Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

11 November, 2018

kaca dan permata

Sudah lama sangat sangat aku tidak meluahkan apa yang terbuku dihati.. aku terlalu sibuk dengan dunia yang tidak berkesudahan.

Hari ini aku agak kepenatan baru sampai darai rumah ke Uni. 8 jam digoncang bas, alhamdullilalh selamat sampai.

Alhamdullillah Allah hadirkan insan-insan yang baik sekeliling aku, terima kasih Tuhan.

Sebenarnya hari ini aku merasa sedih, perasaan rindu buat keluarga, perasaan hambar dan macam-macam rasa yang bercampur baur membuat aku rasa penat..

Mungkin benar, ada ketikanya aku matang sehingga sekeliling mengagumi idea dan cara aku handle something..

tapi disudut lain, aku juga ada kekurangan dimana ada hari-hari aku sendiri tidak mengerti apa yang aku mahukan.

dan bila berlaku keadaan ini, aku risau sekeliling tidak dapat menerima aku, my insecure, down yang aku sendiri kene bangkit dan bangun.. Aku risau aku dianggap lemah, aku risau..
Walhal, aku tidak perlu takut sebab yang sentiasa ada dengan aku, menyokong aku disaat aku tersungkur dibumi itulah yang patut aku hargai..

namun inilah aku, aku terlihat pada insan yang memperlemahkan potensi aku,
dan aku mengelak dengan insan yang sentiasa ambil berat tentang aku,
dan ini selalu terjadi dalam hidup aku.

aku tidak pandai menghargai.
aku tidak pandai memilh kawan. yang aku tahu percaya semua manusia itu baik, hakikatnya yang aku percaya itulah penghianat, dan yang aku abaikan itulah yang bantu aku ketika susah .

Buat waktu ini, aku hanya mahu menangis dan meluahkan apa yang terbuku dihati, biarpun tiada siapa mengerti apa yang sedang aku lalui.

Semoga Allah mengeluarkan aku dengan rasa sedih dan hiba ketika ini.
Amin.

No comments:

Post a Comment