Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

29 November, 2018

kesedihan memanah aku dengan busurnya

Hari ini izinkan aku menulis dengan penuh rasa sedih,kecamuk, dan pelbagai rasa yang tidak mahu aku rasai.. 

Badan aku penat teramat, jiwa aku rasa sakit, hati aku juga begitulah. dalam kesibukan aku biarkan diri aku berpenat tanpa henti, tanpa sedar aku rebah. aku sujud dan benar benar sujud dalam esakan, aku tidak suka sama sekali pada kesibukan kali ini, kepenatan mental dan fizikal. masa aku untuk sangat sangat singkat yang kurasakan, rehatku entah dimana..

semalam aku tewas, aku biarkan diri aku menangis semahu-mahunya, aku biarkan segala perasaan aku dilepaskan bersama air mata. betapa sakit perasaan yang aku rasakan, rindu pada semuanya sangat sangat sakit..

nak sangat aku call my mom luah dkat dia, betapa lemahnya aku semalam, betapa aku perlukan dia untuk peluk aku disaat aku lemah, tapi aku tak mahu dia risau, menangis dan fikirkan aku.. setiap kali dia tanya khabar aku, betapa aku luah 'aku okey, semuanya okey''. lepas tu aku menangis,

semalam aku biarkan diri aku dirundum kesedihan, aku melayan kesedihan dan air mata, aku biarkan kata-kata negatif menghukum diri aku, betapa teruknya aku rasa, aku lihat rakan sebilikku lena dibuai mimpi, perasaan ketika itu aku perlukan seseorang, katakan sesuatu tapi badan aku penat, mata aku enggan tidur, aku hanya menangis. ingin sahaja aku kejutkan roomate aku, minta satu pelukan sebagai semangat buat aku,, tapi aku tak mahu ganggu dia, 

menangis bukan tanda aku lemah, tapi bagi aku menangis cara aku lepaskan semua rasa yang terbungkam di hati aku. biarkan rasa ini keluar sedikit demi sedikit bersama air mata, ini salah satu proses kedewasaan.

aku tertidur dan jam 5 pagi aku tersedar selepas aku bermimpi, mimpi seseorang yang pernah ungkap rasa Cinta dan sayang yang pernah berjanji akan setia dengan aku, dalam mimpi tu aku melihat dia, aku melihat dia dari jauh, dan aku menangis. aku tersedar dari mimpi, dadaku terasa sesak dan aku menangis, Allahu. ketika jiwa aku terganggu, segala akal fikiran akan turut mengganggu mimpi-mimpiku,mimpi pun tidak mahu aku berehat..

tidak sabar rasanya untuk habiskan sem ini, ingin aku berehat dari semua rasa ini, dan sem ini merupakan banyak pengajaran yang aku pelajari, assigment group, individu, dan lain lain yang hanya Tuhan yang tahu.

masa akan berlalu, dan rasa sedih ini juga akan turut bersama.
aku tahu aku pasti akan senyum dan ketawa kembali bila tiba saatnya, sebenar benar senyum dan sebenar benar ketawa.

Terima Kasih buat insan yang sentiasa mendoakan aku.
Terima Kasih buat insan yang sentiasa menyokong aku tanpa jemu.
dan Terima Kasih buat insan yang pernah melukakan hati ini, awak mengajar saya menjadi lebih kuat. Terima Kasih .

No comments:

Post a Comment