Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

24 March, 2019

I need to be strong

Last week, aku whatpp my dad tanya khabar and he said he is not feeling well. Kebetulan pula aku ada rasa tak sedap hati yang selalu mimpi2 mereka silih berganti.

Dalam fikiran aku kerje assignment banyak, kerje berkumpulan and so on. I decided nak balik juga walau sekejap, aku tinggal segala kerje kerje aku ketepi, aku balik sehelai sepinggang tanpa laptop atau buku.

Ya, ayah aku kelihatan tak sihat,mulanya kelihatan demam panas, susah nak bernafas, batuk dan aku cuba urut dia biar dia rasa lena untuk tidur sebelum ni susah nak tidur. 
Keesokannya, kebetulan aku balik ada kenduri sepupu sebelah lelaki, aku sempat pergi and my sister cakap "ayah cari aku", sebab ayahku x pergi kenduri dia kelihatan penat sangat.

Bila aku balik daripada kenduri, aku pelik sebab dia susah nak berjalan berbanding sebelum ni, i think something wrong, malam tu aku urut dia lagi, sapu minyak angin dikepala, aku buat lawak bodoh walaupun dia tak respon langsung lawak aku, aku usik nak gunting misai dia, haha dia pantang sangat kalau sebut pasal misai dia dari dulu.. Ma aku ketawa tengok gelagat aku menyakat ayahku.

Malam tu, aku memujuk ayah aku ke Hospital. Lillahi, ayahku manusia yang paling susah ke hospital, dia seorang yang garang, kuat dan hebat bagia aku tapi kelemahan dia yang takde orang tahu ialah dia sangat sangat takut jarum. Nak tak nak pujuk dia, alhamdullilah dia nak pergi Hospital.Mulanya kami syak dia denggi sebab badan dia ada bintik kemerahan.

Setibanya di Hospital, bila doktor buat chek up, ayahku sibuk nak balik, tapi pujuk juga dia, mungkin perasaan takut yang teramat dia pada jarum, kami semua diminta tunggu diluar. Aku tahu dan aku turut rasa ketakutan ayahku waktu tu, tidak mahu ke hospital, terpaksa hadap jarum yang dianggap "fobia" dalam hidup dia.

Aku curi curi memandang di pintu, aku lihat ayahku penuh dengan darah, dia mengelupar, aku terasa sesak di dada waktu tu. Pegawai menyuruh aku tidak menjenguk dan aku akur. Beberapa jam diluar masih tak tahu keputusan, aku menjenguk lagi, dan aku masuk walaupun doktor melarang aku masuk, aku pekakkan telinga, waktu ni lutut aku rasa lemah sangat, aku tengok mulut ayahku berbuih, muntah penuh di lantai, doktor ikat tangan dan kakinya di katil disebabkan dia tak bagi kerjasama untuk menyuntik, memasukkan air dan lain-lain. Kasar sangat cara doktor, mereka membuat muka agak bengis. Aku tak boleh terima, aku lihat ayahku terbaring lemah, selemah yang tak pernah aku lihat sepanjang hidup aku.

Aku peluk ayahku, "Doktor, saya minta maaf. Saya minta maaf kalau ayah saya tak bagi kerjasama, ayah saya susah datang ke hospital, saya harap doktor kalau suntik dia selembut mungkin, ayah saya takut jarum". Aku pegang tangan ayahku waktu ku. ayahku seolah tak sedar diri. Doktor perempuan langsung tidak senyum atau apa. Aku merayu agar dia tidak meluat dengan ayahku, agar dia tidak marah pada ayahku, aku merayu agar dia memahami keadaan ayahku.

Tiba-tiba ayahku menggelepar, mulutnya seolah mengatakan sesuatu, aku tak boleh faham, Slow sangat nada dia. 'Tahan sikit je, saya tunggu sini" banyak kali aku ulang, aku tak kuat tengok keadaan dia diikat begitu, lillahi. Aku menangis dekat situ, yang aku tahu ayahku tak okey. Kakak aku masuk dia terkejut tengok aku, "Tolong jangan nangis dekat sini, nanti ku "ayah" susah hati". Aku angguk, sambil lap muntah dia. dada aku sebak.

Aku bercakap dengan doktor and doktor cakap ayahku terpaksa dihantar ke hospital besar, kerana jangkitan kuman di selaput otak, dia perlu rawatan segera. Aku lemah. Ketika aku keluar bilik tu, aku menangis tak henti-henti, sampai abangku minta aku berhenti menangis, jangan tunjukkan sedih depan ayah. Aku tahan sebak.

9.00 hingga 4.30 pagi di hospital , jam 5.30 pagi aku sampai rumah, aku terpaksa bertolak balik University sbb tiket aku jam 8.00 pagi, aku terpaksa sebab kerje kerje aku yang perlu dihantar, laptop aku yang aku tinggal di hostel. Keluarga aku yakinkan aku segalanya aku baik, aku akur.
Sepanjang perjalanan aku menangis, aku harap segalanya okey.

Aku rasa lemah sangat, kawan-kawanku keep support me to be strong.
Sepatutnya aku sampai jam 5 petang tapi aku sampai jam 9 malam disebabkan ade trafic jem lori terbakar. Jam 7.15 aku sempat bercakap melalui telefon dengan ayahku, alhamdullillah dia boleh bercakap, mengenal aku bukan seperti keadaan semalam. Aku harap segalanya akan baik nanti.

Allah sedang uji sedikit. Aku kene kuat, ayahku pasti susah hati lihat aku sedih. Aku kene kuat, puterinya kene kuat. Insha allah. My family keep asking me "dont think too much, everything gonna be okey". Aku seharian tak makan, makanan tak boleh masuk langsung , aku minum air putih. Aku takut aku lemah. Bila fikiran aku lemah, diri aku akan lemah dan aku akan jatuh sakit.

No comments:

Post a Comment