Aku cuti ni banyak masa bersama kakak aku, tolong dia berniaga, jaga anak dia yang masih kecil. Aku rasa jaga anak buah aku yang sedang membesar agak mencabar, merengek, menangis, mengamuk dan lain-lain. sampai aku terdetik "mcm mana my mom bleh membesarkan satu satu anak-anaknya dengan sabar". patutlah ganjaran besar si isteri, juga ibu, dalam membesarkan anak2, sampai ibarat syurga dibawah telapak kaki ibu..
Sabarnya seorang ibu, sabar juga seorang isteri.
Bila aku baca buku soal tanggunggjawab dalam rumahtangga, besarnya amanah seorang lelaki dalam menjadi ketua keluarga. Isteri dan anak-anak. apa yang bakal di soal diakhirat kelak dan hari ni semuanya dianggap remeh . Ketepikan soal tu, yang aku cuba nak sampaikan.
pengorbanan sang isteri dalam sabar melayan karenah anak-anak, si suami pula dgn alasan "sibuk" mencari nafkah untuk keluarga sehingga melepaskan terus tanggunggjawab ada sang isteri, jadi isteri yang sabar melayan karenah, menyiapkan makanan dan lain-lain. Ya lelaki hari ni menyatakan "Buat apa hantaran mahal-mahal, kalau masak tak reti?" dan sewaktu dengannya, Bang, bodoh tu simpan sikit. Jangan menunjukkan sangat yang awak tu tak tahu soal tanggunggjawab, sedangkan menyediakan keperluan itu tanggunggjwab suami, tugas sang isteri "meringkankan beban suami".. Paling lucu baca komen2 di teitter sii lelaki duk kondem mcm2. aduhai. lucu pun ada..
Paling mengecewakan, suami berseronok dengan wanita diluar isteri setia dirumah bersama anak-anak. Bila kantoi, alasan "isteri tak pandai jaga suami", "isteri itu, isteri ini".. Tak terurusnya sang isteri sbb si suami yang langsung tak "menghulur bantuan" untuk isteri, alah kononnya sibuk sangat. *tak semua la* tapi majoriti.
yang perempuan pula, isu yang viral sekarang, "curang" dengan orang lain ketika suami sibuk bekerja mencari nafkah. Yang ni pun satu. kalau rasa "perkahwinan" tu ibarat zaman cinta monyet2 nak curang2 sana sini, tak payah la kawin, buat tempah neraka je sbb nusyuz/zina/derhaka and so on. Allahu.
Aku baca2 akhbar yang berlaku dalam masyarakat buat aku rasa, "apa yg sedang berlaku sebenarnya?", dan dalam berita haritu mencatatkan setiap 2jam, berlaku penceraian di Malaysia. *Tepuk Dahi* bayangkan, betapa ramainya janda/ duda/ibu tunggal diluar sana dengan pelbagai isu. Nauzubillahiminzalik.
sebab tu, bagi pendapat aku, nak berkahwin tak salah, tapi ilmu tentang perkahwinan tu penting, bukan setakat ilmu tapi amalan-amalan..Persiapan mental, fizikal yang bakal melayani karenah anak2, nak membesarkan anak2 bukan mudah. Aku bukan menakut nakutkan soal perkahwinan, tapi kalau tak mengerti soal tanggunggjawab, tak belajar mendalam, tak ubah diri jadi better person, solat pun tanggang lanngang, solat pun last minute, i mean pengurusan diri yang berterabur atau tak disiplin, mata asyik melilau dgn wanita dan wanita masih asyik melayan ramai lelaki, nasihat aku, tak usah la lagi kahwin. Sebab apa?
Sebab aku pernah dengan seorang ustaz dalam kuliahnya " kalau kawin semata-mata nak berubah , kalau kawin semata-mata nak halalkan baik tak payah. KAlau sebelum kawin solat tungganglanggang, kalau sebelum kawin duk zina, kalau sebelum kawin tonton video lucah, selepas kawin pun mcm tu juga, paling bermanfaat ialah taubat nasuha dgn sebenar taubat dan berjanji tak mahu mengulanginya lagi ketika sebelum kahwin lagi, bila istiqomah, barulah kahwin."
Perkahwinan ni bukan soal nak beromen je bang, banyak lagi tanggunggjawab terhadap isteri, anak-anak. Dan memilih suami juga ibarat memilih syurga atau neraka.. dan nabi pesan memilih isteri kerana 4 perkara " hartanya, kecantikkannya, keturunannya dan agamanya" namun tidak semua wanita punya 4 perkara tersebut namun jika seorang lelaki berjaya memilih "agamanya" maka beruntunglah dia. Cantik saje tak cukup kak kalau tak reti jage diri, handsome saje tak cukup bang, kalau tak reti jaga syahwat.
Baru baru ni, aku ada menaik satu status, yang rata-rata dapat komen dari orang ramai. Status tu yang berbaur "penunggang agama yang sembang bab agama tapi dibelakang lain", aku dapat persoalan dari sekeliling, mungkin sentap dengan statusku.
Sebenarnya isu ni sudah lama tapi aku diamkan, aku ada follow beberapa "ustaz facebook" kononnya, dan aku kenal dia juga diluar sbb aku pernah bekerja di syarikatnya dulu. .
Aku tengok facebooknya penuh dengan dakwah2, dan aku tak kisah tentang tu dan aku tak ambil tahu. dan sejak aku berhenti kerja, aku mulai perasan satu perkara, dia suka tegur2 aku and puji2, aku anggap sebagai biasa, sampailah suatu hari, beberapa kali aku dapat 'ayat bunga-bunga" yang aku rasa betul ke dia ni, tapi mcm biasa aku buat x tahu dan anggap itu sekadar gurauan dia.
lama kelamaan dia luah satu kata yang aku rasa aku patut mengamuk bila dia kata " Siapalah agaknya Suami awak ye, kalau sy belum kawin, memang sy kawin dgn awak, sempurna sungguh awk ni, dari cara awk dulu, awk ada pakej yang tak semue org ada"..
Masa ni aku fikir aku ada beberapa pilihan nak kasi "ajar" lelaki miang acah alim tapi hakikatnya nauzubillah. tapi aku fikir aku perempuan, aku tak mahu isterinya terlibat pasti dia kecewa lagipun aku kenal isteri dia, dan anak2nya lagi.
Aku balas "kalau Encik bujang pun sy tak nak dekat encik, kalau sy kawin dengan encik satu malapetaka besar dalam hidup sy, sembang kencang pasal agama pung pang pung pang, hakikatnya duk mengayat perempuan, sedarlah sikit isteri dekat rumah percaya, anak2 lagi sedang membesar tahu2 perangai bapa dia mcm ni, kalau tak malu dgn sy takpe encik, malu dengan Tuhan, Kemain meraih "alim" manusia ya di laman sosial, hakikatnya? sy boleh je nak sebar apa yang encik ckp dkat sy, tapi sy tahu encik dihormati oleh sekeliling, sy kenal encik. Dulu sy pernah Respect Encik cara encik Handle staff, bisness encik berkembang, tapi kalau hakikatnya sy sedar perangai encik langsung tak hormati wanita, tak lame encik, sy hrp encik x buat lagi dkat org lain, sy khuatir org lain buat perkara yang memalukan encik, ingat encik bila aib terbuka, encik bukan saja hilang kepercyaan dari isteri encik malahan penghormatan sekeliling pada encik, encik sendiri tahu pengaruh encik pada "mereka" (staff).
dia hanya balas sepatah "sy minta maaf, sy janji tak ganggu awk lagi".
Aku tak balas lagi. Perasaan aku geram dan meluat luat, isu ni aku anggap pada mulanya biasa2, yang paling lucu tak layan pun asyik terus chat, chat , chat, tapi aku perhati je perangai dia, bila lalu di facebook posting dia psal agama, fuhh kemain. hebat manapun lelaki , kalau gagal jaga syahwat, he is a loser. Tak kira harta bertimbung.
Sebab tu satu hadis nabi, "Sebaik baik lelaki ialah yang berbuat baik terhadap isterinya".
bila aku post story di facebook tentang kritikan aku, beberapa "ustaz facebook" dm aku "awak tuju dkat sy ke?
kenape ? terase? kdg2 golongan mcm ni buat golongan yang nak dekat agama jadi pandang serong ,pandang sinis.
#donemembebel
No comments:
Post a Comment