Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

02 January, 2020

Be kind

Tahun 2019 sudah melabuhkan tirainya, kini bermulalah episod 2020.
Semakin bertambah usia, semakin bertambah juga pengalaman, pengajaran dan iktibar..
.
Setiap tahun ada sahaja azam tapi tak menjadi tapi bila tak berazam ada ada je yang menjadi..
Lately, mungkin perkaitan dengan beberapa isu pada akhir tahun menyebabkan terbawa sehingga awal tahun ni. Biasalah alam university conflict dalam persahabatan, orang rumah and so on.
Bila berlaku conflict masing-masing punya ego masing-masing. Aku sendiri pun tak boleh nafikan aku punya ego.
.
 Cumanya cara aku ialah aku banyak diam. Bukan membenci, diam mengambil ketenangan dan haluan sendiri. Cara aku menangani conflict ambil masa untuk diri sendiri untuk fikir secara rasional. Sebab aku tahu tindakan terburu buru kelak boleh menyebabkan banyak pihak terluka.
.
Dulu aku paling benci talam dua muka, kawan tikam belakang and so on. Bagi aku , aku boleh terima kalau jenis yang kasar dengan aku as long as bukan jenis baik depan. Padahal bagi orang lain bende tu biasa. Bagi aku aku x boleh terima sebab aku bukan jenis manusia bercakap belakang , jika someone buat salah aku direct akan beritahu itu salah , itu cara aku betulkan sebab bila cakap belakang Seseorang tu tak berubah. Cumanya tu lah ada manusia boleh terima kalau tegur tapi ada manusia tak boleh terima..
.
Cumanya yang aku rasa perubahan yang berlaku dalam diri aku ialah, aku sudah tidak kisah lagi. Dulu aku paling benci talam dua muka. Bila semakin ramai orang yang aku kenali pelbagai muka aku temui. Aku mulai tidak lagi kisah..  Sebab yang lebih kenal diri kita ialah kita bukan orang lain. Yang memakai kasut kita ialah kita bukan orang lain. Yang melalui jalan hidup kita ialah kita sendiri juga bukan orang lain. Jadi, penting sangatkah penilaian manusia terhadap diri kita ? Mereka hanya tahu sekecil perkara tentang diri kita yang mengetahu dan menjalani ialah kita sendiri. Jadi untuk apa kita mahu bersedih dengan apa yang mereka katakan?
.
Cumanya itulah, berhati hati dengan manusia sebegini, yang datang ke satu puak dengan muka yang lain dan mendatangi satu puak dengan muka yang lain. i learned a lot. Jangan sebab sifat yang suka mengadu domba, hubungan silaturahim orang lain putus. Semoga kita semua dijauhi daripada lidah-lidah bercabang dua .

No comments:

Post a Comment