''Jadilah engkau seorang yang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf,serta berpalinglah daripada orang yang bodoh''.
(Al-Araf:9:199)
Terbaca ayat ini teringat pula aku kata-kata yang aku pegang sejak beberapa tahun lalu
"Never Argue with stupid people,they will drag you down to their level and then beat you with experience'' -mark Twin-
(Jangan pernah bertengkar dengan orang yang bodoh , mereka akan jatuhkan kita di tahap mereka dan memijak kita dengan pengalaman mereka) Lebih kurang begitulah makna yang tersirat ..Aku suka ayat ni , aku ni jenis suka juga berbahas suatu ketika dahulu . Kononnya aku yang betul . (kadang-kadang betul) ..semakin membahas semakin sakit hati pula . Lepas pegang prinsip ni , orang nak bahas apa-apa , biarkan dia . Aku just ''ooo'' even aku dah tahu , biarkan dia dengan ''ilmu'' dia . Aku bukan marah , entah . Silent is golden . HeHe .
''Tinggalkanlah debat.Meninggalkan debat meskipun dia yang benar.
''Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah Taa'la adalah orang yang suka berdebat''.
-Bukhari 12277 dan Muslim (4821)-
So , hujah ni lebih mengukuhkan aku agar diam . Hentikan debat . Scene yang lucu pasal debat , ketika itu , aku , kawan baik aku dan seorang kawan biasa sedang bercakap pasal petua hilangkan jerawat . Aku kata sapukan sedikit bawang putih , kawan biasa aku cakap bawang merah . Kami sibuk pertikaikan perihal bawang putih dan bawang merah . Kawan baik aku hanya diam melihat kami berdua , akhir sekali dengan selamba kawan baik aku cakap
''Bergantung pada bawang kot'' .
Aku dan kawan biasa saling berpaling dan kami ketawa .
Bagi aku ia lucu sebab masing-masing serius , dia dengan selamba mengatakan jenis bawang seolah pengkaji bawang . Hasil pendebatan didapati kedua dua bawang itu boleh di gunakan untuk hilangkan jerawat di wajah .
Tersasar jauh dari tajuk asal . Institusi memandu .
Selesai menduduki spm , aku mendaftarkan diri ke Institusi memandu . Maklumlah kononnya nak dapatkan lesen , nak memandu . Nak jadi pemandu halal . Kononnya . So , aku sama sama kawan baik aku pergi daftar dekat institusi memandu dan aku rahsiakan tempatnya . Orang kata pengalaman buat lesen ini menyeronokkan , dan aku tak sabar nak rasa pengalaman ni . Apabila aku telah melalui pengalaman ni , Sesungguhnya aku harap ini pengalaman aku yang terakhir sedemikian rupa ...
****
''Jieha , awak tak pe la . Cikgu tu baik dengan awk . Saya .. bla . bla ... bla ...''
Aku hanya balas ''oo . hmm . '' Then aku diam . Aku malas nak uraikan panjang lebar , malas nak ceritakan , bagi aku dalam proses belajar memandu dan membuat lesen adalah hal yang aku rasa menjengkelkan ..
Sebenarnya aku ada niat , aku nak tulis something yang indah , pengalaman yang manis dalam hidup aku sahaja dekat diari harian aku , dekat blog aku , Semalam lepas seorang kawan call aku then bagi ayat tu , aku rasa aku nak cerita , cerita pengalaman aku di sebalik takbir dalam menyiapkan lesen memandu ..
Lesan kenderaan motosikal aku daftar sekali dengan lesen kereta , tapi yang siap dahulu adalah lesen motosikal (termasuk ulangan motosikal) , aku lemah motosikal terutama guna gear , aku suka motosikal yang auto , senang ..
Hari pertama belajar kereta dengan seorang cikgu lelaki yang agak kacak dengan usia lingkungan 30 lebih ,hari pertama segalanya baik kerana dia mengajar dengan penuh kelembutan dan ikhtilat .
Pada hari kedua , dia mulai meninggikan suara even pada sesuatu yang remeh , aku pun hairan padahal sesuatu yang dia baru ajar sekali , tak perlu kot meninggikan suara sehingga sedemikian sekali , air muka aku mulai berubah , aku paksa diri senyum . Aku tahu walaupun dia guru memandu , aku hormat dia sebagai guru , aku mahu ilmu dari dia . Aku hormat dia , aku pujuk hati dengan kemarahan dia .Mungkin dia bad mood , aku pujuk lagi ..
