Persaingan .
.
Dalam kehidupan tidak boleh nafi dimana mana sahaja akan wujud persaingan .
Sama ada persaingan aspek pelajaran, persaingan anak-anak sepupu sepapat, jiran tetangga dan lain lain dalam pelbagai segi.
Pecahan persaingan juga antara secara sihat dan tidak sihat.
.
Kecantikkan, kekayaan, kebijaksanaan, kebaikan dan apa jua yang manusia dambakan turut wujud persaingan.. Fitrah manusia mahukan itu, apabila melihat manusia itu begitu dan mahu menjadi lebih baik.
.
Ada orang lihat orang lain pakai pakaian mewah, kerah membeli pakaian lebih mewah, ada orang melihat orang cantik usaha untuk jadi lebih cantik, ada orang lihat keputusan orang lain cemerlang lalu usaha tanpa henti untuk jadi lebih cemerlang. Sebab tu dikatakan persaingan itu wujud dalam pelbagai perkara.
.
Sebelum aku teruskan dengan penulisan aku. Aku tegaskan AKU TIDAK SEMPURNA.
.
Dimana mana aku berada, aku akan berjumpa pelbagai jenis manusia dan salah satunya jenis yang Suka Bersaing.. Pada mulanya aku tak perasan dan aku tak kisah. Sehingga one day, aku diserang dengan beratus spam whatpp dari seorang kenalan (perempuan). Betapa panjangnya luahan hati dia yang dia bukukan selama ni, aku hanya mampu simpulkan. Katanya "Dia mahu jadi aku, dari kejadian aku sebagai manusia dan semuanya, bagaimana aku boleh diterima sekeliling dengan mudah(mudah bergaul), bagaimana aku mempunyai keberanian untuk meluahkan pendapat aku dikhalayak ramai, bagaimana aku boleh ignore orang yang negatif dan macam mana aku konsisten bersemangat dalam handle suatu perkara".. * Tiba tiba berkaca mata, rasa sebak pula* Aku hharap dia tak tahu yang ketika aku baca luahan hati dia, aku menangis. Sumpah aku menangis.
.
Mungkin benarnya persoalan yang pernah orang lain tanya aku "Jieha, awak ni memang takde masalah ke dalam hidup, tak pernah tengok awak badmood/stress". Tarik nafas jap. Ni lah padahnya kalau tak pernah tayang susah,sedih dekat manusia. Pendam seorang diri. Haha.
.
Back to the main point. Aku menangis baca luahan hati dia. Aku menangis sebab aku tak menyangka insan seperti dia yang meluah sebab jika nak dibandingkan dia jauh lebih cantik kalau nak dibangdikan dengan aku bagai langit dengan bumi, dia juga anak orang berada, dia juga seorang yang pintar. Aku juga selalu memuji dia sebab dia cantik.
.
Siapa sangka, teman yang kita lihat begitu sebenarnya menyimpan hasrat mahu berada ditempatku. Ya allah sebak rasa didada untuk bercerita.. Seingat aku, apa yang aku boleh katakan, dalam kehidupan ini jangan sesekali menanam hasrat "aku mahu jadi ilebih baik daripada si fulan" sebabnya ianya memakan diri.. Yang terbaik ialah aku mahu menjadi yang terbaik untuk diri aku..
.
Benarla kata kata yang aku pernah baca "Disaat kau lupa mensyukuri nikmat Tuhanmu, ingatlah diam-diam ada manusia yang berharap mahu duduk ditempatmu''.
.
Aku pernah dijemput guru untuk memberi motivasi pada pelajar yang akan menduduki at, kata kata aku yang aku ingat sehingga aku sendiri sebak dan aku rasa getaran di hati aku "awak tidak boleh dengar anasir-anasir negatif yang menarik awak untuk jatuh, awak kene kuat, apa jua halangan awak awak jadikan batu loncatan untuk awak berjaya, jangan gunakan alasan masalah keluarga sebab awak malas belajar, jangan gunakan alasan adik beradik awak semua belajar tak tinggi, walaupun awak keluar dari rahim yang sama, belum tentu nasib awak sama dengan mereka. Mereka penagih dadah ? Awak buktikan yang awak bukan dilahirkan untuk itu. Apa yang penting awak harus menerima ikhlas hati ujian awak, awak yakin TUhan aturkan sesuatu yang sangat baik untuk awak. Bagaimana awak mahu masyarakat menerima awak jika awak sendiri tidak menerima ketentuan Ilahi tetapkan ujian awak sekian-sekian?''..
.
Aku hampir menangis meluahkan kata kata tersebut. Aku bukan baik sangat, jauh sekali merasa diri lebih baik dari yang lain, namun hati aku ni, firasat aku menyatakan masalah pelajar yang enggan belajar kerna faktor2 penolak mereka.. Aku masih ingat ketika aku melontar kata kata tersebut, beberapa orang pelajar yang awalnya tunduk namun dia donggak melihat aku, fokus pada input yang aku sampaikan dan menggangguk. tamat waktu kelas, dia antara yang datang dan mengucapkan "terima kasih untuk motivasi tadi''.
.
Sebenarnya sebelum aku boleh spontan bersuara begitu yang begitu menyentuh hatiku, aku banyak masa di bilik kaunseling bersama guru yang ditugaskan disana. Disana bermacam ragam pelajar bermaslah akan datang, 90% yang bermasalah aku boleh simpulkan datang daripada keluarga yang bermasalah. Mulanya mereka segan nak share, tapi lama lama kelihatan selesa. Alhamdullillah. Sebab tu aku merasakan kadang-kadang remaja yang sedang meningkat dewasa ni sedang mencari cari pegangan dan hala tuju namun mereka gagal dapat didikan dari rumah, sebab tu mereka memberontak dan lain lain..Sedih, seorang pelajar perempuan yg cerita tentang latar keluarga dia , pelajar lelaki yang ponteng sebab apa dan lain-lain..
.
Aku selalu doa agar pengakhiran kehidupan aku dalam keadaan baik, biasalah hati ini berbolak balik, sekejap Kita manusia yang sangat taat pada Ilahim andai kata diuji kita boleh jadi seorang manusia yang celaka. Nauzubillahiminzalik, aku tak tahu kenapa, tapi dari dulu dan sehingga sekarang aku tidak pernah tinggal didalam doaku iaitu "aku mahu menjadi manusia yang sangat memberi manfaat untuk orang lain".
.
Kenapalah aku sensitive sangat malam ni, sikit2 touching, bulan mengembang purnama ka? haha. Night :) To be continue..
No comments:
Post a Comment