Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

04 January, 2019

Ranting Kehidupan


Dalam kehidupan ni, setiap orang mempunyai ranting ranting kehidupan yang berbeza. Ada yang bercabang bengkok ke situ dan kadangkala perlu patahkan ranting agar dapat ranting yang lurus.
Aku ada kawan rapat sejak kecil yang aku anggap sebahagian daripada keluarga aku, selalu dia datang tidur rumah aku time hujung minggu dan aku banyak tolong dia dalam akademik seingat aku dia paling benci subjek sejarah dan dia tak akan baca, jadi akulah tukang cerita dekat dia dan alhamdullilah dia dapat A juga. Kami sangat rapat sehinggalah di tingkatan 2 dia agak berubah dan banyak culture Shock bila naik menengah, dia banyak memberontak seolah dia tak boleh terima kehidupan keluarga dia, oh ya, dia bukan dari keluarga senang dan sedikit bermasalah. Aku sekadar tukang dengar masalah dia banyak bagi nasihat agar dia tak derhaka. Aku tahu jiwa remaja adalah jiwa yang paling memberontak ketika itu inginkan kebebasan, inginkan apa yang orang lain ada dan macam-macam. 

Ketika di Form 3 seingat aku dia first start bercinta dan mat rempit tapi aku tak cakap apa sbb malas masuk campur, waktu ni aku fokus pada pmr aku.haha dan kami agak renggang sbb dia sangat berubah sejak kenal lelaki tu. One day, aku dapat tahu yang lelaki tu bukan lelaki yang baik, dia ada kaitan dengan dadah dan juga playboy, aku dapat tahu dari org yang kenal lelaki ni. Aku cuba slowtalk dengan kawan 'baik' aku ni and aku cakap dia sepatutnya dapat yang lebih baik. Nashat aku masa tu paling lembut, aku niat satu pada waktu tu, 'Aku tak nak dia terpesong". Tapi, tahu tak apa aku dapat daripada batu api yang lontar kepada aku "Jieha cemburu tu tengok kau bahagia". Aku waktu tu "Kebodohan apakah untuk aku cemburu bercinta dengan mat rempit, kaki dadah dan playgirl?" start hari tu, aku tanam azam "ok la kawan, aku tak nak ckp apa, cukup sampai situ, kalau kau nak apa-apa carilah aku," aku still berkawan dengan dia cumanya aku langsung tak ambil tahu tentang dia dan bf dia waktu tu. sampailah suatu hari dia dtg nangis-nangis dkat aku, dia kene tinggal sbb laki tu dah nak KAHWIN  sbb kene tangkap khalwat.Pakwe dia dri Kelantan sama dgn dia asal dari sana juga.

Tingkatan 4 aku dengan kawan aku lagi sekali, berpisah sbb dia dah pindah sekolah dan sambung belajar di Kelantan. Dia selalu juga balik datang jumpa aku kalau cuti. Aku rindu gila dia time lama tak jumpa. Sampailah aku nampak dia semakin renggang dengan aku dan dia jumpa ramai kawan-kawan baru, dia kelihatann semakin pandai bergaya dan mulai bergaul dengan lelaki. Aku pula masih di sekolah yang sama bersama Ika yang setia disisi haha.

One day, aku membuka Facebook. Di ringkaskan cerita, terpapar gambar-gambar bogel kawanku.Aku terketar tangan apakah ni? Aku sudah lama tak contact to each others and apa semua ni. Aku call dia berkali kali dan aku dengar suara dia menangis di talian "Jieha, tolong saya. Facebook saya kene hacked" Aku try access facebook dia tapi memang takleh nk tolong. LAstly, dia buat report polis and memang takleh buat apa melainkan yang hacker buang. Lepas akak dia post status pasal report polis barulah hacker tu delete gmbr tersebut. Ternyata dia ada permasalahan dengan kenalan mane entah sbb aku tak berani bertanya detail.

