Someone said dia tak pernah jumpa perempuan setinggi-tinggi ego macam aku.Tak pernah.. Dia cuba meruntuhkan ego aku, berharap aku berubah tapi aku tetap dengan pendirian dan diri aku. Dia hadir dengan terus cuba dan cuba dan aku masih dengan keras kepala aku..
Dan akhirnya, aku sudah dapat merasakan dia berputus asa. katanya dia tidak boleh meruntuhkan keegooan aku yang tinggi dan menggunung. Dia give up. It's okey.
Kawan aku cakap aku keras hati, how can i just let anything come and go without begging? Bagi aku, manusia itu bersifat bolak balik, hari ini dia kata kitalah manusia yang paling dia cintai sehingga akhir hayat, manusia akan kata apa yang dirasakan pada saat itu.. Dan hati itu bersifat bolak balik, dan pada masa dia tidak lagi menyintai kita, dia tidak memberitahu kita, bahkan dia mulai mengignore kita dan melayan acuh tak acuh.. Dahulunya kitalah yang menjadi keutamaan dalam apa jua keadaan..
Aku benci pada perubahan yang aku sendiri tidak expect akan berlaku. Dan akhirnya, aku yang putus asa. Sebab tu dalam perhubungan yang pernah aku bina, aku penyebab putusnya hubungan bukan sebab aku tak cinta, bukan juga sebab aku tak sayang, bila aku sudah mulai merasa layanan sudah tidak sama seperti dulu, aku mulai merasa hubungan sudah mati. Perlukah aku menyirami bunga yang sudah mati? kalau layu aku masih boleh berusaha menyegarkan kembali, tapi hubungan sudah retak, seretak hati yang aku pernah rasakan. Aku sukakan sesuatu yang terus konsisten, dari awal cuba dapatkan aku sampai akhirnya. seperti perasaan aku yang tidak pernah pudar. begitulah.
Biar aku menjadi setinggi ego yang kau kenali sekarang, sebab hati aku pernah menjadi serendah rendah wanita yang selalu mengalah dalam banyak keadaan, aku menjadi bodoh kerana selalu mengalah, hakikatnya aku terluka. Kemudian aku turn into someone yang keras kepala, malas memikirkan lagi dan insan yang baru hadir dan cuba mendekati aku, mereka hairan kenapa aku menjadi heartless.
Kata yang boleh aku katakan, aku fade up dan just let things happen..
manusia datang dan pergi itu biasa. dan manusia yang stay dengan aku disaat aku sudah menunjukkan my insecurity, you re the one i need but buat masa sekarang. let me love myself again. by loving myself my life become more gratefull. insha allah .
Perkara bodoh dalam percintaan ialah kita terus berada dalam kebodohan perasaan dengan menyatakan dia masih cintakan kita walhal hakikatnya dia sudah tidak cinta. Cara dan layanan pun berbeza. kelemahan menjadi perempuan yang baik ialah dia terus memujuk hatinya dengan menyatakan dia kaan berubah dan melayanimu dengan baik. Tidak. Pasangan yang baik tidak akan berubah, dia akan tetap konsisten dengan diri dia, bukan menunjukkan belangnya yang sebenar selepas mengetahui titik kelemahan wanita.
Jangan biarkan pasangan berada titahap selesa yang merasakan bahawa kita akan sentiasa menunggu dan berada di sampingnya, hakikatnya kita layak dilayani so much better than before. Jika dia tidak melayanimu dengan baik, dia bukan pasangan yang baik untuk dirimu. Ingat tu. Kelemahan wanita ialah takut untuk melepaskan sesuatu yang menyakitinya, ''sebenarnya bukan Cinta yang membuat kamu sakit kepala, tetapi orang yang salah, cinta itu sesuatu yang baik manusia itu yang tidak benar"..
tulisan ini bukan sahaja memperingatkan diri, malahan untuk sahabat sahabatku yang sedang melawan arus move on. semoga bahagia sentiasa mendampingi.
salam sayang, jieha.
No comments:
Post a Comment