Bismillahirahmanirahim, apa khabar sesiapa yang membaca blogger ini meskipun tidak dapat tahu siapa yang membaca..
Sebenarnya aku tengah mencari balik diri aku yang dahulu, yang teguh dengan pendirian, yang Cinta pada Tahajud, yang penuh bersangka baik tanpa Complaint, yang penuh bersemangat dalam kehidupan .
aku toleh dibelakang, semua kekuatan itu ada bersama aku ketika aku sangat dekat dengan al-quran dan aku mewajibkan diri aku bertahajud walaupun seminggu sekali, aku jaga hati aku daripada perkara-perkara lagha. dan ketika ini bermula dari aku 13 tahun sehingga aku tingkatan 5 aku terhindar daripada cinta manusia, ketika ini aku pegang pada kata ibuku ''najiha akan menemui ramai lelaki diluar sana yang ungkap rasa suka atau cinta, tapi kalau najiha buat tak endah, mereka akan berlalu dan mencari yang lain, itulah kehidupan, kejar apa yang najiha mahukan, ketika itu yang tepat akan hadir''.. dan aku berjaya tidak melibatkan diri dengan mana mana couple daripada zaman persekolahan, dan ramai yang tidak percaya aku tidak couple zaman persekolahan sebab itu ibarat perkara biasa pada zaman ini, maklumlah budak darjah 1 dah pandai couple sekarang ni. haaha.
hampir 1 tahun berhenti daripada belajar tiba2 sambung belajar balik membuat satu kejutan. baru rasa jatuh, bangun, semalam bila call my ayah and aku bercerita dekat dia, aku nak dengar suara dia sebagai kekuatan aku untuk dapat semangat, katanya aku sedang proses menyesuaikan diri jadinya tak pelik pun aku seolah tak dapat menerima keadaan lagi, seolah suatu keadaan baru, kalau sebelum ni aku terbiasa dengan sekeliling yang postif, yang layan aku dengan baik, dekat sini aku akan jumpa pelbagai ragam manusia, pesan dia lagi 'jangan terpengaruh,jangan hilang kebaikan yang pernah ada dalam diri kamu semata mata sekeliling melayanimu dengan buruk, positif dalam banyak perkara'', aku tak boleh nak bercakap lama-lama sebab aku menahan sebak, aku meminta diri selepas telefon dimatikan, aku menangis teresak-esak, roomate aku hanya memerhati dan dia hampir menangis tengok aku..
ya. berhenti untuk complaint too much, Allah letak nak suruh aku lalui bukan complaint, untuk aku lebih bijak menangani aral yang mendatang, untuk mendewasakan aku, dan mereka sebelum ini juga mungkin melalui fasa yang sama, Allah tidak kejam, bukan saja-saja Allah letakkan aku disini, aku kene bersyukur. Satu perkara yang aku sedar kebelakangan ni aku seolah tidak bersyukur langsung, allahu. Ampuni aku ya rabbi.
my mom pula bila aku down, perkara yang aku sentiasa ingat '' bukan saja saja nama kamu Najihah, Najihah bermaksud ''yang berjaya'', ma mahu lihat kamu berjaya dunia dan akhirat insha allah , berjaya tak semestinya kamu berjaya capai degree,phd, tapi berjaya jadi seorang perempuan yang menjaga maruah keluarganya walaupun berjauh, dicampak ke laut tetap dapat tumbuh, ibu bapa tidak akan minta apa-apa ketika kamu berjaya kelak, mereka cuma mahu pastikan jika ibu bapa tiada lagi di dunia ini, sekurangnya dia dah tinggalkan kamu dalam keadaan yang baik, kamu mampu hidup menjadi manusia yang baik dan bermanfaat untuk orang lain.'' Ayat ni walaupun ringkas tapi cukup bermakna,ya rabbi, 'tolongla, panjangkan waktu aku untuk lebih lama bersama ibu bapa aku,'
Dalam adik beradik aku, aku yang paling banyak berkomunikasi, bergurau dan paling manja, yang lain dibesarkan dalam keadaan yang agak tegas oleh ayahku,dulu ayah aku seorang yang sangat garang, tapi aku dengan kakak yang atas aku dibesarkan dengan keadaan yang manja tapi paling manja akulah, si bongsu yang suka mengikut, suke menangis dan kuat cemburu.
aku masih ingat ketika aku tingkatan 4, aku menangis dalam bilik bila ibu aku tanya punca aku menangis aku cakap '' ma tak sayang saya kan, ku (ayah) tak sayang saya kan.?'' masa tu mengucap panjang ma aku, haha bila teringat balik aku akan tergelak, puncanya cemburu dengan akak yang atas aku waktu tu dia dapat result okey dalam stpm..
apa-apapun, perangai bergantung pada diri sendiri, tidak kira ibu bapa didik anak macam mana sekalipun, tiada ibu bapa mahukan anaknya menjadi anak yang tidak berguna, ibu ayah aku dah bagi ilmu,kemampuan jaga aku dan adik beradik,adk beradik aku sendiri, ada yang mendengar,patuh dengan nasihat, ade yang masih begitu begitu, jadinya jika aku buat salah, bukan salah ibu bapa aku yang mendidik, sedangkan walaupun lahir daripada tempat yang sama hati belum tentu sama, betul tak? semuanya atas kita.. Wahulam .
aku pun bukan baik sangat, ada sisi aku terleka, dan aku bersyukur Allah tidak pernah palingkan hati aku untuk terus sujud, akui setiap sisi kelemahan aku, aku takut suatu hari, Allah palingkan hati aku, dan akulah manusia yang paling rugi dan kesesatan, minta dijauhkan. Amin.
No comments:
Post a Comment