..Aku terkejut juga bila dia mengaku pernah fitnah aku begitu begitu dibelakang aku.
''kenapa awak buat saya macam ni?Salah saya apa pada awak?''Aku nak jawapan.
''Saya buat sbb Iri Hati, dulu kwn2 sy rapat dgn saya,lps awk dtg sini, sy x boleh terima bila saya dapat tahu,boy friend sy ada usik awak,geng lelaki duk puji2 awk,paling sakit bila bandingkan awak dgn saya,sy buruk nama awk sbb sy nk diorg benci awk baru puas hati saya,tapi sy menyesal ,lagipun ni nak exam,sy hrp awk maafkan sy''..
Mulut aku berkunci, aku tidak dapat berkata-kata, dulu aku petah berkata-kata,tapi kalau bab orang meminta maaf, aku cepat simpati dan kasihan.Itu kelemahan aku, mungkin sbb itu juga mereka menindas aku & meminta maaf & menindas pula.
Aku masih ingat,tika aku dengar pengakuan tu.Aku balik & aku menangis.
AKu menangis bukan kerana sedih,aku menangis juga bukan kerana marah.
Aku menangis sbb aku tidak sangka, ada manusia berharap untuk ada kehidupan seperti aku & mahu menjadi aku,sedangkan aku tidak bersyukur atas kejadian aku bahkan membandingkan diri aku dengan orang lain * ketika itu*.
Bisik hatiku lagi
''Andainya Allah buka aib-aib aku,mana mungkin kamu mahu menjadi seperti aku.Mungkin pada luaran kamu mengagumi aku teguh walau difitnah, ditomah dengan kata kata dusta,hakikatnya aku dengar dan aku tidak mampu untuk melawan atau membalas kerna sudah tertanam prinsip aku satu: "biar orang buat anaiya aku,jangan aku anaiya orang lain''.. Kamu kagumi aku berani menyahut cabaran dalam apa jua yang guru anjurkan,aku beranikan diri dengan libatkan diri dalam sukan & permainan sbb aku cuba mencabar diri aku merebut peluang yang ada sbb aku tahu peluang itu hanya sekali dalam hidup.Dan kau mengatakan aku cuba mencipta nama & cuba menarik perhatian.Itu tidak benar,bahkan langsung tidak terlintas''.
Aku renungi balik zaman persekolahan dulu,ya memang benar.Ianya adalah sesuatu yang indah bukan kerana diminati ramai orang tetapi kerana aku berani menonjolkan siapa aku meskipun ada 1 yang membenci,aku tahu beribu yang menyanyangi kerna Allah itu Maha Mengetahui.
Buat kamu yang pernah melomparkan kata kata dusta & fitnah.
Sesungguhnya, aku sudah maafkan kamu.
Kamu membantu aku menjadi aku yang sekarang.
Sekuat Kuat Najihah.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment