Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

29 January, 2019

its already 2019

Agak-agaknya kalau ada jawatan  untuk jadi "Kaunseling Cinta" aku rasa aku dah "Master". haha. Aku pun perangai macam budak2 tapi aku tak tahu kenape aku dikelilingi oleh insan insan yang suka meminta pendapat aku, kdg2 aku tolak untuk memberi pendapat kerana aku rasa "aku tak layak" tapi mereka kata mereka suka dengar ayat/ pendapat aku. Jadi, aku dengar dan bagi pendapat mennurut apa yang aku rasa atau pandangan. Nak ikut pun okey, tak nak ikut pun takpe. nama pun pendapat. Kdg2 time mereka down mereka minta nasihat aku, minta kata kata semngat, kata2 motivasi dan lain lain. Aku cuba my best untuk dia kalau aku free insha allah. Tu je la aku mampu tolong. Semampu boleh.

Time aku down pula, aku jenis segan nak minta tolong orang, tapi kalau betul2 down lepas mengaji, lepas menangis hati rasa down lagi aku akan cari orang yang betul2 aku percaya untuk aku dengar suara sekejap pun jadilah. tapi tu dululah, skrg aku cuba bergantung pada diri sendiri sseteruk manapun aku rasa down sbb orang yang pernah aku bergantung harap tidak ada/tidak dapat mendengar/meluangkan masa ketika aku betul2 perlukan dia. Perasaan tu sangat sakit, kecewa.  Bila fikir2 balik dia tak salah, aku yang salah sbb letak kebergantungan pada manusia yang bersifat temporary only.

Beberapa hari lepas aku dpt whatpp kwn perempuan aku yg minta izin untuk call aku, aku dpt rasa ade something wrong dgn dia, tapi aku minta dia call aku waktu lps isyak wktu agak lapang sedikit. Rupenye dia nak luah and tanye pendapat about pakwe dia..

"jiehaaa eh, sy pelik laa. kenape erk boyfriend sy lain sangat skrg, dia dh x mcm dulu dh, Ssh sgt nk contact sy, byk kali bersbr fikir baik2 tpi xtau la sy fikir dia ade org lain laa".. Point2 yang aku dpt drp perbualan dgn dia. 

aku jwb "nak ckp pun xtau, tapi pendapat saya la. ehemmm, pertama mungkin awak ada buat salah tanpa sedar yang telah membuat dia tersinggung sbb lelaki ada yang jenis boleh ajak bincang dan ade yang jenis bangang abdi tak boleh bawak bincang duk buat spekulasi sendiri sy tak tahu bf awk jenis mcm mana.  Kedua, sebab mungkin dia anggap awak tak sesuai dgn pilihan hati dia seperti pakej yang dia inginkan dan dia anggap awak sekadar ingin berkenal kenalan sahaja, sbb bagi sy jika seseorang lelaki betul2 nak kan awk, dia tak akan lakukan perkara yang awk tak suka atau ignore awk dia akan letak awak priority dlam life dia dan usaha untuk keep awk dlm hdup dia, tapi kalau dia tak buat bende tu lagi, fhm2 la.  Ketiga, jika dulu text awak panjang je, skrg nak bls pun susah, call pun jrg, istilah lain dia dh cut contact dgn awk, text pun sepatah je, mungkin dia dh ade "berkenalan" atau memang dh ade orang lain. kdg2 kita kene dgar "firasat" hati kita. Mungkin text dengan kita pendek kerana text dia panjang dgn org lain, dia jrg call kita lagi sbb ade hati lain yg sedg dkejar atau dijaga. Maaf kalau sy bagi situasi yang awk rasa agak "sukar" nak terima tapi tu pendapat sy. Sy bukan mengajak bersangka buruk, tapi kdg2 terlalu bersangka baik memakan hati tau.  Senior sy sy kenal dia sgt2 lemah lembut, percakapan dia, ilmu agama dia, dia berharap dgn kekasih dia yang berjanji nak berkahwin, last2 dia tengok status adik tunangannya upload gambar pernikahan abang dia. Dia penuh bersangka baik dengan rasa "tak sedap" hati sebelum ni ternyata kenyataannya pahit. memang betul jodoh ditangan Tuhan, jangan persoalkan tapi bodohnya bagi harapan tu kenapa? Cakap terang terangan, kan senang".

