Ketika aku solat maghrib tadi, tiba tiba aku teringat ketika aku bakal menghadapi SPM dulu, perasaan aku gusar, aku takut kerana aku meletakkan "SPM ialah segala-galanya, penentu masa depan aku" mungkin kerana terpengaruh dengan kata kata pemangkin semnagat sekeliling waktu tu.
Diringkaskan cerita, aku demam ketika SPM and perasaan tak larat waktu tu sampai sehari sebelum exam, aku call ustazah bahasa Arab aku. Aku tak akan lupa jasa dia sampai bila-bila. Aku call, aku menangis, aku cakap aku tak larat sangat aku tak boleh nak makan apa-apa. Dia tanya about my parents aku cakap mereka baik-baik cumanya minggu exam aku tidak mahu diganggu dan aku berkurung didalam bilik tanpa menjamah makanan akibatnya, aku muntah air kerana perut kosong.
Dia minta alamat rumah yang kebetulan dekat sekolah aku dan aku suruh ayah hantar dengan alasan ada kelas padahal takde kelas malam pun. Aku masih ingat waktu tu malam hari. Aku menangis didepan dia, dia memeluk aku erat. Dia memberi aku beberapa biji epal hijau dan hundred plus, dan kurma katanya perut aku kosong. Masa tu aku masih ingat, aku rasa down, aku tak kuat badan aku lemah.
Soalan yang aku masih ingat, "Najihah dah solat isyak tadi?", "tak, saya cuti". Jawab aku jujur, "dah berapa hari?".. "5 hari". aku balas. hati aku masih tak tenteram. "kenapa tinggal Tuhan? cuti tak bermakna najihah akan cuti sehingga tinggal Tuhan, sekurangnya zikir, seru namaNYa". aku diam.
"Bila last sekali nangis ingat Tuhan?". aku diam aku fikir waktu tu terlalu busy kejar SPM sampai aku terdiam "rasanya lame x nangis". Dia peluk aku "sebab tu najihah, jangan ingat ibadah 5 waktu tu sudah cukup, panggil Allah, seru namanya kalau x boleh nangis, gali lagi, panggil banyak kali, Allah pasti hadir, Dia sangat dekat dengan kita. Tiada yang dapat beri kekuatan , ustazah pun x boleh bagi Najihah kekuatan jika sekarang Najihah cakap Najihah down, sakit, sbb kita sama sama milik Allah, yang ustazah boleh bagi jalan, Seru nama Allah". aku nangis waktu tu. "ustazah, sy risau dengan SPM dengan keadaan sy sekarang".
"keadaan awak sekarang, awak tengah cuti, ustazah faham hormon awak tak stabil, lagi2 awak cuti juga dari sebut nama Allah, minggu exam, syaitan tu pandai je cari peluang nak lemahkan awak, kalau awak ikut bisikan bisikan, yang ajak awak putus asa, yang kata bukan-bukan, yang menyebab awak overthinking, awk x boleh mcm ni, awk kene kuat awk kene lawan, boleh?". aku mulai rasa something positif waktu tu. Ibarat tersedar dari kekusutan jiwa.
"Terima kasih sgt-sgt. Sy just x tahu nak share and luah dekat sape.Sebab sebelum ni sy selesa minta nasihat daripada ustazah". aku jujur.
sumpah aku rindu suasana dulu. daifnya aku dahulu. Seorang yang tertutup, tidak mahu bercinta, waktu ni hanya fokus pada friendship and enjoy waktu persekolahan.
Bila tukar sekolah, mulai belajar erti jatuh hati / mencintai pada si jejaka kononnya kerana sekeliling bercinta. untuk merasakan apakah perasaan cinta zaman muda. Percintaan ini agak lucu bila diingatkan balik, masing2 malu. Berdating pun tak. Bercakap pun tak. Bergayut pun tak . tetapi atas dasar relationship. Susah gila nak jelaskan situasi bila berlaku persefahaman bilamana kami tanpa komunikasi. Paling lucu waktu tu, aku sayang dia tanpa syarat walaupun dia "busy", dia tak pernah lupe my birthday, cumanya dia jarang sangat tanya khabar aku waktu tu. Aku nakk tahu apa-apa pun melalui kawan baik dia, sampai satu masa kwn baik dia mybe kesian dekat aku seolah digantung tak bertali. Dia bagi hint "Move on, just leave". Masa tu aku degil sehingga aku dalam hubungan dua tahun tapi kosong. Ya. masa tu aku bodoh.
