Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

07 May, 2019

Ujian dari Tuhan

Bismillahirahmanirrahim. 

kadangkala Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan bertanya tanya,
kemana hilangnya Sinar..
Rupa-rupanya .. Allah nak hadiahkan Pelangi..
Subhanallah..

Ujian itu datang bukan untuk melemahkan bahkan untuk menguatkan lagi kita..

setelah sekian lama tidak update blog. Banyak yang mahu aku ceritakan namun tidak mampu aku ceritakan disebabkan beberapa faktor.

1) Aku diikuti oleh seorang lelaki
2) Aku menerima mesej berbaur ugutan
3) Aku diminta memberi barangan peribadi seperti tshirt jika tidak mahu diikuti.
4) Daftar number whatpp menggunakan nama dan gambar aku

Semua yang berlaku disebabkan aku reject seorang lelaki. Dari awal aku beritahu aku tiada perasaan mungkin tanpa sedar dia meletakkan harapan. Dia kemudian meluah perasaan secara berdepan selepas aku reject via whatpp.  Sejak peristiwa itu aku sudah tidak aman dengan cara dia. Aku takut diikuti dan lain lain. Aku block semua berkaitan dia sebab aku memang tak ada perasaan dekat dia, aku sudah beritahu dengan cara yang baik.

Aku menerima mesej ugutan "mahu membuat aku menangis mencari dia, mahu membuat perkara yang menyesal sebab reject dia" dan pelbagai bagai.

First aku fikir aku kesian dekat dia, dan aku hanya bagi warning, jika berani kacau aku lagi. aku akan buat report. Dia senyap sehari, kemudian dia mula mengganggu aku lagi. Aku bagi lagi warning. Dia senyap namun masih mengganggu. Aku terpaksa skip kelas semata-mata nak settle kes aku.

Aku buat Report. Pihak polis menyatakan kes aku ni kes berat. Aku ceritakan dari awal sehingga akhir. Dia cakap tu sudah jatuh kes ugutan, jenayah sexual kerana mengikuti dan meminta barangan peribadi. Sebenarnya setiap kali ke kelas aku dalam kawalan pegawai keselamatan, sepanjang ke kelas pihak pegawai akan hantar aku ke kelas, ada waktu sampai tunggu aku habis kelas.

Aku tak kejam , aku ada humanity, aku fikir juga masa depan dia sebagai pelajar aku aku buat report apa yang akan berlaku pada dia. Aku dah fikir semua tu, aku kasihan juga pada dia. Tapi bila aku cakap bende yang sama berulang ulang kali yang aku tak nak dekat dia. jangan ganggu aku . Dia yang buat diri dia begitu sebab dia fikir mungkin diam aku , aku tak buat apa-apa. 

Jangan kata aku tak bagi warning dekat dia. aku dah banyak kali bagi warning tapi dia tak endah. Semua emel , akaun aku dalam kawalan pegawai . Bila lastly dia ada emel aku, pegawai tu baca, pegawai tu ikut aku, dia sendiri ambil tindakan. Pihak Uni nak melindungi lagi budak macam dia nak bagi peluang dekat dia, kasihan pun kasihan sebab pelajar tapi tak berfikir sebelum buat apa-apa.

Berapa kali aku mengamuk dekat pihak keselamatan sebab tiada tindakan diambil sehinggalah pegawai tu ambil semua akaun aku, tengok sendiri. Barulah tindakan diambil . Aku boleh besarkan kes ni, lawan di mahkamah tapi setakat ni bagi warning sbb aku masih ada ehsan . kalau berani ganggu lagi aku, MASUK PENJARA / GO TO JAIL !! 

Pada awal ugutan santau dan lain lain memang membuat aku ketakutan. Tapi suatu saat aku terfikir, aku tak boleh takut, aku kene  berani, aku ada Tuhan yang sentiasa ada. Jika Allah kata "Kun Fa ya Kun" maka jadilah. Mungkin Allah izinkan berlaku sebagai ujian buatku..

Pegawai siasatan, pegawai keselamatan selalu follow up kes aku. Bertanya khabar. Mereka cakap mereka sudah anggap aku sebagai anak, mereka juga banyak ingatkan aku hati-hati, jaga diri dan kalau nak pilih kawan piih kawan yang baik tidak kira lelaki atau perempuan, kalau boleh dia pesan jangan berkawan dengan lelaki. Dia juga cakap "awak cantik, kadangkala tidak kira lelaki atau perempuan kalau punya hasad dengki, bila-bila masa awak boleh jadi mangsa, manusia ni banyak baik didepan, dengar la nasihat sebagai seorang ayah/abang". Aku angguk.

Apa sekalipun berlaku, ada hikmahnya. Bersangka baik. Semuanya adalah suatu proses kedewasaan. 
Aku tak kejam. Aku tak berdendam. Aku maafkan semua orang. Aku memerlukan kehidupan yang tenang. 

Terima Kasih Tuhan, ketika Engkau menguji aku. Engkau tidak pernah membuat aku berasa aku keseorangan, pasti engkau menghantar orang-orang untuk bersama aku. Membantu aku.
Alhamdullillah.

No comments:

Post a Comment