hai. Sudah lama tidak membebel seorang diri di blog. haha.
Hari ni rasa terpanggil untuk menaip ribuan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana terlalu banyak nikmat kurniaan yang telah dicurahkan kepadaku,.
Bukan nak bangga apatah lagi riak, Sungguh aku tidak layak untuk membangga diri,
Namun yang cuba aku katakan, aku sangat bersyukur dengan kehidupan aku, Ya aku tahu lebih ramai manusia yang jauh punya kehidupan yang lebih baik namun aku tetap disini mensyukuri nikmat dari yang Esa..
Nak cerita pun aku rasa tibe tibe tak tahu dari mana harus aku mulakan..
Bila aku ambil masa bertakaful mengimbau kembali perjalanan hidup aku, aku sangat bersyukur Allah susun cantik cantik.. Allah juga telah temukan aku dengan pelbagai ragam manusia dan dari situ aku belajar sedikit demi sedikit tentang perihal manusia..
Bila tiba hari aku sedih, aku down. Aku menangis.
Kemudian tiba pula hari aku gembira, sehingga aku lupa tentang kesedihan semalam.
Aku fikir-fikir balik rezki yang Allah limpahkan kepada aku terasa sangat banyak. *uish, tibe tibe rasa sebak*. Rezki bukan tentang wang ringgit semata mata tetapi rezki yang kadang2 aku sendiri tak jangka, Aku fikir-fikir balik, apa yang aku telah lakukan sehingga aku dilimpahkan dengan pelbagai nikmat dariNya. Terima Kasih Tuhan..
Aku merasakan betapa Allah sangat menyayangi aku dengan dasyatnya. Allah itu sangat dekat denganku. Ternyata bilamana aku tidak mensyukuri nikmat Allah, ada ada sahaja aku rasa aku tidak cukup, serba tidak cukup namun bila aku sedar, nikmat Allah itu sangat banyak. Bila aku menyedarinya nyatanya aku dapat merasakan rezki mencurah curah.
Bila aku membaca alquran aku terhenti bila baca satu tafsiran ayat alquran yang berbunyi "Jika Kamu bersyukur maka Aku(Allah) akan tambah", aku terdiam.. Mungkin Allah sedang berbicara denganku melalui Kalamnya..
Allah bagi rezki dari Arah yang aku sendiri tidak menyangkakan. Terlampau banyak urusan aku dipermudahkan, walau kadangkala aku merungut itu dan ini apabila aku rasa kdg2 "manusia" terlalu melampau terhadapku hakikatnya selepas itu jalan kerja yang aku lakukan lebih mudah, mungkin doa orang yang teraniaya. haha.
Disebalik kesusahan ada kemudahan. Dua kali Allah ulang ayat yang sama dalam satu surah.. Besarnya maknanya..
Dalam menjalankan perniagaan juga begitu, bila aku fokus pada satu bende, aku dapati jualan aku sangat tinggi, ramai je yang membeli smooth je urusan sehinggakan di tempat kerje aku dulu aku dapat fitnah sampai aku menangis. Mcm dia fitnah aku pasal "jualan produk" aku yang tinggi, aku dijemput berucap dikhalayak ramai, sampai aku dapat pujian dari boss boss aku, mulanya aku ingat kwn yg selalu ada dgn aku tika itu nyatanya dia ialah kwn yg selalu aku bantu tika susah, kwn yg selalu meminta pinjam duit, kwn yg selalu minta tolong aku. Aku menangis bila aku dapat tahu dia sanggup fitnah aku pada boss aku.. Mulanya boss aku percaya dia dan boss aku pergi bercakap dgn seorang ketua dekat sana pasal "sales" aku kononnya "sales" aku dapat hasil pertolongan orang lain. Tapi "Ketua" tu jawab dekat boss aku dengan nada yang sangat tinggi sampai aku rasa kecut perut sbb aku paling lemah orang tinggikan suara..
"Boss buat perbezaan antara "Jieha" dengan "si fulani", "Jieha yang selalu datang kerje, yang jaga masa, yang ada susunan jadual yang teratur, kerje yang baik antara "si fulani" yang kerja datang tak datang, isu pelbagai, alasan banyak bila tanye, sales malas. Dia datang dekat boss dengan tuduh Jieha. Kdg2 nak percaya orang pun boss, tengok Tuan jugak". Ayat dia dengan nada tinggi and pedas. Boss tengking balik dengan nada tinggi "Kenapa Awakk back Up sangat Jiehaa?" masa ni aku dah sedar yang sedang berlaku ialah bukan perbincangan tetapi ego dengan ego. Aku rasa nak nangis.
"Boss xleh nampak lagi??? Dua orang yang berbeza??"..Boss senyap.. Aku dah start ambil beg menangis.. Sampailah boss whtpp aku minta maaf, dan Si Fulani diminta untuk meminta maaf sbb fitnah aku..
Masa ni aku first time berpengalaman bekerja dalam hidup aku sebelum aku sambung belajar, masa kerja dekat sini aku pergi interview senyap2 tanpa pengetahuan ibuku sbb dia tak izinkan aku keluar dari rumah suruh duk rumah je, tapi aku degil and alhamdullillah dia pun boleh terima sbb nampak aku bersungguh niat nak kerje, aku belajar ilmu perniagaan sikit2, aku ade pengalaman bergaul dengan orang yang lebih tua, pengalaman ditempat kerje dengan orang yang mcm2, dan kenal lebih ramai orang.
tapi pengalaman manis, pahit tetap aku kenang sbb tu bila aku sambung belajar aku dah bersedia dengan pelbagai ragam orang, aku dah sedar hakikatnya tak semua manusia itu punya niat yang baik.
