Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

13 February, 2021

Sesuatu yang Hilang

Sibuk .

Sibuk itu merupakan satu anugerah yang mana kesibukan yang bermanfaat akan memberi kebaikan kepada seseorang,
kesibukan dalam mengajak maunusia ke arah kebaikan,
kesibukan dalam melakukan perkara yang diredhai,
kesibukan dalam mengejar Cinta kepada Ilahi.
Itu lah kesibukan yang sangat di cemburui.

Sesibuk mana pun aku, setiap hari pastinya ada masa untuk aku curi sedikit untuk memuji kebesaran Tuhan, menceritakan dan menghambakan diri kepada Ilahi.

Sujud dengan rendah hati,
Sembah dengan penuh kerendahan,
Serah dengan penuh keikhlasan.

Namun ternyatanya aku diuji.
Aku diuji dengan kesibukan yang aku rasa  aku terkejar kejar untuk sesuatu,
aku diuji dengan jadual yang berterabur,
seolah tiada susunan, tiada disiplin dan terabur.
Nyatanya aku diuji dengan cara aku menilai orang yang tidak menjaga masa atau mengatur dengan baik.
Ternya terus aku diuji dengan apa yang aku fikirkan.

Habis semuanya tidak tersusun,
Penat, terkejar-kejar dan akhirnya.
Aku termenung sendiri.
Memegang dada untuk mencari jawapan di sebalik sesuatu yang ku rasa.

Kosong. Hilang. Sedih. Kecewa
tanpa aku ketahui apa punyanya.
Puas aku melakukan sesuatu yang tidak aku lakukan:
(Bermain games, Menonton movie, Melihat Video yang lucu)
Aku ketawa, aku tersenyum tapi masih
Jiwa ku kosong.
Hatiku meronta meronta meminta sesuatu.

Sehingga suatu malam, aku tidak dapat tidur.
Hati ku gelisah tanpa aku sedar apa puncanya.
Apa yang aku fikirkan?
Menonton cerita pun sudah, tapi hati ku masih kosong.

Aku cuba bertenang,
Memejam mata dan berbicara dengan diri sendiri.
Apa yang aku mahukan?
Apa yang aku sedang kejarkan?
Ternyata : Dunia yang aku sibukkan.
Aku mencari kebahagiaan , keseronokkan dan apa sahaja yang aku rasa menarik hati aku.
Hakikatnya diri aku menolak.
Aku bukan jenis yang suka membuang masa, menonton cerita, berhibur yang melebih-lebih namun bila aku melakukan sesuatu di luar kebiasaan (membuang masa).
Jiwa aku menolak.
Diri aku tidak dapat menerima.

Puas aku terfikir.
Rupanya, rohani aku memerlukan santapan.
Jiwa aku memerlukan pengisian Iman.
Belum jauh aku pergi, ternyata sayangnya Tuhan pada aku,
di seru aku dengan cara begini.

Aku menangis,
Bukan kerana sedih,
tapi aku menangis kerana Allah tidak pernah melepaskan 
ikatan antara aku dengan Dia.
Dia sangat dekat dan tidak pernah menjauhkan,
namun aku manusia yang sering berada dalam ke alpaan.

Shhhh.
Sudahlah,
Setolol-tolol aku,
Segila-gila aku yang mereka kenali.
Aku ada prinsip sendiri yang tidak siapa bisa mengerti.

Itu sahaja perkongsian dari hati untuk kali ini.
Salam Sayang :) 

No comments:

Post a Comment