Bismillah.
Kembali dengan sem yang baru, seriusly sem lepas aku berharap sem ni aku akan lebih sihat, lebih cerdas dan lebih tersusun. Paling lucunya Allah dah kabulkan bila mana aku dari tingkat 1 dipindahkan ke tingkat 3, fuh kejang lutut setiap kali ulang alik bilik ke kelas. Berpeluh. Roomate aku pula kos Pendidikan Sukan, lagilah, mybe Allah aturkan pertemuan aku dengan kos sukan nak aku lebih bersukan. Huhu.
So far so good. Insha allah. Sem ni untuk permulaan everything is smooth insha allah. make new friends. Part yang aku rasa lucu dengan aku, orang ingat nama aku kemana mana aku pergi tapi aku sumpah tak ingat nama orang. and bila diorang tegur "weh, jiehaa lama tak jumpe" aku anaysis balik nama tapi error and untuk ambil hati aku "haa, tu laa lame tak tgok awk, huhu".. "ketuk kepala sbb x hafal nama orang*
and few days ago, ada hiking di Bukit Kutu which is just 30 minutes from UPSI, bersama budak budak sejarah sem 1 hingga 8. Actually aku ingat hiking ni just like hiking macam Bukit Kluang, seriusly, bila Hiking Bukit ni, sumpah masa tu aku rasa serik, ibu jari kaki aku semua rasa sakit teramat, apa tidaknya 4 jam mendaki bossku. haha.Tapi tu pengalaman yang aku rasa agak mencabar in the same time aku cube something new, satu tempat dipuncak yang ramai antara kami tak naik sbb temoat tu safety memang rendah, kau jatuh kau mati . Tu la boleh cakap, mula mula aku naik tangga pertama aku rasa biasa lagi, tangga kedua kaki aku bergetar, seriusly tgok bawah macam ajal je panggil. aku tengok atas memang lawa pemandangan sehingga tak henti henti aku memuji kebesaran Allah. S.W.T.
Ketika berkumpul ialah memang ramai tapi bila sejam pertama dah berpecah, aku dengan kwn aku faz langsung tak berenggang, xtau la aku x sampai hati nak tinggal time dia penat, dan aku pun ade penat aku juga. Part yang lucu bila masing2 buat lucu lepas tu sama2 gelak, padahal penat.
dekat Bukit Kutu ni akan jumpa orang2 luar yang minat Hiking, mean bercampur semualah, program kami bukan jadi program bersama dah aku rasa sebabnya kami hanya berjumpa di Puncak & ketika naik bas nak balik. So, ketika hiking boleh jumpa dunia luar yang minat aktiviti Hiking.
Part aku xleh lupe, aku tengah nak daki satu kawasan tinggi dengan kawan aku, kepala aku asyik tengok kaki tempat aku pijak takut tersangkut dekat akar kayu sebab kawan aku dah tersadung dengan akar sampai kaki seliuh teruk. So aku be carefull. Tengah ralit tengok bawah, bergantung dekat akar kayu, aku dongak nak naik dekat tanah lapang aku terkejut sebab ada muka ala ala pakistan depan aku, mungkin dia jalan nak turun dan aku nak naik, dia dengan kawan-kawan dia.
"Fuh, Cantikknyaaa kamuu". Aku sempat naik sambil hulur tangan dekat kawan aku. Aku tengok dekat kawan aku, ingat dia cakap dekat kawan aku. "Sampaikanlah salam CintaKu padaNya". dengan nada nyanyi.. kawan aku dah gelak. "Dia memang cantik". kawan aku sampuk. aku buat tak dengar..aku gerak depan..
"mesti bangga kau mek, ade je orang cakap kau cantik mek, memang kau cantik mek". kata faz sambil kami berjalan.
"tak pun Faz, langsung x bangga. xdop bende untuk bangga biase je rase Faz".
"kenapa Mek, kamu tak syukur ka?". dia pelik
"Bukan x syukur, tapi dah penat asyik orang cakap lawa je, cantik je". aku balas dengan nada bergurau.
"Bodohhh!! Ingat ape tadi".. kami tergelak. Dia pun dah terbiasa dengan aku yang suke menyakat.
tapi so far, aku bergurau alhamdullillah takde yang ambil serius sgt, masing2 dah tahu aku suka bergurau, tapi aku bergurau tengok orang dan tempat juga.
and part yang buat aku malu rasa xtau nak letak muke dekat mana, time aku sampai puncak, senior2 berkumpul dekat batu bersama lecturer. Aku dengan muke tak bersalah sampai dipuncak berjalan seperti biasa, lecturer yang memang suke sakat aku dari pertama kelas sem lepas dia tanya nama lepas tu dia sentiasa sebut nama aku time jumpe, "Piwitttttt, Tengkuuu". semue orang tengok aku, aku rasa malu gila ape tidaknya bukan sikit orang time tu. Aku senyum xtau nk respon ape.
So far, everything so nice.
and time turun hiking ada senior yang tegur aku, katanya hebat aku boleh hiking sampai atas. Dalam ramai ramai orang dia boleh puji cakap aku hebat sedangkan aku antara yang terlast sampai, orang lain chek point 1 aku chek point 17kali. haha. Kelakar cari modal sembang mungkin.
and now back to normal life as student, assignment and so on. and insha allah lepas segalanya lapang jari jemari aku kembali sembuh , 10 jari kaki bengkak, nak jalan pun sakit, ahamdullillah hari hari ketiga dah beransur surut bengkak, first time aku tengok ibu jari dan anak anak jari kembang, tersentuh lantai pun sakit. dan aku merawat diri aku seorang diri tanpa mengadu dekat sesiapa termasuk ibu bapa aku. kan aku nak jadi lebih dewasa, so act like a woman. ceh, kononnya. tak nak buat mereka risau lagi2 duduk jauh. Bukan tak kenal my sister yang over caring dekat aku, tak pasal2 sampai UPSI. haritu pun aku complaint penat angkat barang dia nak dtg tlong angkat kemas semue, and fikir balik xnak susahkan diorg.
im really apreaciate them seriusly. and i know they miss me, video call , my mom keep whtpp me, kan aku dah cakap, bila aku takde sehari dua hari suasana sesuatu tempat dah berubah, aku pemecah kesunyian. seingat aku dirumah macam radio pecah, mulut tak berhenti bercakap, bayangkan anak sedara aku yang tak pandai bercakap lagi, sampai boleh menyanyi lagu gara2 aku mengasuh tak henti menyanyi automatik budak kecil akan ikut nyanyi.
Dekat rumah pun sama, sampai my mom said "Najihah, dah la nyanyi, dah la dengan gaya, dengan muke, pegang penyapu pulok tu". Sambil anak sedara aku yang 5 tahun tengok aku terlopong. mungkin dia terfikir kenape dapat mak sedara masuk air macam aku.haha. Kelakar.
tapi tu lah, keadaan aku bergantung dengan persekitaran semasa, mood, time aku sunngguh2 nak buat something aku macam harimau yang kelaparan, aku buat betul2, time aku main2 tak delah main2 betul2 tapi aku cube seimbangkan, and time aku mature, i can be a real woman. Seriusly. sebab tu watak aku ikut masa dan persekitaran.
So far, orang yang kenal aku. Tahu aku mudah ketawa dan terhibur, boleh diajak sembang dan boleh jadi garang nak mati. depend on situation.
kbye. nak rehat. seharian kelas today.
No comments:
Post a Comment