Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

04 September, 2021

Usah Mengejar

Kebelakangan ini banyak hal yang kedengaran di telingaku kata kata yang berbunyi

''Semakin bekerjaya seorang wanita, semakin sukar mendapatkan jodoh'

''Kebanyakan wanita berjaya kebanyakannya gagal dalam percintaan'

dan lain lain kata yang seolah memberikan gambaran kepada wanita atau perempuan diluar sana bahawa mengejar impian atadu cita cita harus bersedia atau akan berhadapan dengan masalah percintaan. Adakah menjadi wanita yang mengejar impian itu salah? Adakah menjadi wanita yang bercita-cita itu salah? Tentunya tidak.

Sebenarnya, kegagalan dalam percintaan tiada kaitannya dengan status kejayaan wanita itu sendiri. Sifirnya mudah, apabila menemui jodoh yang tepat, wanita itu tidak perlu mengubah apa pun. Kebanyakan wanita yang sempurna di mata orang lain masih kelihatan tidak sempurna dimata mereka yang tidak tepat. Itulah hakikatnya.

Perihal aku, ketika aku masih muda masih tercari cari identiti aku. Mahu jadi apa aku nanti? Dapatkah aku berjaya suatu hari nanti ? atau apa jua yang dihadapi oleh wanita overthinking normal sama seperti yang lain. Semakin difikirkan semakin risau, gundah. Akhirnya, aku melatih diri untuk tidak terus berfikir yang tidak tidak. Sibukkan diri dan mengikuti arus waktu.

Kalau dulunya aku terlalu mengejarkan untuk mendapatkan sesuatu. Apabila tidak dapat aku kecewa. Aku putus asa dan berada dalam kesedihan. Sehinggalah aku berfikir bahawa aku pelru fokus pada diriku, apa yang aku mahukan soal percintaan atau perasaan aku ketepikan.
Tak ku sangka dalam mengejar impian, aku dikejar oleh 'Cinta'. Maksudku, mereka yang mengejarku dan cuba untuk mengenaliku. Benar orang kata, semakin mengejar kesibukan buat diri sendiri sehingga tidak punya waktu untuk melayan drama. Sehingga merasakan mereka yang cuba dekat hanya untuk 'test market' atau 'kalau dapat, dapatlah kalau tak dapat cari lain'. Sehingga tidak membuka ruang untuk mendekati. Mereka yang mendekatiku bukan jenis yang biasa biasa, didatangi dengan pakej yang pelbagai. Begitulah, bila hati terasa mati rasa. Datang apa pun, masih begini.

Biarlah, bagiku tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku percaya bahawa Allah pastinya akan memberikan sesuatu yang terbaik buatku pada masa yang tepat. Tenang Tenang sahajalah :) 
Selamat malam.

No comments:

Post a Comment