Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

27 July, 2019

Ujian Setiap Insan

lately banyak juga sempat luangkan masa menaip. Yala bila buka laptop jari jemari gatal menari nari nak menaip. Menulis is one of my fav hobby, meluahkan isi hati yang tidak mahu dicerita secara lisan bahkan melalui penulisan mampu mengeksprekan apa yang kita rasa.
.
Dari zaman sekolah rendah aku berdiari, dulu mana ada modennya, mana ada laptop just tulis dekat buku kecil(diary)hingga aku habis stpm.Luahkan, ceritakan melalui penulisan..Sampai sekarang aku masih simpan, kalau belek balik, aku akan ingat kembali kenangan lucu, sedih, marah, dan lain lain. Aduhai. Bila ingat balik kadang2 aku ketawa seorang diri baca kisah dalam diari aku yang membawa aku ke dunia dulu, baca part sedih, emosi aku nangis sorang2.. Aduhai, aku tak la sensitive sangat cuma agak sensimental sikit. Bukan jarang-jarang tapi selalu.
.
Apa yang aku lalui, sedih, susah, kecewa aku suka pendam daripada bercerita dekat manusia sebab bagi aku manusia hanya mampu mendengar & tidak mampu untuk berbuat apa, mungkin dengan menulis membuat aku rasa seolah aku lega kerna meluah.
.
kdg2 menjadi satu pusat (tempat) kawan2 bercerita masalah/kisah duka sedikit memberi kesan pada aku juga, pertama buat aku jadi lebih berhati-hati(ambil pengajaran) daripada kisah orang lain, yang kedua buat aku rasa syukur dengan apa adanya aku, kerna terlalu banyak nikmat yang aku perlu syukuri atas diri aku nak dibandingkan dengan ujian orang lain..Subhanallah.
.
Lately, aku diasak oleh soalan-soalan kwn aku yang ada masalah cinta. Biasalah orang bila emosi dia akan tanya tips and kadang2 soalan dia agak menyentap tapi aku tak ambil hati sbb faham juga keadaan dia waktu tu(jiwa kacau lagi).
.
Aku sarankan dia ambil ruang untuk tenangkan diri. Jangan cari ex dia sbb konflik melibatkan orang ketiga ni susah juga.

me : Saya sarankan awak ambil ruang untuk diri awak sehari hingga tiga hari, jangan bercakap ketika emosi.

Dia : Bagaimana pula kalau dalam tempoh itu, dia langsung tak carii saya?

me : Jika seseorang lelaki benar-benar mahukan awak, dia akan bersungguh dalam hidup awak, namun selepas tiga hari dia langsung tidak mencari sehingga seminggu, apatah lagi sebulan, awak dah tahu dimana tempat awak. Sy pun pernah rasa, kadangkala saya tak kuat, sy terpaksa block/delete number my ex, jujur tempoh block sy still tunggu dia cari sy, sy block whtpp dia boleh usahakan untuk call sy sbb sy x block call, atau dia boleh usahakn call guna number lain tapi dalam tempoh tu jika dia tak cari saya, saya dah nampak dimana kedudukan saya dalam hidup dia. Maaf saya katakan, bagaimana sekalipun awak berharap nak dia balik, tapi dengan cara memaki hamun, cara awak call dia/spam dia tanpa henti tu bukan jalan penyelesaian. berhenti dan ambil masa.

Sedih? Kecewa ? tapi itulah hakikat. Buat apa awak nak fight dekat someone yang langsung tak fight untuk pertahankan awak dalam hidup. Aku tak kuat, Lillahi tapi aku pernah diuji dengan soal hati perasaan juga, pernah berada disituasi yang sama, kalau nak cakap pasal menyakitkan, usah diceritakan lagi. Tapi sebab aku fikir diri aku, aku kesian dekat diri aku walaupun ex aku pernah janji dia nak jaga aku sebaik mungkin namun dia juga yang selalu buat aku menangis. Ya, orang yang sama. Finally aku pilih aku mahu membahagiakan diri aku, respect diri aku, layan diri aku sebab tu apa yang aku lakukan, lakukan bisness, tolong orang lain bukan untuk sesiapa tapi diri aku sangat menginginkan melakukan itu. Meski kadangkala aku merasakan, dunia ini kadangkala tak adil buat aku, hakikatnya aku cuba menjadi yang lebih baik buat diri aku agar orang lain tidak merasakan seperti yang aku rasakan, aku cuba jadi yang terbaik untuk sekeliling.
.
Bagaimana jua kesalahan yang orang lakukan pada aku, meskipun orang itu tidak meminta maaf, aku sudah memaafkan dari awal. aku redha. Aku maafkan untuk diri aku sebab memang aku tidak mempunyai musuh, bila aku maafkan aku hidup dengan berlapang dada, aku tidak mahu mengungkit kesilapan sesiapa. Yang berlalu biarkan berlalu, as times go on, suatu hari aku toleh ke belakang aku kagum dengan semuanya, sesiapa saja yang pernah singgah dalam hidupku, baik atau buruk. Keduanya mengajar aku menjadi lebih matang.
.
Tika ni, aku berusaha menjadi versi yang lebih baik buat diri, keluarga & masyarakat insha allah.Aku cuba. bukan nak membangga, tapi aku harap sangat sebelum pengakhiran hidupku, aku mampu berbakti untuk mereka. Insha allah. Allah adalah sebaik-baik perancang:)

No comments:

Post a Comment