Hari seterusnya , nada dia ok . Biasa sahaja , Aku pegang stereng kereta , tiba-tiba dia pegang tangan aku , aku terkejut dan mengelak dari di sentuh . Aku tahu nak ajar aku , cuma kalau boleh peganglah stereng bukan tangan aku .. Aku mengelak , dia seolah faham aku tak suka tindakan dia , dia mulai pegang stereng apabila dia nak tegur .. Tak berhenti di situ , apabila dia ada pegang tangan aku lagi ..Keesokannya aku memakai hand glove ke sana , nak ke tak nak aku kene telan , aku geli bukan muhrim pegang aku , setiap kali dia TERpegang , aku terkejut dan aku menepis .
Untuk tidak keruhkan keadaan ketika aku memandu kereta , dia mencuit di pinggang aku , dengan niat bergurau mungkin , aku terkejut ..
''Gila betul dia ni '' Aku bermonolog dalam hati ..
Aku diam , Apabila aku nak tukarkan gear 1 ke gear 2 , dia tolak paha aku sambil cakap
'' ni , paha kene stedy , nanti lenguh''
Ok . ni dah KETERLALUAN ! aku tak boleh bertolak ansur , tak boleh nak berhusnozon dah ni .
"Tolong jangan sentuh saya , saya tak suka . Biarlah saya ''
ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠّٰﻪ
Surah Al-Hujuraat
ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠّٰﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِـــــــﻴﻢ...
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ} [الحجرات : 12]
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Aku dah tak boleh nak bersangka baik , alah bisa tegal biasa , mungkin bagi dia biasa tpi tidak bagi aku . Aku tak mahu "biasakan" diri aku dengan perkara begini . Errrr . Sejak haritu jadual aku belajar kereta dengan dia terbengkalai begitu sahaja , aku call tanya bila pula aku boleh belajar , dia jawab nanti . nanti . nanti .sehingga ibu saudara aku cakap , "kenapa lama sangat?" aku sampai tak tahu nak uraikan macam mana . Berminggu kemudian aku call balik
''Cikgu , saya nak test JPJ , Ayah saya dah bising ''
''oo , Jieha , awak belajar dekat mana dah ? saya lupa ..''
Masa tu hati aku bagai di robek robek , aku tunggu dia call . memang tak call , aku call dia tak ingat aku dah belajar dekat mana ,. aku beristirfar panjang . Kawan-kawan aku yang masuk lewat dari aku , dah test siap dapat lesen (tapi dengan cikgu lain) , aku masih tergantung . Sehinggalah aku dapat tahu rupanya dah ramai ''senasib'' dengan aku .. Lai Lai Lai ..
Seminggu kemudian aku jumpa dia dan tanya ,
''cikgu , bila agaknya saya boleh test jpj?"
''Awak ni tak pandai langsung bawa kereta awak nak test , awak nak ulang ke apa ? awak nak malukan saya ?''
Aku diam . Ya Allah . Dia ni . Aku tarik nafas panjang , pejamkan mata agar diberi kekuatan , aku mahu pertahankan hak aku dan apabila aku berkata-kata di saat aku marah , pasti mengguris hati
''Tak pe , saya nak test JPJ minggu depan , pandai or tak saya nak test . Kalau dah memang tak de rezeki saya terpaksa ulang juga. Saya mampu bayar'' Aku memberi ayat yang agak kasar . Dia diam dan ''ok . minggu depan ''
Perang dingin antara aku dengan ''cikgu '' tak dapat aku lupakan apabila mengambil masa 2 bulan lebih untuk siapkan . Alhamdullillah aku lulus dan tidak memerlukan ulangan . Bersyukur sangat sangat sebab aku tak perlu hadap muka dia ..
Ada shot cut dalam cerita aku , Before 2 hari sebelum test , dia ada buat latihan untuk aku , aku tahu kali ni aku akan kene marah teruk dengan dia sebab aku berkeras hati nak test jugak jpj minggu depan tu , adalah aku buat kesalahan , bagi aku kecil je kot kesalahan aku , aku termasuk gear 4 sepatutnya gear dua , rasanya cukuplah marah sekali , tapi dia marahkan aku sepanjang perjalanan , bila aku nak bagi signal untuk masuk ke institusi memandu
''Tak payah masuk , jalan terus . ''
Masa tu air mata ni berkolam .,. Aku jalan terus , kemudian dia sambung membebel . Pasal kesalahan tadi , aku naik heran kenapa dengan dia ni ??