Dia jawab "kau ni, biar betul . tapi aku pun rasa mcm tu . aku tahu rutin dia, tak ribut tak taufan tiba2 busy kalah Syed Saddiq." dia gelak berseloroh. "aku kene buat ape ni wei?" dia tanye pendapat aku.

"Aku tak tau, sbb yang bercinta dgn boyfriend kau tu kau, bukan aku. haaha. kau lebih kenal dia mcm mana, kalau sebelum ni takde record curang dgn kau, elok la kau bagi peluang ajak bincng, tapi sebelum ni dh ade record curang dgn kau, dia pun xde effort nak selamatkan hubungan, jangan jadi bodoh lagi.kau kene tahu diri kau begitu berharga, jangan nak rendahkan diri dgn lelaki yang tak so gune tu lagi". 

bagi aku sendiri, its better alone daripada bersama orang yang salah.
Orang fikir aku jenis memilih hakikatnya aku jenis "aku tak kisah apa kau ada, kau treat me like a queen i will treat u like a king but if u treat me like a game, i will show u how to play.

Susah juga bila susah bercinta, susah jatuh hati ni, bila jatuh hati takut sungguh nak kehilangan seseorang dalam hidup sampai dilukakan dgn cemburu, kecewa beberapa kali pun tak kisah lagi dengan harapan akan ada manis akhirnya namun nyatanya sakit,hampa,sedih.

Kalau aku jenis pendendam, dh lama aku terima lamaran yang pernah melamar dan sakitkan hati dia yang tak tahu hargai, tapi aku bukan mcm tu menggunakan orang lain kerana orang lain. Biarlah.

Dalam kehidupan yang aku belajar kini, aku tidak memerlukan kata "maaf". Aku juga tidak lagi meminta maaf pada kesalahan yang bukan aku perbuat, Aku tidak salah kerana insecure, aku tidak salah kerana cemburu sbb aku perempuan aku ada rasa tu, aku ade rse syg, yang patut pelik bila aku lagi tak rasa apa2, dan aku tidak harus dipersalahkan kerana aku cemburu. JIka kau marahkan aku cemburu ertinya kau tidak  menyayangi aku, istilah lain kau tak sayang aku lah bodoh.hahahaha.

tapi sebelum tidur, aku dh latih diri aku maafkan orang sebelum tidur, aku maafkan mereka bukan sebab mereka perlukan kemaafan aku, tetapi aku memaafkan mereka untuk diri aku. Jiwa aku dan diri aku memerlukan ketenangan.

Okey la. kalau tiba tiba suatu hari ada dua orang yang datang pada kau beritahu 'Jieha ni baik nak mampus" dan sorang lagi datang bertahu " Jieha ni annoying nak mampus"  percaya kedua duanya sebab my attitude is depends on how u treat me :).

entahla mungkin dah semakin dewasa. aku kehilangan kawan dan orang yang aku sayang. Tipula rasa tak sedih, tapi mcm aku doakan pada Tuhan aku bersedia untuk rasa pedihnya ditinggalkan daripada aku terus bersama orang yang salah, fake friend and fake people.

Aku dah tak kisah orang nak pergi dalam hidup aku, 
aku pungut kawan daripada tidak ada apa-apa, aku sedia bagi apa yang aku ada, bila aku dibalas dengan penghianat & kekecewaan aku tak lagi sedih sbb tak semua manusia ada hati yang punya niat sama mcm kamu. INilah kehidupan, some people datang sekadar ambil kesempatan, some people datang sekadar "keperluan" bila mereka rasa kita tak lagi bermanfaat mereka tinggalkan dan mencari "mangsa" baru.

tapi so far Alhamdullillah, yang masih terus ada to each others,  terima Kasih. 
terima kasih juga for bad person, aku belajar agar tidak menjadi seperti itu. Insha Allah.

2019 merupakan tahun yang akan jadi lebih baik insha allah. this years is all about me. 

No comments:

Post a Comment