Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

06 April, 2020

Terima Kasih Tuhan

Sejujurnya ada yang rindu tak untuk membaca monolog aku . Tulus dari hati terus tercatit disini.
Hari ini aku terpanggil untuk menulis. Ya apa sahaja yang ingin aku tulis. Seperti biasa aku suka menulis, bermonolog dengan diri sendiri juga mengimbau kembali kenangan dan perjalanan hidup ini yang membawa aku ke destinasi ini. 

 Meskipun pada jalannya yang pernah aku lalui pernah tersangkut duri, batu penghalang dan lain lain yang pernah membuat aku terhenti seketika.  Namun, sayangnya Tuhan pada aku dia  tidak biarkan aku berhenti disitu saja, lantas di ciptakan perlbagai arah dan jalan agar aku boleh terus melangkah.  Siapa aku jika Tuhan tidak permudahkan segala-galanya.

Bicara soal rezki atau apa sahaja. Syukur alhamdullillah, hidup ini terasa cukup. Malah terasa nikmat Allah itu sungguh agung. Entah macam mana perlu aku huraikan dengan panjang lebar. Sebenarnya, aku tidak pernah terfikir bahawa Allah mudahkan urusan aku. Sangat-sangat mudah. Soal rezki, soal kesihatan dan lain-lain. Sampai kadangkala tidak tercapai dek akal kurniaan daripada Ilahi. Begitu juga dengan manusia sekeliling. Satu perkara yang aku perasan, doa yang Allah makbulkan pada aku. Aku selalu doakan agar Allah mengelilingiku dengan manusia yang berniat baik padaku bukan mahu menjadi parasit atau menumpang kesenangan malahan orang itu tulus menjadi sahabatku. Bila nyatanya aku bersama dengan seseorang dan aku mulai selesa dengannya, tidak hujan dan tidak ribut tiba-tiba berlaku perkara yang tidak wajar untuk aku terus berada bersama toxic. Bagi aku, aku punya pilihan untuk terus hidup bersama manusia yang toxic atau move forward! aku pilih untuk move forward, bagi aku masa aku begitu berharga dan mustahil untuk dihabiskan bersama orang yang tak baik. 

 Bila kita ke hadapan, kita bersyukur dengan keputusan yang diambil dan bila toleh ke belakang mengimbau kembali. Mengapa Allah remove toxic people from our life yang pada awalnya berat untuk kita lakukan, nyatanya kemudian hari kita bersyukur. Allah tahu apa yang terbaik, Allah hadirkan insan-insan yang hebat, luar biasa dan sangat baik.  Terasa kasih sayang Allah itu begitu Agung, tidak mungkin Allah mahu biarkan aku terus menerus bersama orang yang salah. Mungkin sahabat itu juga boleh membawa kita  ke arah kemungkaran, sebelum itu berlaku Allah telah terlebih dahulu menyelamatkan kita. Ingat, Allah itu lebih tahu apa yang dihadapanmu.

Dulu pernah aku kagum dengan kakakku, di usianya waktu itu dia sudah memiliki kereta sendiri. Kerjaya diusia muda dan aku harap aku juga dipermudahkan sepertinya. Waktu tu aku masih sekolah, sekarang Allah telah mengabulkan permintaanku suatu ketika dahulu. Seusia muda aku, aku sudah memiliki kereta sendiri. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga. Allah cukupkan rezki yang tidak pernah putus, aku sangat bersyukur. Disaat aku terfikir yang aku akan membuat sekian-sekian (dalam perancangan), kemudiannya pelbagai pelusuk jalan Allah hadirkan rezki. Subhanallah, tidak mampu untuk aku meluah lagi. Alhamdullillah yang tidak terhingga.

 Bende yang membuat aku sedih juga, bila ada yang membandingkan kehidupan aku dengan mereka. kata mereka aku beruntung kerana sekian sekian sekian.. Aku hanya diam, aku tidak boleh mengaku aku beruntung, dan dia juga tidak boleh menyatakan dia tidak beruntung. Syukurlah, sebenarnya ramai sangat manusia yang tidak bernasib baik. Apa yang kita ada, kita syukur. Bila kita menghitung nikmat Allah bagi, kita akan rasa betapa Allah memberi tanpa meminta apa sebagai balasan.

First, i love me so much :) . Aku tak akan pernah mengizinkan sesiapa untuk menyakitiku atau sebagainya sebab aku mencintai diriku dengan dasyatnya.  Kedua, aku sangat menyayangi diri dan aku amat bersyukur atas ciptaan Tuhan pada aku, dan aku tidak akan membiarkan diriku memperkatakan yang buruk tentang diriku. Ketiga, terima kasih Tuhan atas segala pinjaman yang engkau anugerahkan kepadaku, kelak suatu hari segalanya pasti akan kembali padamu, begitu juga diriku. :) 

No comments:

Post a Comment