Mengelamun. Aku suka mengelamun melayani fikiran yang kadangkala membawa aku ke dunia fantasy. Tak salah mengelamun tapi biarla memadai. Aku pernah mengelamun seperti dalam drama-drama dapat suprised bunga, coklat and so on dan aku tak fikir mengelamun tu salah. Bila aku semakin dewasa ternyata aku dapat something yang pernah aku impikan ketika aku kecil, aku dikelilingi oleh insan-insan yang baik terhdapku. Alhamdullillah.
Perkahwinan. Aku juga pernah mengelamun pasal perkahwinan yang aku impikan aku memakai gaun putih yang sangat cantik, aku akan adakan photoshoot dengan menaiki KUDA dan itu akan menjadi suatu kenangan yang tak akan dilupakan. Mampukah impian aku tercapai ? haha gelak jap.
Anak kecil. Aku akan memiliki anak-anak yang comel tidak kira bagaimana sekalipun rupanya selagi ianya anak aku, putra & putriku akan dapat didikan yang sempurna. Aku akan selalu menjadi tempat teman bicara, tempat yang paling banyak komunikasi antara kami. Aku pernah luah pada ibuku seingat aku ketika aku remaja yang aku tidak senang dengan sikapnya apabila berdiam diri ketika marah dan abaikan aku sbb aku perlukan KOMUNIKASI. Betulkan aku kalau aku salah bukan hukum aku dengan berdiam diri. Dan Allah bagi balik perangai tu dekat aku dimana aku akan berdiam diri ketika marah & abaikan sekeliling. Haa setepek. dan kesilapan ini aku akan betulkan dengan anak aku kelak bahawa aku akan banyak berkomunikasi untuk perkembangannya ketika masih kecil dan ketika dewasa aku juga akan jadi temannya. Aku tahu jiwa remaja ialah jiwa dimana jiwa sedang memberontak dan inginkan perhatian dan ketika inilah aku perlu memainkan peranan.
Zaman sekarang nak didik anak lelaki mahupun perempuan bukan seperti dulu kala. Ini zaman fitnah menjadi ibu atau bapa merupakan perkara yang sangat sangat mencabar. Anak lelaki dengan masalah lelakinya, anak perempuan dengan masalah perempuannya. Dugaan betul.
Anak sedara aku yang sulung membesar depan mata aku,*sebab rumah dia dekat rumahku*, aku ajar dia dari 4 tahun aku wajibkan dia datang mengaji, aku hadiahkan dia bila dia boleh naik quran, sampai sekarang dia fasih dengan alquran dan tidak boleh dinafikan aku tegas & garang dalam mengajar. Dia suka atau tak, aku ajar dia kene datang selagi tak tahu ulang dan aku paksa dia hafal surah lazim seawal darjah 1 dia boleh ingat. & aku buat perbezaan dengan adiknya yang kedua, aku tidak boleh garang,banyak berlembut & dia datang jarang sekali. Aku luah pada ibunya tapi kata ibunya "Biarla, dia budak lagi". No . ini bukan soal budak, bagi aku otak seawal 4 tahun otak yang sangat segar untuk menerima pelajaran yang perlu diajar dari awal.Hasilnya yang aku lihat, kakaknya rajin dan kedepan soal akademik, alquran fasih dilidah dan adiknya masih terkial-kial.
Apa yang cuba aku ulaskan disini, galakan daripada ibubapa sebenarnya sangat berperanan mengajar anak mengenal Tuhan. Kalau ibu bapa bersikap acuh tak acuh, begitulah anaknya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Aku bukan dilahirkan dari keluarga yang tinggi ilmu agamanya, aku datang dari ibu bapa yang bukan alim. Sekadar Biasa-biasa. Teguran bab solat, pakaian itu biasa. Hasilnya, aku datang dari adik beradik yang berbeza perwatakan kami. Sampai satu waktu aku masih ingat ma aku cakap yang aku x akan lupa
"Najihah selalu ngaji quran, kalau ma takde, selalu baca surah Yassin ke ma, yang lain belum tentu nak baca untuk ma".
Sampai satu tahap rasa mcm sedih sangat. Ibu bapa terlalu expect i'm the best, hakikatnya. Aku tak baik pun. Akupun banyak dosa, kadangkala leka. Ya, aku ingat pesan maa aku agar istiqomah jaga solat and al-quran jangan tinggal tidak kira seteruk mana kamu, jangan sesekali tinggal. Dua ni aku tetap jaga.
Benda yang masih segar diingatan aku, ketika aku mengajar mengaji dirumah aku ketika waktu maghrib dengan anak-anak kecil bidadari syurga. Aku khusyuk mengajar dan ade bende yang melucukan berlaku apabila seorang anak jiran tersengguk di meja sebab tertidur ketika menunggu giliran, aku tergelak. Waktu tu aku tengok ma aku memang sedang tengok aku. Dia ikut ketawa.
Malam tu, sebelum aku tidur. Aku tertengok whatpp dari ma aku.
"Najihah, kamu anak yang baik. Sangat baik" aku terharu.
"Ma, sy minta maaf kalau pernah buat ma kecewa, sy hrp ma redha dgn sy". aku balas
Banyak benda yang aku telah belajar dalam kehidupan walaupun belum dapat menandingi orang lain, namun pesan guruku, "jika kamu bawa agama bersama dalam kehidupanmu, kamu tidak akan takut dengan ujian mendatang tapi kalau kamu tertinggal agamamu, kamu sudah menempah kehancuran".
Dunia ini memang sementara dan dihiasi dengan fitnah fitnah yang tidak berkesudahan, betullah dalam lirik lagu fatamorgana " harta pangkat & wanita melemahkan kita, tanpa iman dalam hati kita akan dikuasai"..
Tak doa banyak. Doa kalini agar aku dapat menjaga diri dan keluarga.
Amin.
No comments:
Post a Comment