Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

06 May, 2021

Bermuka muka

 Sabar merupakan salah satu sikap yang amat mulia. 
Islam menuntut umatnya bersabar.
Orang yang dapat menahan amarah dan kesabaran sangatlah hebat.

Taktala diri cuba mendidik diri bersabar, satu persatu ujian diri.
Mungkin Allah kirimkan sekadar menguji diri atau sebagai latihan bagi menguatkan lagi keimanan.

Apabila salah seorang daripada kamu marah sewaktu sedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.

Sunan Abi Daud (4782)

Aku diuji kali ini dalam kalangan orang yang sangat dekat denganku.

Aku belajar erti kehidupan sebenar sebenarnya bukan mereka yang ada disisi kita selalu, yang menyokong kita di hadapan. Bahkan aku belajar bahawa mereka yang banyak menyokong hakikatnya merupakan seketul duri yang tersemai di dalam daging.  Puas cari di mana sakitnya, makin lama makin mencucuk puas di cari tidak di nampak nyatanya duri yang ada di dalam daging itu sebenarnya yang mencucuk diri perlahan.  Apa yang harus dibuang ialah duri.  Bagi menyelamatkan diri adalah dengan membuang duri tersebut.  Makin lama disimpan makin sakit, memakan diri sedikit demi sedikit.Buang sahaja meski dunia menyatakan buruk kita membuang sesuatu yang sudah sebati.

Kadangkala kehidupan ini sangat tidak adil, namun dalam pemilihan sesuatu yang terbaik adalah dengan menyelamatkan diri sendiri.  Ketika melihat seseorang lemas di lautan, kita berusaha untuk menolong namun kita menyedari bahawa kita tidak tahu berenang, adakah kita akan meneruskan pertolongan atau mencari inisiatif lain? Selamatkan diri sendiri dahulu, jika caranya salah kita mungkin akan sama sama tenggelam yang kemudiannya menyusahkan orang lain pula.  Mungkin ramai yang akan tenggelam.  Justeru itu, carilah inisisatif lain. Selamatkan diri dengan cara bijak.  Sayangi diri sendiri, insha allah sekeliling akan menyusul.

Aku pernah meletakkan kepercayaanku pada seseorang dengan harapan, dia akan menjadi puncak harapanku.  Sehingga suatu hari, aku dihkianati oleh insan yang aku percayai. Lantas aku terduduk. Sehinggalah aku lebih pilih untuk berhati hati dengan siapa yang aku kenal.  Aku hanya membuka cerita yang tiada kaitan denganku.  Justeru itu, biarlah tentang diri aku menjadi rahsia.  Itu lebih baik.  Bercerita pada manusia, apa yang diharapkan? Bagi aku, menceritakan kelemahan, permasalahan atau kesedihan hanya membuka jalan untuk dikhianati oleh si pendengar. Dia akan mengetahui sisi kelemahan. Bila kita mulai sembuh, dia menggunakan kelemahan untuk menjatuhkan kita. Itulah hakikatnya.  

Usah pelik, hakikatnya orang yang kita sangat percayai justeru boleh bertukar menjadi orang yang paling membenci kita. Kebahagian dan kesedihan dua dua perkara yang menjadi dilema. Dikongsi salah, diluah salah. Hati hatilah dengan penipuan.

No comments:

Post a Comment