Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

04 October, 2019

Gadis Biasa

Salam Sejahtera!

It has been long time aku tak update my blog. Agak-agak ada yang rindu tak?Hehe.
.
Perjalanan hidup kali ini seperti biasa ada pasang surutnya, paling syukuri aku dikelilingi oleh insan-insan yang sangat baik & membahagiakan.Insha allah moga-moga segala-galanya dipermudahkan.
.
Yesterday, aku dapat panggilan telefon daripada seorang teman dari kampung, kenalan tu aku kenal dia yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang comel. Dia menelefon dan bertanya khabar tanpa sedar dia berterus terang tujuan dia menelefon.
.
Katanya ingin melamar aku kepada seorang kenalannya, tambahnya lagi dia kenal kenalan itu baik agamanya, bekerjaya & kenalan itu yang meluahkan hasrat kepadanya untuk lamarkan kepada aku. Aku terdiam dalam masa yang sama, aku ketawa. ketawa sebab aku tak jangka dia mahu melamar aku. Mulanya aku tidak dapat meneka siapa gerangannya, pada akhirnya dia menyebut nama jejaka tersebut. Aku hanya diam dan dalam masa yang sama tidak percaya. Kami pernah kenal secara tidak langsung suatu ketika dahulu sekadar menyapa & tidak pernah contact antara satu sama lain selepas itu. Entahlah.
.
Namun aku katakan dengan baik, aku menolak dengan baik, aku doakan dia temui apa yang dia cari..
.
Kehidupan ini terlalu luas & mustahil untuk menerokai semuanya.Namun bagi aku semakin aku bergaul,jelajah dengan ramai orang dan banyak tempat, aku mulai menyedari bahawa kehidupan ini terlalu banyak ibrah yang boleh aku pelajari samada daripada pengalaman orang lain juga pengalaman aku.
.
In the same time, membuat aku merasakan sebenarnya aku tidak punya apa-apa. Sungguh manusia itu ramai sungguh yang tinggi ilmunya, ramai sungguh yang banyak hartanya, ramai sungguh yang elok rupanya sehinggakan aku merasakan tiada sebab untuk aku merasa angkuh, sombong dan sebagainya, hakikatnya aku cuma ada sekujur jasad yang dipinjamkan daripada Allah.
.
Aku boleh dibaca sebagai orang yang mudah tersenyum mungkin itu salah satu faktor aku mudah mencipta kawan/kenalan tapi dalam kebanyakan masa sebenarnya aku lebih suka privacy dengan diri sendiri. Menyendiri bersama diri aku sendiri dan melakukan apa yang aku suka. Sebagai contoh, aku suka pada makanan yang manis(dan aku agak berpantang daripada selalu ambil makanan manis), tapi bila aku capai apa yang aku mahukan, aku akan hadiahkan diri sendiri dengan apa yang aku suka, sehari tu aku layankan apa yang aku mahukan, mybe itu yang digelar SELFLOVE. 
.
& Harini pula aku dapat whatpp daripada girlfriend ex aku, em kononnya nak bertanya khabar. tapi aku layankan nice nice jela, aku tau motif dia whatpp aku sebenarnya. Mahu dia ceritakan hubungan mereka yang kian berantakan. Aku hanya mampu mendengar namun tidak mampu untuk berkata apa. Mungkin suatu ketika dahulu perempuan tu merasakan dia yang menang atas 'penarikan diri' aku bila aku tahu dalam relay kami wujudnya 'dia'. Tapi sebenarnya bagi aku, aku yang sebenarnya menang. Aku yang lebih menghormati diri aku, aku yang tidak membenarkan diri aku terus menerus berada dalam kehidupan orang yang tidak tahu erti jujur yang sebenar, aku yang tidak membenarkan diri aku melayani perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam kehidupan aku, dalam ramai-ramai manusia tapi hati aku terdetik untuk memilih orang yang salah, itu tidak mengapa kerana aku tidak tahu tetapi setelah mengetahui hakikat sebenar jika aku terus menerus bersamanya walhal aku tahu kewujudan 'dia', itu salah. Itu tak sepatutnya berlaku kerna hati aku selayaknya untuk manusia yang benar-benar layak untuk menjaganya, manusia yang matang & ikhlas. Insha allah. 
.
Aku tidak takut jika setiap perkenalan aku gagal bilamana aku menemui orang yang salah, yang tidak aku mahu ialah terus menerus berada dalam kehidupan orang yang salah walhal aku tahu dia bukan untukku. Haa gituww :).
.
Everytime berkumpul, bergurau & serius. Bila bicara soal hati & perasaan bersama kawan baikku, perkara yang selalu dia sebutkan "Jiehaa, saya yakin awak akan temui orang yang sangat baik, sebab awak sangat baik orangnya, dalam manja ada tegasnya". Aku hanya diam, aku rasa tak layak pula untuk menerima pujian sedemikian..
.
Tak pernah rasa diri ni baik, cuma selalu rasa diri ini tidak cukup baik. Kdg2 tak dapat nafi jiwa ni agak sentimental, cepat tersentuh kalau tengok orang dalam kesusahan tapi tu lah, time aku dalam kesusahan memang aku susah nak minta bantuan sesiapa sebab aku sangat sangat segan & akhirnya tanpa sedar aku berdikari menyelesaikan masalah..

No comments:

Post a Comment