Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

11 February, 2019

its okey

Tarik nafas dan hembus. Syukur ke hadrat Allah atas segala percaturanNya. Baik dan juga buruk..
Dari dulu sampai sekarang kalau bab Percintaan aku akan terus menjadi persoalan orang sekeliling tak kira dari segi kenalan baru yang baru nak kenal atau kawan yang sememangnya rapat "Dah ade boyfriend ke ?" seolah ianya bende yang wajib untuk anak muda zaman ni.

Ketika aku ada dulu, aku jujur ya dah ada. Ketika aku tiada juga. Ya. aku ada. Cukup sampai situ, biasanya kalau dekat UPSI orang akan beria ria nak tgok gambar. Haha katanya nak tengok "jenis" lelaki taste aku. Katanyalah. Nampak sangat penilaian mereka dari segi luaran semata mata..

Dalam percintaan aku kene akui aku tak matang banyak bende aku tak matang sebab tu kegagalan hubungan percintaan aku, aku tak salahkan satu pihak, aku salahkan diri aku. Sehingga aku rasa down namun itu dulu. Kini tidak lagi, aku anggap kegagalan itu kerana dua insan yang sama sama melepaskan. Bila dia tidak lagi peduli, aku memilih untuk tidak lagi mencari. Maka ianya berakhir,
Walaupun masih wujud perasaan sayang tapi tiada guna sayang itu mungkin hanya dari aku bukan lagi dari dia.

Setinggi ego aku, aku masih peduli walau jauh, sehinggalah segalanya berubah. Kepercayaan yang pernah aku bina hancur, hanya kerana sekeping foto. Fota dia bersama wanita. Tidak perlu aku bertanya hakikatnya aku tahu hanya penipuan dan pendustaan yang aku dapat. Aku tidak mahu menghancurkan hubungan dia dengan si pengirim biarlah ianya berkubur sebagai suatu persoalan.

Sehancur mana hati aku, seremuk mana perasaan aku. Aku bukan siapa siapa.Pada mulanya aku just buat seperti tiada apa yang berlaku..Walaupun beribu persoalan dijiwa, aku diamkan dan akhirnya aku tidak tahu dari mana kekuatan itu hadir, aku redha dan aku bahagia. Satu persatu janji manis dia bermain di fikiranku, dan aku redha melepaskan dia dengan wanita yang aku tahu terbaik untuk dirinya..

mungkin semuanya adalah suatu jawapan dari Tuhan, jangan pernah mengungkit kebaikan, jangan pernah membuka keaiban, siapapun dia, dia insan yang pernah melukis impian bersama walaupun hakikatnya aku sedar ianya palsu.

aku bertanya Tuhan, kenapa Allah pertemukan aku dengan dia? Di saat keadaan dia yang sangat simpati, hatinya patah, keadaannya tidak terurus, ku ambil dirinya, aku cuba menjaga dia dan akhirnya aku sendiri yang rasa aku bukan diri aku lagi ketika bersamanya, aku lalai dalam mengejar cita-cita, dulunya selalu aku buat perniagaan part time namun sejak mengenali dia, aku jadi malas untuk kumpul kewangan yang dulunya impian aku, aku mabuk bercinta mungkin tika itu.. Aku tidak nampak "big why'' aku melainkan dia. Kelakarkan?

Sehinggalah segalanya kian menyakitkan, kelebihan aku ialah pada firasat, walau aku mahu menafikan firasat aku, hakikatnya firasat itu yang benar. Sehinggalah aku melepaskan dia dengan doa agar dia akan sentiasa berjaya dan bahagia bukan seperti dia yang pertama kali aku kenali dia, keadaan dia .

Aku tidak sempurna, aku minta maaf.
dan begitulah kisah persoalan yang ditanya orang2 bagaimana ianya berakhir.
Aku penat & aku mengalah. Aku tidak berdendam.

Buat masa sekarang aku meniup kembali bara semangat biar menjadi api marak seperti dulu, aku akan teruskan big why aku, membuat simpanan , sales , aku akan jadi lebih baik dan semangat seperti sebelum aku mengenalinya. aku mahu membaiki diri aku, aku mahu membaiki bacaan alquran dan hafazan aku, aku mahu mempersiapkan diri sebanyak mungkin menjadi lebih baik sebelum aku jatuh cinta lagi.

Aku cuma mahu katakan aku bukan takut bercinta apatah lagi serik dengan apa yang berlaku. Tetapi aku tidak mahu ada penghalang untuk aku capai apa aku mahukan. My mom pesan, aku kene fokus pada apa yang betul2 aku mahukan such as hujung tahun aku mahu ade simpanan 7K and aku kene sungguh2 simpan dan sales hiraukan penghalang, biar aku kehilangan orang2 ketika aku gila kejar impian aku, at the end, Allah akan hadirkan manusia yang tepat pada masa yang tepat. Lebih kurang mcm tu ayat dia..

aku selalu merasakan aku tidak cantik. aku tak sempurna dan sebagainya. Sehinggalah Allah hadirkan aku dengan sekeliling yang menyatakan How beautiful You re. dan aku tak pernah merasakan aku baik sehinggalah aku dihadirkan oleh Allah dgn menyatakan "jieha, beruntung saya dpt kwn yg terbaik yg pernah sy kenali sepanjang hidup sy". Bukan membangga bukan juga riak namun disebalik aku tidak syukur, Allah hantarkan mereka membuat aku bersyukur dengan siapa aku.

