Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

10 July, 2019

andai kata

Andai kata disaat ini Tuhan mahu mengabulkan permintaanku, ingin sahaja aku meminta agar Tuhan memberi aku satu kelebihan. Iaitu kelebihan membaca niat hati seseorang, baik buruk seseorang, masa lalu seseorang dan sebagainya..
.
Andai kata Tuhan mengabulkan permintaanku saat itu juga. Aku akan dapat melihat orang-orang yang bersua dihadapanku, aku dapat membaca niat hatinya, aku dapat melihat masa lalunya, penderitaannya, kesengsaraannya.

Agar, jika aku punya kelebihan itu, aku dapat menghindari diri aku daripada terus bersua, agar aku mampu selamatkan diri aku daripada orang yang punya niat yang tidak baik terhadapku. Jika aku dapat membaca masa lalunya, aku akan dapat menyelami masa lalunya, penderitaan atau kesengsaraan agar aku lebih memahami.

Namun jika benar itu  benar benar keinginanku agar Tuhan kabulkan. Itu tidak baik. Itu selfish namanya. Aku hanya mahu selamatkan diri aku dari segala segi. Bagaimana pula dengan insan lain yang tidak punya kelebihan seperti aku kelak? 

Sedar atau tidak sedar, Allah hadirkan pelbagai jenis manusia dalam kehidupan kita. Sedar atau tidak juga bukan saja saja Allah temukan kita dengan insan tersebut..

Kehidupan ini merupakan suatu proses kkedewasaan, selagi kita hidup, selagi tu kita akan diasak oleh pelbagai dugaan dalam kehidupan, Allah itu Maha Adil, Maha Pendengar Lagi Maha Mengetahui apa saja yang berlaku.. Yakin dengan Allah.

Pernah juga aku bertanya "Kenapa aku Ya Allah?'; sehingga aku down.. Aku menangis, aku meratapi dugaan yang Allah bagi. Bila disedari ternyata sayangnya Allah pada aku, Dia beri ujian, dia jentik hati aku agar meluah, bercerita dan mengadu sebenar-benarnya hanya pada Dia. Allah tahu apa yang berlaku dalam kehidupan dan Dia Maha Mendengar. Setiap esakan tangisan aku bercerita pada Dia, betapa ketenangan yang aku temui, lantas aku memohon keampunan disaat aku terlupa bahawa ujian yang Allah datangkan tanda betapa Allah sangat sangat dekat dengan hambaNya. Subhanallah.

Dikalangan mereka(rakan-rakan) aku tempat mereka meluah, tanya pendapat dan bermasalah. Agar sukar bagi aku untuk berlagak kuat dihadapan mereka, ada hari aku juga normal, aku melalui hari hari aku down, aku memerlukan tempat meluah namun aku tak mahu rakan ku rasa teruk seperti yang aku sedang rasa lalu aku pilih pendam. Sehingga suatu hari, aku memilih seorang teman rapat dan bercerita tentang episod apa yang aku rasakan.. Aku down, aku lemah. Betapa aku rasa tak kuat.
.
Lillahi, temanku menangis.  Katanya, Dia sangat kagum dengan aku, cara aku handle ujian, cara aku aku buat pilihan dan cara aku menangani konfllik. Dia cakap aku dalam sejuta dan mustahil dia akan temui. Aku tergelak, mana ada. Aku cuma rasa, dalam kehidupan ni terlalu singkat untuk meratapi sesuatu yang aku tahu, at the end everythg gonna be okey. Insha Allah..
.
Aku ada masalah gaastrik. gastrik aku bukan  biasa biasa. Aku tak boleh lambat makan . Dua hari lepas,, aku diuji dengan ujian yang membuat aku terfikir banyak bende dan aku langsung tidak makan apa-apa, bayangkan dua hari aku tidak makan hanya bergantung dengan air. Aku rasa sangat tidak kuat.. Tubuhku sangat lemah, tidur malamku sangat mengganggu tapii aku sangat penat malam tu. Aku tertidur, bila tersedar aku rasa hidungku penuh dengan cecair.. Aku melihat cermin, penuh dengan darah yang membasahi pipiku, aku bergegas untuk membersih di bilik air dan aku muntah aku melihat aku termuntah darah. Aku sangat takut waktu tu. Aku kuatkan diri untuk ke skolah sebab aku ada tugasan yang perlu aku selesaikan di sekolah, tapi aku rasa tak kuat dan aku pergi ke klinik berdekatan..
.
Aku tahu aku stress yang melampau kebelakangan ni, kepenatan, dan still aku ambill ubat doktor selera makan aku tiada dan akhirnya. Aku terpaksa memaksa aku makan, walau aku memuntahkan balik dan ramai yang tegur aku semakin kurus.. Aku senyum je.
.
But malam ni aku rasa lebih okey, dan aku gembira sebab aku berjaya makan walau sedikit tanpa memuntahkan balik setelah beberapa harii aku tak ada selera makan. Alhamdullillah.
.
Insha allah, selepas ni aku akan jaga kesihatan, jaga diri baik-baik. Aku akan persiapkan diri menjadi lebih baik bukan untuk orang lain dahulu namun untuk diri aku. Kemudian untuk orang lain bakal menyusul.
.
Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment