Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

06 August, 2021

Kehidupan Ada baik & buruknya

Manusia itu memangnya diciptakan dengan penuh kekurangan. Meskipun kadangkala kita melihat seseorang seolah olah tampak sempurna. Hakikatnya, dia sama seperti yang lain. Makin didekati makin kita rasa bahawa manusia tiada yang sempurna.

Ada manusia yang merasakan ketidak sempurnaan dirinya, lalu cuba untuk perbaiki bagi menjadi lebih baik.
Ada pula manusia yang merasakan dirinya tidak sempurna lalu menghindar dan menyalahkan takdir atas ketidak sempurnaan.

Dua insan yang berbeza akan menjadi manusia yang berbeza. Yang sentiasa bersangka baik dengan percaturan Tuhan bagi biasanya akan menjadi manusia yang berfikiran terbuka dan percaya bahawa apa jua yang berlaku, Tuhan lebih mengetahui yang terbaik buat dirinya.  Bagi menyalahkan takdir pula akan merasakan kekusutan, kesusahan dan menyalahkan takdir atas segala yang berlaku ke atas dirinya.

Begitulah di dunia ini, kita akan dipertemukan dengan pelbagai  macam manusia. Ada yang membuka mata kita untuk menjadi lebih baik dan ada yang menjentik hati kita agar menghindari perkara yang tidak baik.

Dalam menjalani kehidupan ini, semakin aku meningkat dewasa, aku menyedari bahawa perjalananku saban hari akan dipertemukan dengan pelbagai manusia. Yang aku tayangkan hanyalah sepasang lesung pipit sebagai 'penyeri diri ini' kepada umum. Sebenarnya, aku menyerap banyak perkara daripada sekeliling. Setiap kali aku rapat dengan seseorang dan menyelami kehidupannya membuat aku sedar bahawa aku dipertemukan bukan saja saja. Sama ada untuk aku perbaiki diri aku ke arah yang lebih baik ataupun untuk aku mensyukuri segala nikmat yang Allah bagi.

Aku juga tidak sempurna, penuh dengan kekurangan. Aku juga pernah menjadi seseorang yang sering menyalahkan takdir suatu ketika dahulu. Aku juga pernah menyatakan bahawa Allah itu tidak adil dengan aku dan sering pula aku membandingkan diri aku dengan orang lain.  Ternyata diri aku yang kurang bersyukur ketika itu dan kurang pula bergaul dengan mereka yang lain. Sehinggalah aku dipertemukan dengan pelbagai macam orang dan aku sedar bahawa Allah itu sangatlah menyayangi aku dengan dasyatnya. Ditimpakan ujian untuk aku terus dekat dengannya. Diberikan juga aku kekurangan supaya aku terus kuat dalam menempuhi ujian. Seperti seorang murid yang menduduki peperiksaan, sejauh mana murid tersebut berjaya menjawab dengan baik? Disitu dalam menilai penguasaan murid dalam isi pelajaran. Begitu juga kehidupan, semakin diuji semakin pula mengerti bahawa ujian itu lebih menguatkan kita.

Aku tidaklah selalu positif, tapi aku usahakan diri untuk bersangka baik. Aku ketawa & menghiburkan mereka yang berada di sekelilingku. Mungkin juga jenisku yang suka bercakap & berjenaka membuatkan mereka mudah terhibur denganku. Tapi itulah, ada masa aku juga terlalu sensitif & memerlukan masa atas sesuatu situasi. Sehingga kini aku sendiri masih belum mengenal diri aku, apatah lagi orang lain untuk mengenalku.

Aku sebenarnya terlalu sensitif atau naif aku sendiri tak tahu. Dulunya aku sering juga diperbodohkan atau istilah lain mudah mempercayai kata-kata orang. Tapi bila aku belajar melalui pengalaman sebenarnya aku terlalu percaya bahawa setiap manusia itu baik dan akhirnya aku yang terluka. Apabila aku berprinsip dan sedikit tegas dalam pendirian, aku menyedari bahawa tiada lagi manusia yang boleh membuliku. 

Aku pun tak pasti apa yang ingin aku sampaikan. Cuma aku bersyukur apa adanya, apa jua perkara yang berlaku dalam kehidupan sebenarnya menyedarkan aku bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya :)

No comments:

Post a Comment