Sejak peristiwa ni, dia terpaksa ambil cuti lama dan balik pada aku. Dia merayu aku tolong dia katanya dia sangat perlukan aku, dia teringat ketika berkawan dengan aku dulu sangat berbeza dgn "kwn" baru di tempat baru. Katanya lagi ayat yang aku tak akan lupe "Saya berkawan ramai, tapi saya tak akan jumpe kawan mcm awk, kawan yang tak tinggalkan saya disaat semua tinggalkan saya dan hina saya disebabkan kejadian tu, mereka tidak percayakan saya dan cemuh saya, saya perlukan awak".. Aku terharu nak mati bila dia cakap mcm tu seriusly aku sayang dia sbb dia kawan aku sebelum segala-gala yang nak jadi lagi, dan siapa aku untuk menghukum dia dengan apa yang berlaku lagi-lagi bila dia cakap dia betul betul nak kembali jadi macam ketika kami rapat dulu.

Aku sedia ada kalau dia perlukan teman berbual, mungkin sbb tu dia rasa selesa. Aku masih ingat birthday aku dia bagi hadiah al-quran tafsir sungguh cantik sekali. Dia tahu aku suka dan dia nak aku ingat dia time aku baca.

Aku masih ingat kwn2 lama aku di sekolah lama yang tahu tentang ni, ada yang mencemuh dia terutama budak budak lelaki sehingga melebel perkataan yang aku rasa hina untuk disebut. Aku kasihan sekali pada dia, tapi bagi aku ujian buat dia dan dia sungguh kuat menempuh ujian tersebut.
Peesoalan aku, kita siapa untuk menghina dia? muliakah kita? kita pun tidak tahu bagaimana pengakhiran kehidupan kita kelak.

Alhamdullillah, dia berjaya habiskan pengajiannya dan kini dia aktif berniaga. Aku nampak dia betul betul move on dalam kehidupannya dan dia juga bakal berkahwin tak lama lagi. Aku tumpang gembira untuk dia.

Setiap orang mampu berubah ke arah yang lebih baik. Jalan yang kita pillih kononnya sebagai suatu pemberontakan pada masyarakat yang menyisihkan kita teryata akan merugikan diri sendiri. Oleh sebab itu, dalam kehidupan jika kita merajuk dengan kehidupan, kehidupan tidak akan pujuk diri kita melainkan kita sendiri yang memujuk diri kita. USah putus asa untuk memilih kehidupan yang lebih baik.  Kita punya pilihan samada terus "tinggal" dalam jahiliah tanpa berkesudahan atau berubah menjadi lebih baik. Ya. Istiqomah itu tidak senang namun kerana setiap yang susah itu akan manis pada akhirnya.

Kita harus ingat satu perkara. Kita buat kebaikan bukan sebab sekelilingi yang mahu melihat kita berbuat kebaikan. Kita berbuat kebaikan kerana diri kita yang mahu melakukannya. ikhlaskan hati  ketika tiada siapa melihat kamu, kamu melakukan kebaikan dan bukan hanya melakukan kebaikan ketika manusia melihat kamu.

Aku sendiri sedang melihat masyarakat sekeliling sedang punah. Aku tidak dapat menafikan bahawa masyarakt kian sakit. Pelbagai isu, fitnah yang dahulunya aku hanya sekadar baca di akhbar, media tapi kini aku sendiri melihat masyarakat kian sakit. Perpecahan sedang berlaku seolah satu penyakit dalam masyarakat yang hanya tunggu untuk jatuh. Kejatuhan akhlak, moral yang paling menyedihkan dari umat seagama aku sendiri.

Jika dahulunya Sultan Muhammad Alfateh berjaya menawan kota Konstinopel yang menjadi satu kemegahan dan kemenangan sehingga Beliau berjaya menakluki 2/3 dunia ketika usia REMAJA. dan kini remaja remaja kini sibuk merosakkan akhlak mereka dengan perkara yang largha. Nauzubillah. Aku bukan baik tapi aku seolah seorang pengkaji yang dihidupkan dengan membaca sejarah sejarah kejatuhan , kebangkitan sesebuah masyarakatt dan aku juga kaitkan dengan apa yang tengah berlaku sekarang. Kejatuhan kerajaan disebabkan arak, zina, judi, hiburan hiburan sehingga melalaikan dan itu berlaku dalam masyarakat.

sebenarnya aku ada satu impian yang tidak pernah aku beritahu pada sesiapa. Aku berharap aku dapat capai sebelum aku meninggal bukan untuk diri tapi untuk Umat dan aku Yakin bukan saja-saja Allah letakkan aku disini. Insha allah aku dapat lakukan.






No comments:

Post a Comment