Salam sejahtera.
Diakui sekian lama tidak update blog..banyak bende yang ingin disharekan namun tergendala begitu sahaja..
Dalam kesibukan dan kepuraaan kesibukan , banyak bende dalam kehidupan ini yang berlaku bukan saja saja berlaku. Ada sebab dan hikmah yang berlaku..
.
puasa berlalu dan hari raya juga bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.. Pejam celik pejam celik sebentar sangat tahun ini berlalu.. Begitu juga manusia yang datang kemudian berlalu pergi.. Setiap kali perkenalan aku dengan seseorang yang mulai kenal, first sekali aku ingatkan diri sendiri tentang manusia baru itu bahawa "Kehidupan ini ibarat menaiki keretaapi, bertemu di stesen yang sama kemudian berpisah ke destinasi masing-masing''. Agar membuat aku sedar bahawa manusia itu akan berlalu pergi apabila tiba masanya dia ke destinasi dia.. Begitu juga ajal maut..
.
Kesilapan. Siapa saja manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan? dalam apa jua kesilapan, persahabatan, kekeluargaan juga dalam percintaan , sesiapa saja pernah melakukan kesilapan, yang membezakan kita ialah cara kita ambil iktibar daripada kesilapan yang lepas.
.
Ya, yang berlalu biarkan ia berlalu.. Teruskan kehidupan dan baiki. Moga-moga kehidupan esok lebih baik dari kelmarin. Aku tidak suka seseorang yang meratapi kesilapan yang sudah berlalu, bosan, rimas dan macam-macam.. bagi aku tidak salah untuk menyesali tapi ambila pengajaran agar kesilapan yang lepas tidak berlaku lagi.
.
Ego.
If i Said "Rendahkan ego untuk orang yang engkau sayang". Trust me i failed about it. aku gagal dalam life aku tentang ego. Mungkin juga dalam mengambil pengajaran daripada kesilapan yang lepas, aku lebih mulai 'love myself' sampai aku letak diri aku the most top person i should give prority in my life.. Ego.. Aku letak kan pendirian aku bahawa nobody can treat me bad, i will never accept somethg less than i deserve..im ready to loss people in my life and so on. .
and the truth is at the end i feel so pity to the person who try hard to win my heart. i feel so so sorry towards him. Seriusly. First , aku perasan, DONT EVER TRY ME, I MEAN TRY TO WIN MY HEART AND SO ON. tapi walaupun cara dia aku tahu dia try hard dan aku dengan ego dan pendirian aku. tapi aku jadi serba salah . biasalah perempuan, sebenarnya dari dulu zaman aku kecil aku pernah impikan aku dikelilingi peminat, aku dapat hadiah, aku ada secret admire and so on biasalah zaman kecil..
.
but bila aku dewasa tidak pernah aku sangka , aku dapat apa yang aku inginkan, aku dapat semua tu dengan seseorang yang aku anggap kawan, aku dapat hadiah dari secret admire, aku ada peminat * Bukan mahu cakap aku famous* BUT aku tak pernah sesekali menyangkakan semua ni..
.
At first aku happy. Aku dapat flowers yang harum, coklat, bellon, cake and my fav things.. Something yang aku tak pernah minta aku dapat.Sumpah aku happy.
.
but at the end aku diselubungi rasa serba salah. Kesian, terhutang budi dan macam macam sehingga yang aku tahu dari pengirim aku suruh stopkan semua tu walaupun dia cakap dia yang nak bagi ikhlas. Nak buat aku happy and so on. Aku rasa mcm effort dia sia-sia sbb hati aku masih batu. Aku minta maaf, aku tak boleh terima..
.
Aku korek punya korek perasaan aku yang bercampiur baur . Ternyata, aku mulai menyedari satu hal.
Aku mendapat sesuatu yang aku sangat sangat inginkan "suprised" and so on daripada insan yang TIDAK aku cintai sedangkan insan yang aku PERNAH CINTAI langsung tidak berusaha agar aku gembira. Hakikatnya aku berharap aku menerima hadiah tersebut daripada insan yang aku cintai tapi bukan "mereka".. Ya aku happy kalau daripada FAMILY aku.
.
Beginilah kehidupan .
Selepas kegagalan hubungan aku, aku fikir tiada siapa yang mahukan aku. Aku gagal dalam relay and so on but aku silap. Nyatanya selepas aku gagal, datang silih berganti manusia yang melamarku.. Aku pelik dari mana mereka seolah tahu tahu aku tengah heart broken..haha.. tapi tidak aku memberi harapan...
. Alhamdulllilah kini, mereka yang bertanya aku, cukupla mereka mengenali aku dengan status "pertunangan" dan tidak perlu bertanya banyak sebab aku lebih selamat begini. Aku tidak mahu diganggu atau apa lagi. Hidupku kini tenteram dan aman..
.
Buat bekas ex aku, keluarganya yang sangat sangat berkenan dengan aku suatu ketika dahulu sehingga kini sangat baik denganku. Terima kasih, aku sangat hargai walaupun asyik di sakat agar aku berbaik kembali dengan ex. haha. .
.
Buat diri yang kdg2 rasa risau takut jadi andartu . Insha allah rasa ini akan hilang, umur sekadar angka, as long as we think we re young we re young !!!
apa la aku melalut 2:30 am ni. time to sleep. Bye bye.
No comments:
Post a Comment