Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

14 October, 2021

AMANAH

Menjadi dewasa kehidupan penuh dengan tanggunggjawab sehinggakan ketidakmampuan sesuatu tanggunggjawab bertukar menjadi bebanan. Semakin hari semakin membebankan sehinggakan bagi yang tidak mampu memilih jalan jalan yang salah.
.
Kata mereka seseorang yang memilih jalan untuk mengakhiri kehidupan mereka dikatakan 'tidak berbau syurga' atau 'roh tidak tenang' tetapi kita tak berada di tempat mereka. Bukan maksudku mengatakan membunuh diri itu tidak salah namun melihat sudut pada pandangan keadaan seseorang boleh jadi mereka yang membunuh diri sebenarnya berada dalam masalah mental atau emosi yang tidak terkawal sehingga hilang segala pertimbangan akal yang waras.
.
Kita boleh menyatakan apa sahaja kerana kita tidak berada di tempat mereka. Benar ujian ujian kita berbeza mengikut kemampuan tetapi melihat pada kes bunuh diri yang kian meningkat menyebabkan banyak sudut perlu difikirkan sebelum 'judge' mereka. Doakan yang terbaik buat mereka.
.
Ada orang diuji dengan kesempitan, ada orang diuji dengan ketidakbahagiaan dalam berpasangan, ada orang diuji dengan pelbagai macam hal yang menyebabkan mereka rasa jatuh. Dicuba pelbagai cara tetapi tidak menjadi.
.
Aku sendiri terfikir menjadi dewasa itu kehidupan penuh dengan tanggunggjawab. Setiap amanah yang diberikan, tanggunggjawab dan pelbagai macam hal menyebabkan bahu perlu tegak menerima. Mahu tidak mahu amanah wajib dipikul. Jika gagal seseorang memikul amanah, kegagalan dalam kehidupannya akan terpancar satu persatu.
.
Jika seseorang menitik beratkan soal amanah pasti mereka akan lebih berhati hati.. Namun jika seseorang mengganggap amanah itu sambil lewa, dia bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri bahkan orang lain juga. 
.
Apa yang ingin aku luahkan, aku kecewa dengan sikap manusia yang mengganggap amanah itu perkara biasa. Sehingga amanah yang diberikan Tuhan tidak di jaga, didik sebaiknya tapi dibahagikan kepada orang lain. Hakikatnya, orang lain yang terpaksa menggalas amanah tersebut.

No comments:

Post a Comment