Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

16 March, 2019

Sunyi

Sunyi.
Sunyi merupakan satu kata yang mampu aku ungkapkan saat ini.
Aku pernah diisi dengan ketawa, kegembiraan dan juga kebahagian.
namun suatu masa perasaan sunyi menghimpit diri.

Aku mengisi kekosongan yang aku rasa di hati dengan membaca al-quran agar aku sedar bahawa semua rasa ini adalah dari Tuhan, agar juga aku tidak mengingati perkara yang tidak patut aku ingati.

Mimpi.
Aneh, mimpi merupakan suatu perkara yang wajib dalam hari hari tidurku. Ada yang baik ada yang buruk. Selalunya mimpi itu kadang-kadang sebuah fantasi yang membawa aku ke alam yang indah, mitos dan penuh lagenda.  Ramai yang suka bermimpi khayalan, bagi aku, aku tidak mahu, kalau boleh aku tidak mahu bermimpi, sebab bila tersedar aku kehilangan kebahagian sebentar.
Ya, orang kata aku aneh sebab setiap hari bermimpi, aku ada buat pembacaan sebenarnya menurut seorang Profesor Setiap oramg itu bermimpi dalam tidur seharian namun keupyaan otaknya untuk mengingati apa yang dimimpi tersebut. Wahualam.
Anehnya, aku jika diselubungi masalah, kerisauan dan aku tidur dengan tidak tenteram, aku akan diganggu oleh mimpi yang menakutkan, dada aku terasa sesak, akibatnya aku akan menangis pada suatu ketika, ya perkara ni jarang-jarang berlaku, akibatnya kalau dirumah aku akan kejutkan ibuku dari tidurnya, dan aku tidur bersama dia. Biasanya dia sudah tahu kalau dengar suara aku memanggil. Tak selalu tapi ada saat-saatnya.
Kalau zaman ada Boyfriend dulu, aku akan call dia, untuk teman aku bercakap sekejap.haha.Walaupun tak diangkat.

Overthinking.
Suatu perkara yang patut aku hindari namun kadang2 aku biarkan ianya menguasai diri, akibatnya ianya merampas kebahagiaan aku. Sekarang, aku belajar hentikan overthinking yang aku tahu memakan diri, aku menghentikan kerisauan aku. Setiap kali fikiran aku mengajak ke arah berfikir yang tidak baik terhadap sesuatu, cepat cepat aku alihka perhatian aku untuk berfikir bende lain. 

tapi, buat masa sekarang aku risau, aku rindu yanng teramat buat familyku terutama my parents.Minggu ni silih berganti my mom, My dad and my sister masuk dalam mimpi. Bila tersedar, aku tengok ada whatpp daripada mereka. Mungkin mereka juga merasakan bende yang sama.Kadangkala aku solat, wajah mereka terbayang aku menangis. *tiba-tiba berkaca mata aihh*.
Time aku balik kampung aku suka pergi dekat Bangsal Kambing di belakang rumah ku, ikut ayah aku. Kami bersembang, suatu hari ayah aku kata, "Najihah, ku(ayah) dh tua, jaga diri molek, belajar sampai habis walauapa pun berlaku, katakanlah ma and ku xde dalam tempoh Najihah belajar, teruskan belajar, kalau rasa tak cukup duit kemudian hari, ni kambing2 yang Najihah tau".

Aku senyap je. Waktu tu dan ketika ini aku tidak dapat menerima kata-kata dia, seolah-olah dia akan tinggalkan aku. Ya, ayah dan ibuku mengajar aku banyak perkara tentang kehidupan, mengajar aku bercakap dari awal tidak tahu apa apa, membesarkan aku bukan mudah, menyediakan apa yang patut untuk aku tapi mereka tak pernah mengajar aku untuk terus kuat walau tanpa mereka.

Walaupun tempat aku belajar bukannya luar negara, namun terasa jarak. Aku sentiasa ingat mereka dalam apa jua yang aku lakukan, apa yang mereka mahu lihat aku kelak, sekurangnya andai kata takdir kami sekian sekian, sekurangnya aku mahu buat mereka gembira, mereka meninggalkan aku dalam keadaan aku kuat, aku boleh memilih yang baik dan buruk.

My mom yang suka usik aku, "agak-agak sempat tak ma Tengok Najihah kahwin?". My dad "ikut la sempat tak yang penting, dia boleh jaga kamu,". My mom "kamu dengan Kak kamu (kakak yang atas aku), dibesarkan tak pernah kene rotak berbanding yang lain, kalau kalian dapat suami yang berani kasar (Pukul kamu), selagi ma ada, bagi balik anak ma dekat ma, ma boleh jaga". kata kata ibuku terngiang ngiang di telinga aku. Betapa mereka takut rumahtangga anak-anak mereka kemudian hari. Wahualam. 


No comments:

Post a Comment