Sehinggalah tamat sekolah, aku tertanya tanya tentang status aku. Sampai aku sendiri tak pasti, aku tidak lagi menunggu chat dari dia, panggilan apatah lagi. Aku decide untuk move on.Aku dah start bekerja waktu tu. Aku bergaul dengan sekeliling. Alhamdullillah, aku dikelilingi mereka yang banyak memberi nasihat. Waktu ni ada yang kononnya berkenan dkat aku, ajak couple and so on. Tapi aku hold on and reject sbb nak "love myself".
and bila aku move on. he starts to realise he lose me. Dia cakap 'punca dia abaikan aku sebab dia tak yakin dengan hubungan kami boleh pergi jauh, lagi-lagi aku ada rupa, dia tiada apa. Dia takut bagi lebih effort takut aku akan tinggalkan dia suatu hari nanti, dengan cara abaikan aku sekurangnya dia tak terlalu melebih-lebih seandainya aku pergi, betapa dia takut aku tinggalkan dia, lepas aku pergi baru dia sedar "ikhlasnya" aku dengan dia dulu". panjang berjela whatpp dia waktu tu.
aku balas " Its okey, it will never late to change but im sorry, i will never accept you again. sy harap awak akan jumpe someone yang awak yakin she is the one, dia tak akan pergi dari awal, someone yang awak nak jaga sepenuh hati dan tunjuk effort awak".Aku dah maafkan dia.
until years later, i fall in love again with the wrong guy. he told me that he will take care of me. Love me and never leave me. i learnt and i felt that kind of love. He teach me about love that i never feel before and with him i turned into someone else, i mean i changes. I love him and i dont care about his imperfect. Until one days, everything changes, after he meet his ex, i becomes more insecure, i dont want to loss him. i change to someone that ask to much questions, someone that too clingy and so on. he starts to piss me off, he ignore me like crazy, and he even said he dont has time for me.
and i cried. why u have become to someone that u told me that u will never be?
Kedua kalinya dalam hidup, aku start blamed myself for what happend. i said to myself how useless i am and so on .
Sehinggalah aku tersedar, mungkin Allah sedang kabulkan apa yang aku minta selama ni.
" Ya Rabbi, jauhilah orang2 yang memusuhiku, yang mempunyai niat yang tidak baik terhadapku, sesungguhnya hanya Kamu yang Mengetahui apa yang ada didalam dada manusia".
atau mungkin doa mereka yang Allah kabulkan sebab tu Allah pisahkan.wahualam.
apa pun yang berlaku dalam kehidupan. Aku sudah maafkan. Aku maafkan kamu bukan kerana kamu meminta maaf, namun aku maafkan kamu kerana jiwaku memerlukan ketenangan.
Mungkin di luar sana, ada yang Allah patahkan hatinya agar tidak terus menerus bersama orang yang salah.
aku pun pelik, kenapa sampai sekrang aku masih tidak boleh menerima seseorang yang menunggu aku bertahun lamanya, yang meluah perasaan dekat aku mungkin atas dasar aku friendzone kan dia. Aku jdi tidak boleh nak tukar status dari friendship kpd relationship. Aku susah betul jatuh hati dengan orang yang aku dah kenal. At the end, aku usir dia berkali kali. Sampai aku rasa "dia ni memang tak pernah serik kene reject. Walau dia tahu aku dah ade bf ketika tu. Katanya aku "rare". Kentutnya ayat, Rare dekat mana.
tapi seriusly, syukur aku sekarang bila aku cari diri aku, mengumpulkan kembali serpihan serpihan yang berantakan, aku syukur, misi menjadi ustazah rock . gelaran drp my mom, aku bukan si ustazah yang alim, dari segi pakaian, bukan jenis yang selalu bercakap agama, aku biasa seperti orang lain, aku belajar perlahan-lahan agama, aku menghafal surah-surah sbb bagi aku tak rugipun kalau hafal surah panjang2 sbb tak semestinya ustazah kene hafal.
lucu bagi aku bila kitaorang tengah penat hiking haritu, aku baca bismillah and aku petik satu ayat quran dan aku tafsir maksud "Sesungguhnya tiada paksaan dalam beragama islam". waktu tu kerana aku kepenatan dan aku hampir give up untuk hiking, diorang tergelak.
Pernah aku baca alfatihah, and my friendd said dia suke dengar aku baca, alunannya. selambe aku jawab " awak jangan judge sy dengan luaran, walaupun sy ni nampak rock, dalam dada sy masih ada ilmu agama". sambil ketawa. kawan aku tergelak, "awak ni memang ade2 je ea". Sambil eleng kepala.
aku bukan alim. tapi bagi aku alquran akan jadi penyelamat aku. Walaupun aku tahu iman aku naik turun, tapi aku paling bersyukur Allah tak pernah palingkan hati aku untuk tinggalkan alquran dan juga solat. Sekurangnya, bilamana aku jauh dari ma ayah aku yakin aku boleh bawa diri sebaik mungkin as long as aku jaga dua yang utama ni. Insha allah. Moga-mga Allah sentiasa tetapkan hati agar tidak sesekali berpaling dari landasan yang benar.
No comments:
Post a Comment