Kisah Si Fulani tak berhenti di situ, dia berdiam diri daripada aku, dia block number aku mungkin sbb takut, my sister yang selalu nasihat aku pung pang pung pang "Jieha, dekat luar sana jgn mudah caya dkat orang, manusia skrg jenis suke ambil kesempatan tau, Jieha pula jenis lurus mcm sodek sbb tu orang mudah tipu, kalau orng minta tlong jgn tolong nk2 org mcm dia" Pesan kakakku and dengan bangangnya masa tu aku jwb " Tapi, kesian dekat dia, dia takde duit, takut dia xde bende nak makan".
kakak balas " haa, memang dia takde bende nak makan sampai makan kawan". haha. nak tergelak pun ada..
kdg2 kisah boleh sahaja tutup sampai situ, tapi aku tetap mahu tahu apa salah aku sampai diperlakukan begitu, mana tahu mungkin aku ada salah dimana-mana, aku cuba whtpp dia gune number lain, aku cuba whatpp dia dengan panjang berjela dengan ayat yang sopan dengan kata maaf yang aku harap aku dapat penjelasan.. Dia balas "Aku cemburu dengan Kau sbb kau jadi perhatian, kau akan naik pangkat cepat".
"Lalu dengan Fitnah aku bukan menjadikan aku hina tau tapi memalukan diri kamu sendiri". aku hanya kata dalam hati. takpelah. bumi mana yang tak ditimpa hujan, tapi syukurlah ketika badai datang sekurangnya Allah juga turut menghantarkan "orang-orang" yang baik untuk membantu aku.
Di Tempat aku belajar juga, aku bersyukur kalau ada bende aku tak cukup, ada-ada je manusia yang baik-baik tolong aku.Terima Kasih Tuhan dengan RahmatMu.
Dekat tempat aku belajar semua perempuan aku bergaul, kalau kawan lelaki yang betul2 aku percaya dan rapat seorang saja tu pun selepas dia orang pertama yang kene mencarut aku. Aku tak pernah mencarut orang lelaki yang aku tak kenal sepanjang aku hidup dan dia yang pertama. Tak tahu macam mana dia jadi kawan aku. Mungkin sbb dalam ramai2 orang lelaki yang aku block, dia yang ada nampak effort betul2 nak berkawan dan bukan yang jenis mengayat, dia tak bermain ayat manis, aku dengan girlfriend dia pun baik sbb tu aku berani berkawan dgn dia dan terima dia jadi kwn aku. Dan dia dah rancang nak kahwin gantung dengan Girlfriend dia kalau takde aral tahun 2019.
Aku masih ingat pesanan dia dekat aku yang pertama "Jieha, Aku tak Rasa "kwn" yang kau jalan sekali tu "kwn" yg baik dgn kau, aku bleh tgok dia jenis gila besi, ambil kesempatan atas org lain".
aku balas "Kau ni sedap mulut je ckp kau tu baik sgt ke?"..
Dia "Kau tak percaya, kau tengok la nanti. Nanti jgn ckp aku tak ckp, aku lelaki, aku tahu".
"Pandai akulah jaga diri". Aku balas . Girlfriend dia gelak mungkin ingat dia tengah bergurau saje saje nak takutkan aku.
Dan pada akhir Sem tibe2 dia whatpp aku yang buat aku rasa annoying " Kenape dh lame nampak kau tak berjalan dgn "kwn" kau tu. haha"..
Aku tak balas whtpp dia. banyak kali dia tanye. tanye. tanye. aku masa tu malas nak cerita, malas nak buka aib. aku pendamkan dan jawab tak tahu.
and lastly aku cakap sepatah " Apa yang kau ckp awal sem haritu memang betul, mungkin aku tak baik dgn dia, dan dia tak baik dgn aku mungkin. Aku x bleh ikut dia, cara hidup dia, bkn biasa2 tapi luar biasa. haha sbb tu aku mengelak dari dia, aku bagi banyak alasan untuk tidak lagi rapat."
alhamdullillah, aku tidak menyesali keputusan yang aku ambil. Aku tak merasakan aku baik, jauh sekali. namun aku mahu menjaga diri, aku masih ingat pesan nenekku yang banyak kali dia ulang "kadang2 kawan sendiri jangan percaya, cucu kawan nenek pun berlaku keluar kononnya ajak minum air oleh kwnnya sendiri tengok2 kwn dia letak ubat tidur and bagi dekat lelaki . yang dijempuai mayat yang dijerut dalam tong sampah,punca iri hati, ade keluar akhbar haritu".
Tak semua manusia itu jahat, itu aku tahu, tapi aku pun boleh baca orang, kalau jenis nampak lelaki "besi" mulai rapat, minta itu ini, time assignment lepas atas tengkuk aku, buat apa lagi simpan mayat macam tu, pandai minta maaf lepas tu buat lagi. sudahlah, bukan ego tapi malas nak berurusan lagi. Penat .
No comments:
Post a Comment