Terima Kasih Tuhan kerana hadirkan mereka mereka daripada teman biasa, teman akrab dan lain lain. Mereka sungguh baik terhadapku. Kdg2 aku terfikir betapa besarnya Nikmat Tuhan kepadaku.Aku juga diuji dengan ujian ujian, kini aku sedar ujian itu menguatkan bukan melemahkan. Orang lain diuji dengan dasyatnya lagi apalah sangat dengan secebis ujian aku.

aku tidak mahu memikirkan soal jodoh tapi tidak dapat dinafikan as a woman in making, satu masa kita akan terfikir. Ketika aku bersamanya aku juga di asak dengan dugaan lelaki yang jauh lebih baik darinya namun aku memilih untuk setia bersamanya, pelbagai rintangan yang aku yakin aku boleh tempuhi namun segalanya berakhir dengan sia sia jika yang berjaya menempuh itu hanya aku dan dia bebas bersama wanita diluar sana sbb aku tidak tahu? Memang seronok di belakang teman wanita kerana dia tak tahu, tapi andai suatu hari nanti bende yang kamu paling tidak mahu berlaku dalam kehidupan kamu dan ianya berlaku jangan persoalkan kenapa. Itu kerana perbuatan kamu sendiri.

ada yang mengajak aku date, ada yang ajak aku kahwin gantung yang aku sendiri binggung datangnya mereka dari celah mana?? Nak kata aku melayan, memang chat aku sepatah tu pun kalau bende penting, dan aku menolaknya dengan penuh bermaruah kerna ayahku pernah pesan "kalau tak suke lelaki tu berterus terang dengan cara baik, jangan biadap, tak semua lelaki boleh terima "kebiadaban perempuan", kalau boleh dengan ex sekalipun jangan jumpa terus, khuatir mereka berdendam sbb tinggalkan dia, ni zaman kejahatan". and aku dengar nasihatnya, insha allah.

Kawan baik aku ada bertanya aku "Jieha, agak2 bila awak akan kahwin, bukannye xde orang nak dekat awak, cuma pilih je??", aku diam. kawan baik aku ni yang tahu banyak bende tentang aku yang aku tak cerita dekat orang lain, "nak cari boyfriend tu memang mudah, tapi nak cari suami tu susah". "maksud awk?''.. dia tak faham.

"saya boleh terima orang yang ajak saya couple kalau sekadar suka-suka, sesiapa yang saya nak, yang mana contohnya yang kaya si fulan, yang handsome si fulan. Tapi tu untuk couple bukan calon suami, kalau boleh sy nk couple yang memang untuk jadi suami dh". Tapi tu la, buat masa skrang malas nak fikir.
nak rehat.  nak cari diri sendiri. nak buat ma and ayh gembira. tapi kalau tersepak jugaa tak tau la. haha.'

minggu lepas aku cakap dekat my mom apa yang aku pendamkan "Ma, sy nk terus terang dengan ma, bakal calon suami saya "kalaulah sy kahwin" sbb rse mcm mlas kahwin nak ambil ank angkat je ni haaa, kalau sy kahwin calon suami sy bukan kerja kerajaan tau, kerja biasa2 je, dia seorang yang contohnya kalau rumah sy nanti paip sinki bocor dia boleh baiki, kalau ade masalah dalam rumah dia boleh fix, bukan bermaksud dia mekanik, biarla dia biasa2 kerja biasa2 tapi kalau dia jenis pandai kerje rumah, rajin nak2 menanam atau menternak tu satu kelebihan. huhu"..

Aku pun x tau kenape, aku rasa binggung sikit dengan citarasa aku. mungkin belajar dari pengajaran lepas, aku pernah couple dengan lelaki dengan perwatakan begitu dan begitu membuat kini aku merasakan aku berminat  kpd seorang lelaki yang serba boleh. Insha allah. tapi kalau tak jumpe juga seperti ciri2 ni, takpe, mungkin ada kelebihan lain.

sebagaimana aku yang penuh angankan. aku juga mahu persiapkan diri, untuk jadi best mom to my child and best wife to my future husband and of course sentiasa anak yang taat ma ayah, dan menantu dan ipar yang paling awesome. insha allah. nak gali ilmu sebanyak mungkin, nak amal kebaikan pun seistiqomah mungkin dan lain lain. Insha allah.

semoga segalanya dipermudahkan.insha allah.

No comments:

Post a Comment