Bayangkan dia bukan membebel dengan nada perlahan , tapi dia menengking , menjerkah dan pada hari tu tahu tak apa yang dia cakap ?
''Kamu makan apa sampai begini sekali ? sekali ajar tak faham-faham . menat**g apa eh ?''
Aku terkejut . Astarfirullahalazim . Aku dah lah berminggu-minggu tak belajar kereta dengan dia , dia pun tak ingat dia ajar aku dah part mana , hari aku hampir test dia cakap begitu ?
Aku berhenti di bahu jalan , Aku diam . Macam bingung , Aku tak pernah rasa situasi yang sebegini gila . kasar . biadap . Aku rasa aku tak mahu buat lesen, biarlah aku tak pandai . Getus hatiku .
Dia tanya ''Kenapa berhenti di sini ? Cari nahas KE ?''
Aku menghidupkan enjin , aku bagi signal nak masuk jalan sebab aku berhenti di bahu jalan , aku nampak lori traller besar , arah bertentangan ,. masa tu , memang . aku nak buat biar kami bersimbung ,mati sama-sama ., tapi aku tahu , hati masih ada iman , Allah masih pegang hati aku , Aku pekakkan telinga dan diam sehingga sampai . Tak nak aku mati bersama dia .
Wajah dia , muka dia , kata-kata dia ,suara dia , terngiang-ngiang di telinga aku . Air mata aku menitis laju . Aku tak cerita dekat kawan baik aku . Dia tak perlu tahu ketika itu , cuma muka aku yang masam ..
Keesokannya aku cerita dan kawan baik aku terkejut . Mungkin dia tak marahkan kawan baik aku sebab cikgu tu berkawan baik dengan ayah kawan baik aku tu .Dia minta maaf dengan aku , aku tak salahkan dia , cuma aku tak dapat terima hakikat kenapa begitu sekali dia mengajar aku ?
Kemudian esoknya aku ke pejabat untuk buat pertukaran cikgu , padahal minggu depan dah nak test . Permohonan aku tidak di terima ..
Aku perlu teruskan jua . Satu sesi lagi dia perlu mengajar aku , aku kuatkan hati aku hadapkan muka aku , telinga aku . guess what ?
Dia minta maaf kes tempoh hari . Dia luahkan dia sayang aku macam ayah sayangkan anak , dia teringat dekat aku pada malam hari dia marah aku . Aku diam .
''Cikgu tahu , ayah saya tak pernah buat begitu pada saya seperti yang cikgu buat''Dia diam ..
Sepanjang perjalanan dia diam , langsung tidak bercakap dan aku bebas bagi signal lambat dan sebagainya sebab aku tahu dia dah tak boleh buat apa lepas ni .
Cikgu nak didik orang ada caranya . Cara dia nak didik ''anak'' bukan begitu . Sorry to say , bukan begitu ..Lepas aku lulus , senyum aku ke telinga . Terima Kasih Ya Allah ..
*********
Ingat lagi tak kawan saya yang call saya dari cerita awal yang mengadu pasal cikgu tu?Tahu tak apa yang berlaku pada dia ?
Dia juga senasib dengan aku , cuma dia mungkin lebih teruk .Kisah dia berakhir dengan cikgu tu tukarkan dia dengan cikgu lain .. Tahu tak sebab apa ??
Kawan aku yang ni , cantik . Cikgu miang macam dia of course berkenan , so dia pun ada sentuh , cuma kawan aku kene , siap sentuh lutut dan tumit kaki , tangan usah di ceritakan lagi .Kawan aku pakai hand sock dia still lagi , kemudian kawan aku cakap
''jangan sentuh saya lagi !!'' Tak berakhir di situ , tiba-tiba kawan saya di jerkah *macam situasi saya*,cuma kawan saya terus menangis dan menangis , cikgu tu minta maaf , kawan saya jerkah ''Cukup Kamu Bercakap dengan Aku !'' Kawan aku menghempas pintu kereta dan keluar ..Cikgu tu hanya tertunduk .
Aku bukan nak sebarkan aib dia , tapi agak-agaklah ''cikgu'' , aku ingat aku je yang kene , kawan aku ni kene lebih lagi . Cuma kisah aku sampai selesai lesen dan kawan aku masih tergantung .Kasihan dia .
Bagi aku ni pengalaman pahit aku yang aku sematkan dalam hati aku . Aku pejamkan mata agar aku dapat lupakan , tapi satu persatu mencabar aku untuk menebus kisah pahit ini .
