Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

16 November, 2020

Alhamdullillah :)

MENUNGGU AKU UPDATE BLOG KE TU ?

lama sangat rasanya tidak meluah dan muntahkan segala isi hati diblog. Sekarang dah kembali pada asal usul banyak tercoret di diary..

Covid19. Mesti rata-rata sudah tahu tentang Covid19.  Wabak yang menyebabkan manusia terpaksa menjaga jarak, menjaga diri dan lain-lain.  Wabak ini sebenarnya telah menyedarkan aku satu perkara.

Berehat sebentar dan punya masa bersama keluarga.
sebentar sahaja sebelum segalanya digantikan dalam talian.

Jika dulunya aku gemar menelaah dan meminjam buku di perpustakaan maklumlah lebih jimat.
Kini aku banyak membaca buku secara atas talian atau ada yang aku beli. Fikir balik tak apalah demi ilmu, ku relakan sahaja wangku terkorban, tak akan berbelanja bende lain tak boleh pula :D,

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Meskipun begitu tetap aku mendoakan segalanya akan baik seperti sediakala. Amin.

Lately aku agak sibuk, pembahagian waktuku dengan pencarian ilmu, uruskan bisness online dan offline.
alhamdullilah, aku suka dengan kesibukan ini, kesibukan yang bermanfaat untuk perkembanganku. Mengatur dan menemukan aku dengan ramai orang, pengalaman yang lebih banyak dan perkongsian ilmu dan idea. Ashikkk :D.

Seperkara yang aku sering doakan.
Aku suka dengan kesibukan yang memberi manfaat untuk diriku namun aku tidak mahu, kesibukanku bahkan membuat aku tidak punya waktu untuk ilahi. Biasanya selepas maghrib hingga isyak merupakan waktu aku berbicara dengan Tuhan, menceritakan apa yang berlaku . Aku tahu Allah Maha Mendengar dan pastinya dia akan memberi sesuatu yang aku mahukan, meskipun bukan hari ini, aku yakin masih ada hari esok.
Dan satu persatu aku doakan penuh harapan, Allah bagi. Subhanallah.  Kadangkala aku merasakan aku sungguh tidak layak untuk semua nikmat yang Allah bagi, tapi sayangNya Allah padaku.

Dengan nikmat anugerah yang Tuhan bagi terlalu banyak sehingga aku merasakan aku tidak layak untuk kufur, aku tidak layak untuk derhaka. Aku tidak punya apa-apa tetapi semuanya Allah yang bagi pinjam :).

Persekitaran yang baik, 
Aura yang baik,
yang paling penting. 
(Keluargaku, kekuatanku)

Apa jua yang orang katakan, 
keburukan, negativity, tepuk dada dan katakanlah 
''Aku lebih kenal siapa aku, lebih dari siapapun''.

No comments:

Post a Comment