Hari ni curi jugak sedikit masa untuk update blog, bukan tak busy, busy tapi for me bila aku tulis something yang sedang bercakap dalam hati aku tak kira melalui diari atau blog, aku rasa lebih lega. Sejujurnya aku suka orang dengar cerita aku, bila aku bercerita orang dengar dengan tekun dan teliti, mungkin lapar perhatian kali. haha. tapi dekat Uni bagi aku tak sesuai cari kawan semata mata nak talk abt anythg or everythg msing2 busy and ada hal msing2 so tak nak ganggu mereka itu yang pertama, yang kedua bila kita bercerita niat nak bercerita khuatir disalah ertikan kata kita menunjuk, bangga diri or anythg else diluar jangkaan kita. Bukan tak percaya tapi pilih tidak mahu .
3 hari aku ada perkhemahan yang wajib di Lenggong , perak untuk assigment aku arkeologi. pada awalnya aku yang tak mahu sebab 3 hari banyak benda lain aku bleh buat tetapi , aku kene akur sebab diwajibkan untuk kos aku tu..
Dekat sini, ramai lagi classmate yang aku rasa tak pernah sekelas dan dikumpulkan sekali, dan perkhemahan ni buat aku rasa ya mungkin lebih akrab dengan classmate wanita yang lain, dan alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.
Sebelum ni aku selalu cakap "beautifull strong woman and always'' maksud aku bukan membanggakan diri dengan menggelar "beautifull" tapi bagi aku tak kisah bagaimana seorang wanita itu, dia tetap cantik dengan cara dia, "strong" pula kadang2 ada hari lemahnya dia, down, putus asa tapi aku gabungkan beautifull strong woman, sebab tu kalau aku down bilamana aku perlukan someone support aku, bagi kata-kata motivasi dekat aku namun hakikatnya yang ada adalah aku manusia di hadapan cermin, "beautifull strong woman", dan aku selalu ulang benda yang sama bila aku tengok kawan aku down. mereka cakap , mereka suka berkawan dengan aku sbb positive , gila gila , sporting . yaa. dan kadang2 kami juga argue sebab itu perkara biasa dalam perbincangan.
Di khemah, aku rasa sedikit segan bila kami berkumpul, masing2 tengok aku. sebelum ni kami mana pernah sekali berkumpul, masing2 kolej yang berbeza.
''korang kenapa tenung aku?' aku mulai rasa malu,
''wei jieha, kau ni memang cantik, kau tak pakai apa pun cantik, untunglaa,aku nak pinjam wei muka kau sehari pun jadilah'' sapuk yang pertama.
aku dalam hati 'diorang nak bahan aku jemaah ke ape ni?' aku balas '' haha, tak lawak langsung , aku selalu down tengok aku sendiri, tengok ni haa ade lagi kesan jerawat ni''
''satu je pun, kalau cantik tetap cantik, kau pakai ilmu ape-ape ke? kau pakai tudung tak jadi pun, tibe2 laki tu g tegur kau orang mane? tadi mek klate cakap awk orang pasir mas, sy ckp bukan, untungla jieha wei, aku juga yang kene tinggal pakwe sbb aku tak cantik '' sambil dia tunjuk gambar awek baru ex dia.. dia tanya aku 'cantik tak awek baru pakwe dia?''
aku tengok gambar tu, aku tengok dia, aku tahu perasaan yang sedang dia rasa sekarang, sakit teramat, down dan macam2, hubungan yang dua tahun rosak begitu saja.
"awak tak boleh ckp mcm tu tahu, sy fhm keadaan awk dimana awk akan menyalahkan diri awk, awk bandingkan diri awk, awk rasa perempuan tu lebih elok, awk kene ingat, trash akan dpt trash, sy bkn nk doakan keburukan pada ex awk, awk dkat sini meratapi sdgkan dia bahagian dgn permpuan lain, dia fikir dia siapa? awk baik, lagi cantik, Allah pisahkan bersebab, bukan saja, saja, sy tahu sy bleh ckp sbb sy xlalui, tapi buat masa ni hanya ni sy bleh tlong awk tau". aku cuba motivate dia, aku tak bleh la kalau bab2 mcm ni aku jdi sensitive sikit, aku lemah sikit sbb aku rasa bagai aku yg dilukai, xtau la.. aku sensitif betul2 bab2 curang menyurang ni. haha.
Dia buat muke cool dia sambung ''kau tak pe senang, kalau putus ade je masuk line, duk di upsi famous kau mcm pakai pelaris, msuk kelas tu ade je no baru balik2 whtpp, tapi okey la kau tak layan, kalau senior yang ade kereta tu nak kat aku dh lame dh aku on senang nk p mana mana," kata dia sambil gelak. "tapi tu lah dia nak kat ko bukan dkat aku''. aku senyap, dua tiga org kwn aku yang lain tgok aku 'tu laa, kau pakai ilmu ape? ' sambung yang sorang lagi. aku snyap mcm blur.
