HOBI aku dari dulu sampai sekarang tak pernah lekang daripada menulis dan membaca. sebenarnya tabiat membaca aku semakin kurang kalau nak dibandingkan ketika aku sekolah menengah, aku suka kumpul duit dan beli buku sampai ibu aku pelik aku je yang suka membeli buku dengan duit saku sehingga ibu aku cakap '' dah la beli buku, almari dalam bilik dah nak runtuh'', aku kira-kira balik harga buku-buku bukannya murah, buku motivasi, buku tips, dan lain lain. entah aku tak tahu aku ikut siapa, tapi yang pastinya aku suka berdiari, aku banyak buku2 diari dirumah dan ini mewarisi sifat ibuku yang suka berdiari, masih aku ingat saat aku terjumpa diari lama milik ibuku sebelum dia berkahwin, tarikh tercatat pertunangannya dengan ayahku, sungguh lucu sekali, dan rasa berdosa sebab terbaca separuh lalu dimarahi kerana 'menceroboh' privacynya..
Mereka cakap, aku seorang gadis ceria, mudah terhibur, suka bercerita, kelakar, lembut, manja dan suka membantu. itu yang mereka cakap, tapi aku juga ada negatifnya yang aku sendiri cuba menjauhinya, aku tak sempurna seperti yang disangkakan.. banyak sangat kelemahan yang aku cuba baiki. kamu melihat aku begini mungkin sebab Allah tutup aib-aibku,
ketika menunggu bas tadi, tiba-tiba aku teringat pada seorang junior ketika aku sekolah menengah dulu. Junior perempuan ni bernama Auli dia rendah, hitam manis sehingga kalau dia tersenyum boleh nampak gigi dia warna putih, pakaiannya lusuh dan dia selalu ke sekolah berjalan kaki, pernah aku ternampak dia seolah melalui alur untuk pulang, setiap hari aku nampak dia berjalan kaki pulang dari sekolah bawah panas terik, sedangkan aku ayah yang hantar dan ambil aku ke sekolah. Bila selisih aku selalu senyum pada dia dan dia balas dengan sebaris gigi putih yang tersusun rapi, manis orangnya.. Aku tak tahu kenapa, aku rasa ada kekuatan aku lihat dia, dia biasa biasa tapi dia senyum, dan melihat dia juga buat aku bersyukur apa adanya. sehinggalah suatu hari, aku menyuruh ayah memberhentikan kereta dan mempelawa dia untuk hantar ke rumah, ayahku hanya ikut permintaanku. Auli menolak kelihatannya dia segan dan malu-malu, aku turun dan memimpin tangannya naik ke kereta, dia hanya akur dan diam, pemalu orangnya.. bila kami hantar ke rumahnya, ternyata dia anak sulung, keluarganya agak susah, aku terdiam.
sejak dari tu, aku terserempak dengan dia, dia macam segan dengan aku, aku memanggil dia, aku cuba bergurau dengan dia agar dia tidak segan dengan aku, dan aku beri apa yang aku ada waktu tu, contohnya ketika berjumpa dia di kantin, aku belanje dia makanan, dia menolak namun aku kata anggap aku bagi hadiah, dia terima. dia sendiri seolah buntu dengan aku, yang selalu memanggil dan lambai dia dari jauh kalau berjumpa.. aku tak tahu kenapa tapi Auli membuat aku terdetik untuk tolong dia, entah dimana dia sekarang. Aku harap dia berjaya dalam kehidupan dan semoga kami dipertemukan kembali suatu hari nanti. Amin..
Ayahku, bende yang aku kagum pada dia ialah dia suka memberi hutang/bantuan pada sesiapa yang meminta namun dia tak pernah meminta balik hutangnya, kalau orang bayar, bayar, ada yang dia halalkan bagi yang dia tahu benar-benar tak mampu, duit pencen tu takdelah banyak tapi duit daripada tanah sawah yang dia upahkan untuk orang lain usahakan, dia kongsi bersama orang yang memerlukan, kata ayah dalam rezki kita ada juga rezki orang lain..
my mom pula dulu pernah ajak ayah bina satu rumah yang kawasan lebih luas, ade parking, kata ayah, buat apa rumah besar-besar, duduk yang mana ada, tua nanti ulang alik pergi kebun, tanah yang ada bagi dekat anak biar mereka yang buat rumah ikut citarasa mereka, kita sebagai ibubapa dah bagi tanah, biar mereka usahakan untuk bina rumah sendiri.. Ibu hanya akur sehingga sekarang.. biasalahh wanita ade impian dan cita mahu sekian sekian kan.. ibu banyak ajar aku bersederhana dalam banyak perkara. kawanku cakap aku penuh rendah diri dalam berbelanja dan bercakap, bukan rendah diri tapi tiada benda untuk dibanggakan, bagi aku inilah aku keadaan yang biasa-biasa, buat apa mahu menunjuk nunjuk kelak memakan diri, cukup ape adenye,
sebenarnya, aku teringin sangat nak bantu mereka yang memerlukan, membantu anakk yatim, ibu tunggal dan lain lain yang memerlukan. aku harap aku dapat menjadi seorang insan yang memberi manfaat untuk orang lain, bukan untuk dikenang namun sebagai kepuasan diri. perasaan paling puas bila lihat orang yang kita bantu gembira dengan pertolongan kita.
No comments:
Post a Comment