Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

02 August, 2020

Ujian itu pelbagai perkara

UJIAN.. 

Ujian Tuhan datang dari pelbagai cara, ada orang diuji dengan kesempitan, kemiskinan, kesakitan, dan ada juga yang diuji dengan harta kekayaan, kemewahan, anak-anak dan lain-lain..
.
Saat terasa ujian itu Maha Berat. Berhentilah seketika untuk menoleh kepada kehidupan orang lain..
Mungkin hari ini, kamu merasa ujian itu berat. Berat sehingga kamu terasa dadamu sesak, nafas mu sekat, jiwamu kacau, perutmu loya, kepalamu cukup pusing untuk memikirkan semuanya..
.
Berhentilah seketika. Berehat. Allah tidak pernah akan memarahimu ketika kamu mahu berehat. Tidak mengapa untuk berhenti seketika bermuhasabah diri dan menghitung nikmat Tuhan yang tidak terkira.
.
Usah bandingkan diri dengan kepalsuan mereka yang menipu, menayangkan kebahagiaan  yang tiada kesudahan hakikatnya hanya mereka yang tahu kesempitan dan keperitan yang mereka lalui..
.
Ingat manusia sikapnya aneh, ada yang suka memaparkan kekecewaan sehingga manusia lain mencemuh tanda hilangnya hormat dan bertepuk tampar tanda jatuhnya satu kerabat.
dan ada manusia sikapnya yang mahu menayangkan kebahagiaan seolah dia cukup beruntung dan bertuah.
.
Ketahuilah teman-temanku, jangan bermaharajakan kepalsuan keindahan yang mereka tayangkan dan jangan mengata pada mereka yang menayangkan kesedihan, kita tahu, kita akan diuji dengan apa yang kita katakan. Beringat, kadangkala boleh jadi kata-kata kita menjadi pantulan yang membawa kepada diri kita, atau boleh jadi setiap bait kata itu satu doa, yang datang menyelimuti diri kita.
.
Berehat sebentar. Jangan lupa untuk bersyukur, disaat kamu melihat ke atas mereka yang engkau merasakan merasakan mereka tinggi dari kamu dan kamu mengagungkan mereka dan disaat kau berusaha untuk mendaki bagi menyaingi mereka, apabila kamu sampai dipuncak kamu merasa hebat, kamu merasa kamu berdiri sama rata dengan mereka, kamu lupa kamu pernah dibawah.
.

Didik diri untuk tidak mendongak di langit kerana tiada manusia yang sangat sempurna, kita diisi dengan pelbagai kelebihan masing masing yang berbeza.. Hargailah, syukurilah.. Apa yang Allah beri adalah sesuai dengan kamu..
.
 Berlapang dadalah. Terimalah setiap apa yang kamu ada dan cuba perbaiki diri ke arah yang lebih baik ..

No comments:

Post a Comment