''xse la aku wei, kalau stkt nk gunekan 'lelaki' sbb kpntingan diri tu selfish, xse aku, zaman loni bkn mcm dulu, zman loni zman jahat wei, x psai2 aku kene sembelih, kalau aku buat mcm tu dkat org, tahu dkat ma aku, mesti kecewa dpt anak mcm aku,lagipun aku xse ambil kesmpatan, prmpuan loni ramai x pakai sbb silap gune diri dia, sdr x sdr dia sndiri hok punoh dan x tahu jalan nk kluar dari sisi gelap dia,'' tiba2 aku rasa aku jdi serius..
''hang ni bagus la, dh la cantik , untunglah sape dpt hang,'' sampuk kwn aku sambil gelak.
biasalah budak budak nak katakan..huhu..
setiap orang ada prinsip masing-masing tau, dan aku juga ada prinsip sendiri, dekat sini jika niat awal nak dapat jodoh, maka dia dapat jodoh, tapi alhamdullillah sampai sekarang aku rasa aku masih jatuh hati dengan ilmu, rasa ingin tahu aku pada ilmu sejarah mendalam sehingga aku rasa masa aku sangat padat dengan kerje-kerja assigment dan sampai aku terfikir, macam mana la pelajar pelajar disini boleh couple satu uni? lantak diorang la, yang aku tahu aku tak boleh.. ade pakwe pun pakwe akan lari dengan kesibukan aku, itu firasat aku katakan, kalau tak laripun mungkin dia melayan orang lain.
bende yang aku nak share , ya benar aku mengaku, ada beberapa orang senior and junior whatpp aku nak berkenalan yang aku tak kenal , ade yang kata dapat number dari kawan kelas, ade yang ckp satu kelas dan ade yang aku langsung x balas kalau number baru, dalam ramai ramai ade sorang yang asyik kirim salam melalui orang tengah dan aku blur sbb aku betul2 tak kenal , aku pun malas nk tanya.. aku peliknya aku tak kenal orang nama classmate aku pun masih tertukar tukar and yang sorang ni bagi aku terlalu open yang meluahkan dia berkenan dekat aku yang dia kata dia sendiri tak pasti sebab aku, ya aku memang tak layan sbb aku sibuk dan tak balas chat dia, satu hari tu bila aku tengah down dia terwhtpp aku, aku tak tau ribut ape yang melanda aku waktu tu aku balas whtpp dia,
''sekarang kau boleh kata kau jatuh cinta dgn aku, suka aku dan minta aku beri peluang untuk kenal kau lebih rapat dan kau nak kenal aku lebih rapat? lepas kau kenal aku, kau tahu kelemahan aku, insecurerity aku, kau aka tinggalkan aku, kau jatuh cinta pada aku sebab ape aku tak pasti, tapi kau tak akan benar benar jatuh cinta pada aku bila aku tunjuk kelemahan aku, time aku sendiri tak faham dengan diri aku, perasaan mahu mengamuk, perasaan mahukan perhatian, perasaan cari gaduh, dan saat tu kau bandingkan aku dengan orang lain, dan kau akan tinggalkan aku, tak payah kau nak bicara soal perasaan dengan aku, aku tak berminat, kalau kau rasa ade kepentingan kau boleh whtpp tpi kalau takde, tak payah''.
sejak peristiwa ni lah, dia selalu menyorok time terserempak dengan aku, and hilang entah kemana..huhu. ingat sekali kelakar, biarla aku jadi singa betina kadang2, nak suke aku tak salah, tapi jangan paksa aku suke balik la, tu yang salah.
ape ape je la, yang penting aku nak tuntut ilmu, aku nak bina empayar aku sendiri, i mean perjalanan hidup aku, akuu bersyukur sangat Allah susun cantik-cantik perjalanan hidup aku, bila aku down, aku membaca alquran dan tafsiran alquran setiap kata makna ayat yang tertulis, aku merasa seolah-olah Allah sedang berbicara dengan aku, mengisi jiwa aku, tenang yang aku sedang mencari, bila aku rasa sedih dan aku perlu kekuatan, biarlah orang kata aku ego tinggi sekalipun di mata mereka, bila dia duduk sebilik dengan aku, dia akan tahu mcm mana aku menangis mengadu pada Tuhan tentang apa yang berlaku, apa yang aku rasa, Tuhan itu sangat dekat, tapi kita sendiri yang pilih mahu jauh atau dekat denganNya. Bila meluah aku rasa lega, aku dapat kekuatan aku balik, itu perkara biasa, aku pernah berharap akan ada manusia yang menyokong aku dari aku terkial kial, memberi kata-kata, beri motivasi, dengar cerita, namun hakikatnya manusia itu bersifat tidak kekal, begitu juga diri aku dalam hidup seseorang, maka kebergantunganku harus aku letak pada Dia yang utama.
dan aku yakin, Allah itu adil, Allah sangat menyayangi diriku dengan dasyatnya, dan disebalik kesusahan ada kemudahan..insha allah, aku yakin aku akan capai dan bahagia . amin . amin
No comments:
Post a Comment