Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

26 August, 2019

Love is Cinta

Aku belek kembali foto foto aku yang dikirim oleh kawanku, foto yang diambil secara spontan ketika aku sedang ketawa.
.
Aku amati wajah aku, senyuman aku, aku melihat ada sinar disebalik senyuman aku maksud aku betapa cerianya wajah aku ketika senyum. Aku memerhatikan sepasang lesung pipit aku yang Allah anugerahkan dan tanpa sedar aku tersenyum juga.
.
 BIla aku rasa down, sedih aku tengok video video yang aku suka record, aku tengok foto-foto aku betapa gembiranya aku ketika videoe & foto diambil kemudian aku bertanya diri, mahukah aku kekalkan wajah gembira seperti dalam video/foto tersebut.. Tiada sebab untuk aku bermuram atau bersedih atas sesuatu perkara bila aku toleh dibelakang aku mulai sedar bahawa segala perkara yang aku pernah rasa memberati aku nyatanya cuma sekejap kemudian Allah hadiahkan aku sesuatu yang tanpa diduga aku miliki. Tidak kira dalam apa jua perkara.
.
 Kebelakangan ni banyak sangat masa aku bersama keluarga & kawan-kawan. Percutian & lain lain aku manfaatkan sepenuhnya. Kini aku mulai sedar setiap kata-kata yang pernah aku dapat iaitu enjoy masa muda ( jangan melebihi batas) maksudnya zaman persahabatan/zaman belum berkahwin melancong & gembira bersama keluarga& rakan-rakan ! yes its worth for it ! Alhamdullah for everything.
.
My mom always say again and again for me dulu, anak anak perempuan mesti berkerja jangan hanya duduk rumah dan hanya bergantung duit suami, jangan pernah menanam hasrat atau bermimpi untuk sedemikian tidak kiralah berapa juta suami bagi nafkah. Jadi perempuan biar lincah, biar jika dicampak kelaut tetap boleh hidup. Kini aku mulai mengerti apa yang dikatakannya.
.
 Money is not everything but for me with money i can buy anything i want. Walaupun aku mulai percaya "mati dalam keadaan yang berharta lebih baik daripada mati dalam keadaan yang meminta-minta' namun aku tetap menanam satu azam yang aku perlu menjadi seorang wanita yang berduit. Jangan sesekali meminta wang daripada lelaki dan berdikari. jadi wanita harus bijak dalam mengatur kewangan dan bijak dalam mencari wang jangan didik diri meminta.
.
Jika dulu aku fikir lelaki yang selalu memberi barangan sebagai hadiah atau apa sahaja yang perempuan inginkan itu cinta, aku salah.
.
Jika dulu aku fikirkan lelaki yang selalu ucapkan morning,everning and night everyday with sweet words itu cinta, aku juga salah.
.
Jika dulu aku fikirkan lelaki yang sanggup luangkan masa sedikit untuk aku walaupun seharian sibuk itu adalah cinta , aku salah.
.
Nyatanya bila meningkat dewasa aku mulai sedari, menjadi wanita yang mampu berdikari, aku mulai sedar sekuntum bunga harum tidak mampu mengugat aku, secekak wang ringgit untuk menggoda aku juga tidak mampu dipatahkan, semanis kata-kata yang tidak mampu ditandingi oleh siapa siapa juga tidak mampu mencairkan aku kerna aku mulai sedar cinta yang sebenar yang aku gilakan pada waktu sekarang ialah cinta pada diri sendiri.
.
Aku mulai sedar yang aku sangat mencintai diri aku dengan dasyatnya sehingga aku tidak membenarkan manusia lain menyakitiku, jika pernah aku mencipta jurang agar aku tidak disakitii lagi, aku ciptakan versi yang lebih baik buat diri aku berbanding sebelum ni.Aku hadiahkan diri aku dengan perkara yang aku suka jika aku berjaya capai apa yang aku inginkan dan ianya sangat menyeronokkan.
.
Jika dulu aku pernah terluka dan aku pernah berharap ada seseorang yang datang merawat luka aku dan buat aku bahagia kini aku mulai sedar bahawa itu namanya selfish!
.
Cinta itu ialah kebahagiaan, apabila aku sedang bahagia dengan diri aku dan bakal jodohku bahagia dengan dirinya dan apabila kami bertemu kelak kami akan berkongsikan kebahagiaan kami. Ya itulah Cinta yang sebenar bukan hanya mengharapkan satu pihak sahaja untuk memberi kebahagiaan. Setuju?
.
as time pass aku kagum dengan diri aku. Aku kagum the way diri aku handle something, sifat tenang aku yang aku sendiri tidak tahu darimana aku dapat. Setiap kali perkenalan dengan manusia baru friend aku ingatkan diri aku   bahawa tiada yang kekal dalam dunia atau sifat manusia yang sementara sebab itu bila aku atau manusia itu sendiri yang mulai renggang aku sudah tidak kisah sebab every good bye start with new hello! The best part is the new hello is more better than before. Sebab tu Aku percaya Allah susun sangat cantik perjalanan hidup ini. Insha allah:)

No comments:

Post a Comment