Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

14 August, 2021

Kadangkala Kata Kata itu Racun Berbisa

Kebelakangan ini, aku terlalu mengejar kesibukan yang tiada berkesudahan. Aku letih namun masih berasa bahagia dengan rutin harianku. Aku tampak seolah tiada apa yang berlaku menjalani rutin hari harian tanpa merungut.

kebelakangan ini, aku cuma diuji dengan kesihatan yang sedikit. Demam biasa cuma ada kesan sampingan juga, mungkin ujian kecil yang Allah mahu hilangkan dosa.Sakitkan penghapus dosa. Biasanya, cumanya aku agak terkesan apabila aku cuba untuk kuat dalam banyak situasi memaksa diri untuk tampak tiada apa-apa. Akhirnya, aku kecewa.. Aku terkedu dengan kata manusia yang bukan tahu siapa diri aku, kata-katanya tepat menusuk di hatiku. Aku dirudum kesedihan.
Seingat aku, ketika aku disahkan positive Covid dan kesan sampingan aku batuk, demam, sakit urat dan lain-lain. Meskipun telah disahkan sembuh, kesan sampingan sehingga kini kadangkala masihku rasa contohnya tiba-tiba lenguh belakang, tiba tiba aku terasa macam lelah. Aku merasakan cuma aku yakin ianya akan baik.Mungkin sudah terbiasa.

Sehinggalah, pernah sekali seseorang menyatakan padaku 'Si Fulan kene Covid ok je, takde effect mcm kamu pun'.. 'Kamu ngada-ngada kot''.. ''Yang kene Covid ni mungkin sebab lembik atau pemalas, badan tak aktif', 'Kamu lemah sangat, kamu yang tak nak lawan rasa sakit. Jangan layankan, kene lawan''. Aku terdiam. Kata-kata tu seolah menusuk tepat di hatiku. Yang menanggung dan cuba menahan semua rasa ini adalah aku. Yang lalui cuma aku. Aku terkesan sekali sehingga hatiku terdetik 'Jika tak nak ambil berat atau tak nak ambil peduli aku tak kisah langsung, tapi kata kata tak perlu menyakiti'.

Aku ketawa bila memikirkan. Disudut hati masih terkesan dengan kata-kata. Aku bersyukur, ada hikmahnya apabila aku dilontarkan kata-kata negatif, sekurangnya kemudian hari aku tidak melakukan sedemikian pada orang lain pula. Kadangkala kata-kata itu lagi menyakitkan sampai bila teringat rasa sebak walaupun masa telah berlalu sekian waktu.

Walaupun hanya segelintir mereka yang menyatakan tidak baik sebenarnya tidak patut untuk aku fokuskan tetapi itulah kadangkala kata-kata boleh mempengaruhi seseorang. Tidak dapat dinafikan yang menyokong dan mendorong dengan kata-kata yang baik sangat ramai dan aku bersyukur untuk itu. Tuhan sangat baik denganku. Alhamdullillah.

No comments:

Post a Comment