Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

09 February, 2020

Syukur PadaMu

Jika mahu menghitung kekurangan diri, aku akan melihat dalam kehidupan orang lain juga. Bukan membandingkan namun mendidik hati agar lebih mensyukuri nikmat Tuhan. Apabila aku melihat orang lain, masalah, ujian dan pelbagai hal yang berlaku dalam kehidupan mereka membuatkan aku merasa ujian mereka hebat. Apalah sangat nak dibandingkan dengan ujian aku bahkan sekecil kecil perkara kalau nak dibandingkan dengan mereka yang hebat. 

  Apabila kita menyedari bahawa Allah itu menyintai kita dengan dasyatnya. Sangat sangat dasyat.. Sehingga kadangkala aku malu, ibadahku tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada aku. . Kadangkala, aku malu mahu meminta pada Tuhan sungguh aku merasakan aku tidak layak, namun Allah bagi lebih daripada apa yang aku jangkakan, sehingga aku tersungkur sujud tanda syukur. Subhanallah tak mampu aku nak ungkapkan perasaan aku, apa yang aku rasa.. Gembira dalam masa yang sama terasa betapa Allah begitu menyanyangiku dengan dasyatnya. 

  Dalam beberapa hal, aku sangat suka menyendiri, Yalah selalunya aku selalu bergaul dengan ramai orang, berkongsi cerita, melawak dan sebagainya. Namun aku juga sangat sangat menghargai waktu aku bersendiri. Waktu yang mana aku berdialog dengan diri sendiri. Aku melihat kembali tapak perjalanan hidupku yang membawa aku ke usia sekarang.. Subhanallah, benar. Allah itu sangat dekat, bahkan lebih dekat daripada urat nadiku sendiri. Setiap degupan jantung yang berdetak betapa kasih sayang Allah itu Teragung..

  Apabila aku terleka, Allah hantarkan ujian kepadaku, yang membuatku menangis di tikar sejadah meluahkan segala rasa yang aku pendamkan, Menangis meluah hanya padanya. Mungkin cukup dunia melihat aku tersenyum manis, segala permasalahan yang aku hadapi kadangkala terasa besar aku cerita pada TUhan yang Maha Mendengar. Allah itu Maha Mendengar, meskipun tidak Dia kabulkan hajatku hari ini atau tidak langsung dikabulkan hajatku haritu, bahkan Dia gantikan hajatku dengan sesuatu yang menjangkaui akalku sendiri. Maka nikmat Tuhanku yang manakah aku mahu dustakan?.. Bila aku imbau kembali nyatanya ujianku tidak la sebesar ujian orang lain walaupun pada ketika aku merasa besar ujian. Allah letak kita pada sesuatu perkara kerana Dia Maha Mengetahui Tahap Kemampuan kita.

  Apabila aku gembira. Allah juga mengingatkanku agar aku  perlu bersyukur. Dihantarnya orang-orang yang kurang bernasib baik, untuk aku lebih memperingatkan diri bahawa, aku perlu bersyukur..

 Entah bagaimanalagi aku harus ungkapkan. Namun yang mampu aku coretkan disini, aku bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang aku rasa meskipun aku ungkapkan dengan syukur melalui kata-kata tidak mampu membalas segala nikmat yang Allah anugerahkan kepadaku.. Subhanallah.

No comments:

Post a Comment