Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

19 October, 2019

Overthinking sometimes

Its normal sometimes im the most happy person you ever meet and its normal too when u see me the most lowest mood ever !..
.
few days lately, mood swang badly, i try to look for the reasons and i didnt get the answer..
.
aku just ambil sedikit masa untuk diri sendiri, baru ku sedar lately aku busy yang menyebabkan aku jarang bersama diri sendiri, kehidupan yang penuh dengan sekeliling. Macam penulisan yang lepas aku memberitahu ada masa aku sangat menghargai waktu aku bersendirian meskipun aku terlihat gembira bersama insan-insan sekeliling tapi hakikatnya aku sangat menghargai waktu menyendiri dengan diri sendiri. Melayani segala sentimental aku dengan alam dan sekeliling tanpa sesiapa !.
.
Mood yang tak berapa elok juga mengheret aku ke alam overthinking yang aku rasa tak patut aku fikir bukan bukan pada perkara yang belum berlaku. Overthnking aku seolah sudah mengeliling dunia perasaan "kalau macam tu, kalau macam ni''. At the end sedih sorang-sorang..
.
Feelings kali ni seolah feeling macam nak luah tapi tak tahu nak luah apa, nak cerita tapi tak tahu nak cerita apa, sehingga segala urusan aku semalam terbantut. dan akhirnya aku membawa perasaan sesak didada. Hakikatnya, disini apa yang aku paling suka ialah suatu tempat. suatu tempat yang kalau aku menyendiri, aku suka melepak bersama diri sendiri disini. Iaitu diperpustakaan university. Aku akan mencari sudut yang tidak ramai orang atau agak sunyi, disitu aku akan menelaah, membaca atau lakukan sesuatu. Hanya aku. Bila disini aku tidak tahu kenapa, aku rasa lebih tenang,.(mungkin ada yang cakap elok di masjid and bla bla, itu part lain).
.
Hampir beberapa jam, setelah keluar daripada library, perasaan tu rasa lebih kurang. Mungkin ada aura positif disina..
.
And call my mom and tell her that i miss her so much. Aku rasa dah lama sangat aku tak nangis sampai tersesak-esak dekat dia. Tapi kali ini aku menangis betul-betul. She keep give me advice and try untuk korek-korek what happen, hakikatnya aku sendiri tak tahu kenapa, perasaan yang tak senang hati didada.
.
tapi alhamdullillah, aku rasa lebih elok harini, cumnya aku sedar satu perkara tentang diri aku. Bila aku menyendiri dan mencari punca keadaan aku yang agak tidak keruan sometimes ialah aku punya titik kelemahan, bilamana tidur aku terganggu pada malam hari, segala aktiviti pada hari tersebut aku terganggu(emosi,tingkahlaku), aku tidak boleh pada keletihan yang teramat, biasanya tidur aku terganggu apabila aku tidur dalam keadaan takut, keadaan banyak berfikir dan lain lain. Kemudiannya, aku akan diserang oleh mimpi(bukan-bukan), selalunya mimpi aku tu akan muncul sesuatu yang paling aku takutkan, paling aku tak suka & lain-lain. Sehingga membuat aku tersedar & menangis. Part paling teruk aku menjerit masa tidur & biasanya aku akan jatuh sakit/demam. Tapi alhamdullillah tidak begitu kebelakangan ni, hanya bermimpi..
.
kadangkala aku rasa aku ni complicated, aku rasa takut pula sekeliling tak boleh terima keadaan aku. tapi allhamdullillah setakat ni aku tak pernah menunjukkan sisi kesedihan aku pada sesiapa, kebanyakannya waktu aku gembira aku bergaul dengan manusia, bila aku down,sedih aku lebih banyak menyendiri. Sebab tu, kadangkala aku kurang bercakap, beria-rialah mereka yang rapat akan datang tanya aku samada ada masalah or anything sebab mereka kata aku tak seceria selalu. (lawak pun ada). 
.
Buat insan yang memahami, yang selalu ada disisi aku sangat sangat menghargai kalian. 
Buat insan yang pernah singgah sebentar pun terima kasih kerana pernah singgah dan membuka hati aku untuk percaya 'keikhlasan' hati kamu.
Buat insan yang tidak pernah jemu-jemu cuba mengetuk pintu hati, terima kasih atas usaha aku doakan kalian menemui insan yang terbaik untuk kalian.
Buat diri sendiri pula, aku doakan aku akan sentiasa bersama orang yang layak aku cintai & sayangi sepenuh hati sentiasa. Insha allah.

No comments:

Post a Comment