Assalamualaikum..
Hari ni aku banyak masa lapang dan aku memberi ruang buat diri untuk 'throwback' tentang suatu ketika dahulu. Aku mengingat kembali saat aku jatuh bangun, saat aku sedih, saat aku down dan lain-lain..
.
Kehidupan ini tidak lengkap tanpa diasak oleh pelbagai ujian dalam kehidupan.
PAda awalnya, aku bertanya "Kenapa Aku?'' namun pada akhirnya aku berkata "Terima kasih Tuhan kerna memilih aku". AKu yakin Allah memberi ujian mengikut kadar kemampuannya.
.
Aku tidak mahu membangga diri namun jauh disudut hati jujur aku katakan, aku sangat kagum dengan diri aku. Ya, aku gadis kecil. Namun aku akui, aku mempunyai semangat juang, semngat yang luar biasa yang aku yakin aku mampu lakukan jika aku bersungguh atas sesuatu perkara. Aku kagum tentang itu * Bangga diri jap*.
.
Orang cakap ketika bercinta ada orang akan kehilangan waktu penting kerna banyak masa bersama 'kesayangan' namun bagi aku aku sedang bercinta dengan diri aku sendiri. Sehingga disudut hati aku, aku berharap aku menemui jodoh spesis sepertiku namun aku tak nak segarang diri aku. Mereka kenali aku dengan seorang yang sporting dan mudah tersenyum namun jika benar benar tahu aku sebenarnya seorang yang sangat garang.. Lately, aku perasan aku sudah lama tidak marah,apa saja yang berlaku langsung aku tidak marah atau ambil hati pada hal yang remeh, apa saja yang berlaku disekeliling dan mengejutkan aku aku rasa persekitaran aku sangat sangat harmoni.
.
Aku terlibat dengan Program Perantis Guru yang memerlukan aku berada di sekolah ada suatu tempoh yang ditetapkan. Aku seperti biasa zaman sekolah dulu mana ada aku banyak cakap, sekarang guru tahu aku banyak berbual dan menyapa mereka. Sehingga time jumpa salah seorang guru lelaki yang pernah mengajar aku dulu "Jieha, chat la dengan anak lelaki saya, mana tahu tersangkut hingga jinjang pelamin'. aku ketawa ada ada je cikgu ni. Dia cakap betul la, dia betul maksudkan. Aku menggeleng sambil ketawa. Jumpa cikgu lelaki yang lain tanya pasal status aku samada dah berpunya and so on. Aku sengeh, awal lagi la.. Part paling kelakar, setiap kali masuk kelas, pelajar lelaki mesti ada yang minta no phone, nak berwhatpp la nak bertanya khabar la tapi aku tak bagi, malas nak layan . hahaaha.
.
Yang kelakarnya time nak ganti kelas lain, pelajar dekat koridor panggil ramai-ramai "Cikguu, masuk kelas saya Cikguu". Siap bagitahu waktu waktu yang free, yang lucu siap datang ajak dekat bilik guru suruh masuk time cikgu takde dkat kelas..Lawak betul.
.
"Cikgu, tinggi cikgu berapa?'', "cikgu lawa la cikgu ni pakai skincare ape?'', "cikgu dah ade boyfriend ke ?''.. Aku terhibur dengan soalan, tapi layankan saja. Bila aku tanya "ada nak minta saya share ape-ape?'' . Pelajar lelaki 'cikgu Share pasal kisah cinta cikgu dulu''. haha aku tergelak. Tak payah la tahu, belajar dulu, nanti awak semua akan jumpa jodoh, Tenang *Nasihat konon padahal nak lari topik*.
.
Back to the main point. Aku seronok dan bersyukur sangat sangat dengan kehidupan aku sekarang, aku sudah boleh memasak. Macam mana aku boleh mengaku boleh masak? Sebab zaman aku tak reti masak, ayah tak nak habiskan apa yang aku masak siap larang aku masak katanya membazir bahan di dapur sebab terpaksa buang, sekarang sejak selalu didapur aku seronok lihat keluarga aku habiskan apa yang aku masak. Aku cuba resepi baru. Aku juga banyak meluangkan masa bersama keluarga, mendengar dan membuat lawak hambar. haha. Yang aku yakin aku pasti akan menangis bila aku berjauhan dengan keluarga nanti.
.
Bila semakin dewasa ni perkara yang aku tidak boleh nafikan aku sangat takut berpisah ajal dengan keluarga aku atau kawan karib aku.. Ya la waktu bersama terasa kian senggang. Sehingga bila aku kehilangan orang yang pernah aku sayang *love/friends) aku rasa macam aku tak berapa nak kisah lagi dah walaupun tak nafi kadang2 sedih. Tapi aku boleh rasakan aku takut kehilangan keluarga aku, sangat sangat takut. Sehingga sekarang aku bersyukur kalau aku dapat berkumpul dengan keluaraga bersama mereka..alhamdullah for everything :)
No comments:
Post a Comment