Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

02 July, 2020

Nilai simpati

Nilai Simpati..
Entah kenapa, aku dapat merasakan aku mempunyai nilai simpati yang sangat tinggi dalam sesuatu. Aku mungkin boleh marah-marah atas satu perkara tapi tidak untuk masa yang lama.

 

Aku suka membantu orang lagi-lagi bila mereka perlukan pertolongan tapi ramai yang cakap aku terlalu baik dengan mereka yang aku tolong hakikatnya mereka langsung tidak menghargai kebaikan aku malahan mengambil kesempatan atas pertolongan yang aku bagi.
Entahlah. Kadangkala aku membantu orang bukan berniat untuk dibantu, tapi aku sangat memahami bagaimana rasanya apabila kita dalam kesusahan namun malu untuk meminta tolong orang, at the end kita bersusah payah sendiri.  Kerana meletakkan situasi orang lain dalam diri aku membuat aku menawarkan pertolongan. Kadangkala kebaikan aku disalah ertikan.
Persoalannya bukan soal itu.
Disini aku cuma mahu mengatakan bahawa walaupun dunia semakin tenat, isu sosial, isu pelbagai yang membawa kepada petanda dunia semakin tenat.  Aku percaya masih wujud insan yang baik. 
Kata-kata yang paling aku terharu ketika seorang wanita yang menyatakan dia tak percaya wujud wanita seperti aku pada dunia sekarang. Bagi aku, apa sangat pertolongan yang aku bagi dekat dia sehingga dia meluahkan rasa terima kasih sehingga menitiskan air mata. Aku tersentuh. 

 

Aku menerima apa jua yang mengatakan aku munafik, pura-pura baik dengan membantu orang hakikatnya hal tersebut tidak mengoyahkan aku. Aku kenal diri aku dan Tuhan lebih mengetahui isi hati aku lebih dari siapa pun. Itu sudah cukup dan memadai. Saat aku pernah dikutuk oleh sekumpulan 'rakan baik' yang tidak menyukaiku, saat mereka ditimpa kesusahan aku juga yang memberi pertolongan sehingga aku dimarahi oleh rakan baikku kerana membantu mereka. Entahlah aku tidak sampai hati membalas keburukan yang mereka lakukan padaku.
Aku banyak berdialog dengan diri sendiri dan bercerita pada Tuhan tentang perjalanan hidupku. Betapa Allah itu lebih mengetahui bahkan Dia lebih mengetahui apa yang bakal berlaku di hadapanku. Namun, aku sudah terbiasa begitu menceritakan kembali dan meluahkan segalanya pada Dia. Betapa aku menemui ketenangan. Allah itu sangat dekat. Saat aku diuji dengan pelbagai dugaan, kasihnya Tuhan pada aku, Dia membuka jalan pelbagai arah untuk aku lalui. Subhanallah.

 

Beralih kepada nilai empati dan simpati yang aku ceritakan pada awal.  Siapapun mereka, bagaimanapun keadaan mereka aku ingin menegaskan bahawa membantu manusia tanpa syarat itu sangat indah. Perasaannya sangat tidak dapat digambarkan.

 

I am too sensitive dan aku tidak tapat nafikan perkara itu.  
Mungkin juga sensitive ini yang membawa aku kepada kebaikan.
mungkin juga. Aku lebih prihatin dengan sekeliling dan menjaga.
Semoga Tuhan memudahkan segalanya. Amin.

No comments:

Post a Comment