Attention :)
''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' .
( Al-najm: 32) ..
, ' ,
11 December, 2018
agi hidup agi ngelabang
Bagaimana kalau aku katakan tahun ni merupakan tahun yang banyak air mata selepas tahun 2016 ?
Tahun ni banyak juga tawa, gembira seingat aku kegembiraan dan kebahagiaan aku berterusan bermula pada bulan March sehingga sebelum aku masuk University balik . haha.
kemudian banyak suka duka yang aku rasa selepas itu, sehingga aku rasakan aku semakin negatif, aku suka meluah rasa marah, rasa ketidakpuasan hati dekat status just like tu bukan aku . aku macam terpengaruh dengan persekitaran, dugaan betul. kemudian delete delete.
Kesibukan, pengorbanan dan macam-macam yang bercampur baur, kerinduan dan lain lain yang menguji betul.. emosi betul bila teringat perkara yang selalu buat, bersembang dengan my mom, usik dia time masak, buat bising dekat rumah dengan bercakap tanpa henti, sehingga mereka tahu betapa sunyi tanpa aku, budak budak yang aku pernah mengajar mengaji, how i miss them, ade orang dekat kampung aku cakap ''najihah, perempuan yang rendah diri, boleh masuk dengan orang tua, bercakap tak melangit'', aku tergelak. aku tanya balik '' saya nak melangit buat apa kak? saya langsung takde ape2 untuk dibanggakan..'' dia senyum.. istirfar balik, khuatir riak..
betul, bila orang puji aku, aku jadi berada dalam dua situasi, pertama aku katakan mereka sekadar ''ambil hati'' kedua aku katakan pujian itu aku tidak layak dan tidak sesuai dengan aku.. aku bukan merendah diri tapi aku sedar diri.
kebelakangan ni, aku sibuk dengan assigment sampai tak sedar tak makan apa-apa dari pagi. hujung minggu aku menghadap laptop dibilik, sedangkan kawan-kawan yang lain sempat keluar pergi main bola and so on, and assignment diorang suka last minutes, tidur ade yang sampai tak tidur, sebab tu aku siap awal2, dah insaf bila aku sendiri alami sampai jam 4 pagi assigment pertama haritu kisahnya saat akhir lecturer minta. haha.
pasal assigment yang ke berape entah ni, buat punya buat, last2 lecturer cakap dia tak nak begitu begitu, bila tanya, dia x nak beritahu. assigment berkumpulan, masa tu perasaan aku, biasa lagi, bila keluar kelas, aku cuba lupekan situasi yang berlaku dalam kelas, then aku pergi library sorang diri, macam biasa sbb library ni tak ramai orang suka pergi, tapi aku suka library sbb sunyi, takde gangguan. bila aku tengah cari buku. aku menangis, air mata aku mengalir laju.. aku lap, khuatir ade yang nampak, aku cepat cepat nak bergegas ke tandas, aku tak okey.
aku buka whatpp , ramai kawan2 ku update status sedih, kecewa dan ade yang nak berhenti belajar, banyak sangat tekanan, paling tekanan assignment yang sepatutnya diambil sem 4 diambil pada sem ini.. aku lepaskan rasa sebak aku dalam tandas library. aku dah nampak muka dah barai, aku belum makan apa-apa, its okey. aku ingat pada ma ayah aku, kata-kata mereka '' ma ngn ku(ayah) tak dapat tinggal ape2 dah dkat anak2 dah bagi peluang untuk belajar, bagi apa yang ada, anak2 sekurangnya dapat hidup kalau ma and ku takde nanti''.. hati rasa kene kuat dan perlu kuat,
suatu hari nanti, masa akan menyelesaikan segalanya, one day i will honestly said "I did it".. agi hidup agi ngelabang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment