Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

07 December, 2018

sebab yang merasa itu kita bukan mereka

 Terfikir sekali kelakar pun ade bila kawan aku cakap, aku orang yang tak pernah penat , tak pernah lapar yang pernah dia kenali.. Aku macam 'what?'. Bila aku tanya dia kenape ckp mcm tu sbb dia ckp dia nampak aku cergas je buat kerje padahal msing2 sama sama seharian tak makan, tetap teruskan kerja time orang lain dah monyok akibat keletihan..

  Sebenarnya, aku , kamu . sama. manusia yang sama sama rasa penat & lapar. stress, dan lain lain yang normal manusia ada.. Yang membezakan antara aku dengan kamu ialah, aku lapar aku cuma katakan dalam hati ''Ya, Allah laparnya, takpe lepas siap kerje ni p cari makanan jap lagi' otak aku berkira kira atur waktu , dan kalau letih juga ' ya allah, penatnya hari ni, lepas settle buat kerje, nak rest awal sikit''.. Aku sama sahaja seperti kalian, cumanya keluhan, atau apa yang terbuku dihati, aku simpan dalam hati dan aku tak luah dengan kata-kata.
Aku tak complaint, aku tak luah tak bermakna aku tak rasa, sedangkan kita manusia biasa..

sedangkan aku juga manusia yang paling banyak complaint yang pernah engkau kenali jika aku mahu tunjukkan siapa aku, atau engkau tahu tentang kewujudan diari atau blog aku, hehe. bukan apa, entah la. mungkin manusia nilai based on apa yang dia nampak, aku tak kisah pun sebenarnya..

Sembang punya sembang aku tak tau macam mana kawan aku ni tercerita tentang boyfriend dia, aku tadahkan telinga dengar kebetulan masing2 dalam kereta otw balik dari uni.. Then kemudian dia tanya aku tentang first love,  first love x lancar sbb takde jodoh, dia tertarik nk  dengar sebab perpisahan, sebab perpisahan ialah aku tak dapat fahami kesibukan terlampau sibuk tapi aku tetap orang yang pertahankan hubungan tu, tipu tak sayang walaupun jarang2 dia bertanya khabar tapi aku tetap setia tunggu dia, walau kdg2 ragu2 terfikir bukan2 dan mcm2, dalam hubungan ni aku tak boleh complaint apa yang aku rasa, kurang sangat2 komunikasi, sempena hari lahir aku setiap tahun dia akan bagi hadiah, hakikatnya kami atas dasar 'hubungan' tapi kami seolah 'orang asing', paling lucu dia tak tahu 'cita-cita', 'apa aku suka' dia banyak lebihkan kawan, dan perpisahan terakhir kami disebabkan dia perlukan kebebasan bukan dia yang ckp tapi aku tahu dia jenis tak suka dikongkong, dan tanpa sedar kebebasan yang aku beri pada dia ialah perpisahan.. 

Apa yang aku respect pada diri aku sehingga ke hari ini, aku ambil risiko yang paling aku takuti iaitu untuk memulakan balik hubungan baru, aku merasakan tiada manusia akan sayang aku, tiada siapa, bila aku fikir-fikir balik, aku dengan dia ada atau tak ada sama sahaja, cumanya ketika dalam hubungan dengan dia, aku banyak fikir, dia okey ke? dia busy ke? dia tengah buat apa? tapi bila aku move on, ternyata sama sahaja, cumanya aku dah tak fikirkan dia lagi, aku banyakk fokus pada diri selepas tu.. Mereka cakap aku serik untuk menerima orang baru walau ade yang cube tapi sebenarnya bukan serik waktu tu aku fikir, ada pun takpe, xde pun takpe..

Dan bila dah sayang diri balik, bila jatuh hati kali kedua, mungkin situasi juga berbeza, bahagia , tawa, bergaduh, bende normal bezanya ialah masing2 berusaha untuk kekalkan atau tak mahu kekalkan yang boleh menyebabkan perpisahan, wahualam.

dan kawan aku cerita tadi, katanya dia couple dah bertahun dengan pakwe dia tu dan dia dah beberapa kali dicurangi oleh pakwe dia, tapi dia maafkan sbb sayang punya pasal.. Maaf aku katakan, itu bukan sayang, aku tak mahu biarkan diri aku diperlakukan sebegitu, sebab sayang bukan lesen untuk membenarkan si dia curang. No. Jika dia niat curang, aku lebih rela lepaskan dia dengan perempuan tu, kalau benar dia cintakan aku, tak mungkin wujud dia. dan curang akan dapat jodoh dia, yang setia akan dapat yang setia. Itulah sifir. Tiada istilah stand by atau spare part, ini ialah hubungan yang matang bukan hubungan couple dak dak wicet atau sklah rendah/menengah lagi.

Setia itu milik hati,
Setia itu bimlamana kamu dihidangi oleh manusia yang lebih baik dari pasangan kau tapi kau tetap memilih dia..
manakala pilihan untuk pergi itu bukan kerana kita tak cinta atau tak sayang, tapi bila suatu hari kita sedar, dengan menyintai dia lebih banyak derita dan tanda tanya yang tidak terjawab, sehingga dengan menyintai dia kita lupa diri kita perlu disayangi lebih dan lebih berbanding yang lain..


mereka tanya aku "pernah tak dicurangi?", aku jawab "entah, tak pernah kot"
mereka ckp "kalau dapat kau curang lagi, aku tak tau nak ckp ape lah''
aku ckp " itu awk yang ckp, lelaki dia tak kisahpun ape yang awak ada, awak kaya, awak cantik, kalau hati dia nak curang, dia boleh curang juga''. dia hanya senyap.

ada yang pernah tanya tips mcm mana nak move on,
aku pun tak berapa fasih bab2 move on, yang aku boleh cakap ''nak lupakan seseorang dalam hidup bukan mencari orang lain untuk mengisi kekosongan itu perkara yang nyata salah", kemudian time nak move on kau ingat satu perkara yang kau katakan dalam diri " selama ni, aku tak layan sesiapa sebab hanya nampak kau yang terbaik walau dihidangkan yang jauh lebih baik dari kau, aku hanya mahukan kau ketika beribu yang cuba mendapatkan aku, ketika yang lain berebut untuk berikan perhatian ketika engkau abaikan, semuanya hanya untuk engkau, tapi semuanya kurasakan tak berbaloi apabila engkau tak pernah hargai, malahan engkau masih sempat melayan yang lain/ abaikan.. Hari ini, izinkan aku bina diri aku yang baru, yang lebih menyayangi diri aku" ni bende yang aku buat dan kata pada diri, tak bermakna kita mahu pergi melayan mereka yang tidak kita layan sebelum ini, namun sebagai penyedar bahawa masih ada yang menanti. haha.. Orang berebut untuk dapatkan kita, walau kita biasa-biasa, mungkn pasangan kita nampak kita biasa tapi dimata orang lain ada insan lain yang desire that girl.

sehingga suatu hari, kamu tersedar dari sebuah tidur yang nyenyak, kamu sudah tidak memikirkannya lagi, dadamu sudah tidak berasa sesak, kamu boleh tersenyum bahagia kembali dan you re already move on ! Alhamdullillah. Itu sahaja yang boleh dikatakan, semoga bermanfaat untuk kalian, aku bukannya fasih, tapi tu je lah.

No comments:

Post a Comment