Mungkin kedengaran agar remeh cerita aku , bagi aku ia pahit . Jerkah . Sumpah seranah . Sentuh *yerkk* .aku tak tahan .
Aku berharap agar orang lain tak lalui pengalaman pahit begini , kalau boleh , cikgu lelaki dengan lelaki , cikgu perempuan dengan perempuan agar tidak bermaharajalela syaitan apabila berdeduaan kelak . Aku tak mahu kisah aku terjadi kepada orang lain , cukuplah kamu hanya tahu , bukan merasai .
Air mata . kekecewaan . Terguris hati . Pengalaman menangis sepanjang malam kes teringat trauma tu . Geram . Terutama scene sentuh . Aku jaga diri aku elok - elok , aku tak couple . Senang lenang sentuh tangan , sentuh lengan baju sekali pun kalau berlapik sekalipun aku still rasa hina , jiijik .. Orang lain yang dah biasa aku tak tahu tapi aku tak suka , *muhrim belakang kira*
12.29 a.m .
masa pun mencemburui kita .
Aku minta maaf sebab membuka aib ,
Aku minta maaf sebab aku ceritakan terus .
Aku harap lepas ni
Aku . kau . Semua .
Bijak dalam membuat pilihan kelak .
Tak kira dalam apa jua ,
:)
Saya pun kne jerkah dgn instructor.. dah byr byk.. mmg x tahan.. tiap malam tidur x sng.. mmg sbelum pilih skolah memandu, kne survey dlu instructornya.
ReplyDeleteSaya pun nak luahkan pengalaman saya tahun ni , Cikgu memandu saya umur 25 tahun , saya umur 17 tahun .. first day saya belajar memandu dengan dia , dia dah tanya macam2 contoh " dah tunang ke belum ? , dah ada boyfriend ke ?" . But its okay , tak kesah lah dia nak tanya soalan macam tu .. disebabkn saya cepat belajar memandu jadi cikgu tu tak tahu dah nak ajar apa lagi dan waktu belajar masih ada 3 jam lagi .. jadi dia suruh saya bawak kereta pusing2 .. then masa tu cikgu tu mula mengada-ngada , dia cakap " awak , saya mengantuklah .. boleh tak pinjamkan bahu awak sekejap?" Saya terus balas " eiii no tak boleh " then dia cakap " ala awak ni tak sporthing lah .. sekejap je pls " dalam hati saya masa tu berdebar debar je.. serius geli.. sampaikan saya terlupa nk bagi signal .. then dia gunakan kesempatan tu untuk pukul peha saya.. saya terkejut sangat .. saya rasa macam nak nangis bile dia start sentuh2 saya .. macam2 dia buat dalam masa 3 jam tu ,, then waktu belajar dh habis cikgu tu minta nombor tel saya untuk inform psl jadual belajar ,, saya pun bgi je la dkt dia, then esok lusa dia meseg saya dekat whatsapp " awak .. jum kita tengok wayang , biar saya belanja ." Saya memang tak tahu nak balas apa time tu..jadi saya tipu kata yang saya busy dengan aktiviti sekolah .. then dia balas " okay next time kalau awak free , kita keluar eh " . Saya memang rasa tak selesa dengan cikgu tu .. dan sekarang ni saya masih sedang belajar dgn dia .. saya tak tahu ape lagi yg akan dia buat , saya tak ada tempat nak mengadu, maklumlah mak saya dah meninggal, ayah dah ada keluarga baru dan tak duduk serumah dengan saya dah..jadi nak tak nak saya kena hadap lah juga belajar dengan cikgu tu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi saya pun belajar memandu . Saya 17 tahun , saya pun taksuka bila latihan sbb dia asyik marah saya 🤣
ReplyDeleteSama saya pun belajar memandu juga ..rasa malas nak belajar sbb cikgu tu suka marah2 tengking2 sama macam cerita sis ..mula2 ok sbb dia tak thu saya dah kwin ke belum sbb dia ade sentuh2 tangan laa peha lahh punya nak ttup kesalahan tu dia belanja saya makan kat kantin ..lepas dia tahu saya dh kawin mula lahh dia tengking2 saya cakap saya ni macam2 lahh lambat pickup laa..sekarang minta tukar cikgu sbb dh tak tahan sngat dgan dia tapi sekarang kena tunggu sbb pkp ramai org yang belum latihan dema nak cepat ..harap2 dpat laa tukar cikgu secepat mungkin malas dah hadap muka org tua tu..😭😭
ReplyDelete