Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

12 December, 2019

Secoret kata

Sudah sekian lama jari jemariku tidak menari disini..
Menari mencatit apa yang terbuku di hati..

Semakin dewasa, semakin aku merasakan aku belajar sesuatu dalam kehidupan,
aku belajar bahawa masa itu penawar segala-galanya.
.
Saat kita sakit, sedih, kecewa dan lain-lain,
masa ialah penawar segalanya.
Cumanya lambat atau cepat untuk pulih..
.
Hebatnya dengan masa, kita tidak pernah berhenti untuk terus berjalan dan belajar,
bertemu dengan ramai orang, kemudian berpisah ke destinasi masing-masing.
Dalam setiap hentian itu, bukan saja-saja kita berhenti bahkan ada sesuatu yang kita pelajari.
Yang hanya dapat kita imbau kembali dipanggil 'kenangan'.
Kenangan inilah yang akan membuat kita tersenyum sendiri, ketawa mahupun sedih.
Rindu akan segalanya meskipun kita tahu ianya tidak akan berulang kembali.
.
Itulah hebatnya dengan peredaran masa,
KIta menjadi lebih dewasa, berdikari dan mengenali ramai orang dengan pelbagai watak.
.
Hakikatnya dalam pertemuan dengan pelbagai ragam manusia, 
kita belajar untuk menghadapi dengan sabar.
seperti mana kita merasakan kita tidak suka dengan watak mereka mungkin seperti itu orang tidak suka dengan watak yang kita mainkan.
Oleh itu, bersangka baik setiap orang itu berbeza, yang membezakan kita dengan mereka ialah jangan pernah berhenti untuk membaiki diri.

No comments:

Post a Comment