Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

12 July, 2019

Syukur padaMu

Dalam kehidupan ini mereka melihat aku yang sering tersenyum, ketawa dan membuat lawak. Kata kakakku, aku banyak cakap orang kelantan sebut "Lapar Bual". Haha.
.
dan aku susah dibaca tentang apa jua yang berlaku.. Namun, bagi orang yang rapat dengan aku bila aku punya masalah orang tahu ada sesuatu yang sedang aku fikirkan, aku jadi pendiam dan tak banyak cakap, 

Beberapa harini aku diuji dengan kesihatan yang tak baik, alhamdullillah sekarang sihat walafiat..
Ketika diuji, sebanyak mana aku menangis, seteruk mana yang aku rasa aku tetap yakin yang aku mampu hadapi sebab tu aku sabar.. Aku yakin ada kemanisan di penghujung..
.
Hari ni, hari yang paling banyak aku menangis pada Ilahi. Sungguh, aku rasa betapa kasihNya Tuhan pada aku sehingga aku tidak mampu mengungkap oleh kata kata.. Aku menangis semahunya tanda syukur..
.
Sebenarnya, harini aku agak pelik. aku tak banyak cakap. Aku pun perasan perubahan aku, didalam group whatpp heboh pasal result keluar.. Maksud aku result exam. Aku berdebar, aku tawakal pada Allah agar aku lepas pointer 3 aku dah syukur sebab aku rasa exam haritu susah. JAdi aku tawakal, aku janji dengan Tuhan macam mana result aku syukur asalkan lepas 3.. Hampir nak solat maghrib aku buka portal untuk chek. Aku menangis tengok result aku, STRAIGHT A. AKU DEKAN FIRST CLASS !!!.. YA , ALLAH. Aku tak sangka sebab aku tak target aku dekan, aku cuma doakan aku lepas pointer  3. Allah bagi lebih daripada apa yang aku jangkakan. Alhamdullillah. Terima Kasih Ya allah..
.
Lepas solat isyak, aku membaca alunan ayat quran. Aku berdoa dengan sepenuh hati. Aku berbicara dengan Tuhan dalam doaku, aku memanjatkan rasa syukur. Aku mengakui  betapa besarNya nikmat yang Allah anugerahkan kepadaku. Aku menangis, aku memohon ampun kerna selalu leka dan lupa untuk bersyukur..Tak tahu macam mana nak luahkan lagi..
.
Beberapa hari lepas aku diuji sehingga membuat aku down, hari ni Allah memberi aku hadiah, aku menangis tanda syukur. Terima KAsih Tuhan kerna tidak pernah meninggalkanku dan sangat dekat denganku. Meskipun aku hambamu yang sering leka dengan dunia,, ketika aku leka, Engkau selalu menjentik hatiku agar kembali melalui Ujian-ujian darimu. Alhamdullillah :)

No comments:

Post a Comment