Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

21 October, 2021

Hari Kelmarin

Adakah benar-benar sudah sembuh daripada luka semalam?
sukar melelapkan mata berkali-kali cuba menutup mata, hati rasa sayu, otak mengimbau kembali luka-luka semalam. Lalu aku terbangun, berfikir. Sudah lama tidak aku fikirkan tentang luka lama, penipuan, pengkhianatan dan kekecewaan yang pernah aku rasai.

Sehingga, luka itu mengubah kehidupan aku. Aku mengganggap percintaan itu ibarat satu proses suai kenal, apabila saling bosan dan tidak sehaluan. Dua insan akan memilih arah destinasi yang lain. Kemudian, di destinasi yang baru bermula pula episod suai kenal. Tidak apalah digelar 'sering bertukar pasangan' lagipun itu hanya suai kenal. Desis hatiku.

Jika dulunya aku fikir, aku tidak mahu sering bertukar pasangan seolah tidak setia dan tidak berpendirian dan aku memilih untuk kekal berada dalam hubungan yang menyedihkan, seolah-olah hanya aku penyelamat hubungan aku. Sedangkan yang seorang memilih untuk pergi. Dipertahankan hanya sebab kasihan,mungkin. Waktu yang lama namun tidak bahagia adalah sesuatu yang paling aku sesali kerana tika itu aku memilih untuk kekakl berada dalam hubungan. Mungkin juga ego hatiku pada pendirian tidak mahu bertukar pasangan lain. 

Hakikatnya, aku silap dalam percaturan. Aku dirundum kekecewaan sehingga diriku sendiri kadangkala tidak mahu memaafkan diri sendiri suatu ketika dahulu. Mungkin sangat naifnya aku dulu.  Meskipun bertahun berlalu aku kelihatan sudah 'lupa' dan meneruskan kehidupan. Aku perasan banyak hal yang telah merubah aku.

Aku tidak sesekali mengejar sesiapa meskipun hatiku mencintai/menyukai dia. Aku dengan ego dan pendirian aku. Jika dulunya kekecewaan menyebabkan aku menyalahkan diri aku. Aku mempersoalkan apa salah aku? Apa kurang aku ? Sehingga jawapan yang negatif menyelubungiku. Betapa aku hilang semangat diri sehingga aku merasakan betapa rendah aku meletakkan diriku. 

Sakit, sungguh sakit yang tak pernah aku ceritakan pada sesiapa tentang perjalanan percintaan yang sekerat jalan. Akhirnya, percintaan yang lepas mengubahku pada hari ini. Aku tidak khuatir pada perpisahan dan aku memilih meninggalkan jika aku tidak bahagia.

Kata sepupuku 'Sampai mati kamu tidak akan menemui kebahagian jika sikapmu begini. Pilihlah satu orang dan baikilah dia, daripada dia tiada apa-apa, bincang dan ajaklah berubah''.

Aku ketawa dan tidakku jawabkan kata-katanya. Hati dan pengalaman yang lalu cukup untuk menjawab hujah yang diberikan. Aku pernah menerima seseorang daripada tidak punya apa-apa, aku kira dia akan menerima 'proses kedewasaanku' untuk menjadi versi terbaik. Aku percaya disudut hatiku dia akan berubah menjadi terbaik. Aku mendoakan dia. Sehinggalah, dia sendiri membuktikan bahawa 'i cant turn a boy into man'.

Aku tidak matrialistik, tidak pula memilih kesempurnaan. Mungkin mereka fikir cukup harta atau pakej yang lengkap akan membuka pintu hatiku. TIDAK JUGA. Betul memilih pasangan hidup bukan main-main, selagi ada peluang untuk memilih, tidak kisahlah sekadar suai kenal sekejap dan membawa haluan sendiri setelah aku fikir tidak sekufu. Aku tidak kisah. 

Aku bukan pentingkan diri sendiri tetapi sudah cukup aku mengorbankan perasaanku.Semakin meniti dewasa, aku menyedari bahawa disaat jatuhnya aku, cuma ada diri. Disaat sempitnya terasa, hanya diri dan bayangan yang setia disisi (TUHAN PASTINYA).

Apa jua yang tidak membahagiakan, apa jua yang menyakitkan, apa jua yang menyedihkan. Aku memilih untuk tinggalkan. Kadangkala tanpa penjelasan, tanpa penerangan. Mereka boleh membuat pelbagai spesikulasi tapi aku memilih tidak mahu berdebat. Biarkan diri aku dan Tuhan yang tahu. Seolah tiada hati & perasaan tapi hakikatnya cukuplah diri yang berperang dengan emosi. Tidak mahu aku menyakiti sesiapa dengan kata-kata.

Apa jua yang berlaku langkah terbaik adalah move on dan berhenti menyalahkan diri sendiri. Jangan sesekali menyalahkan diri dan menyebut satu persatu kekurangan diri. Kamu sudah cukup sempurna bagi yang tepat. Perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan temui mereka yang positive. Insha allah.Semoga dipermudahkan.


No comments:

Post a Comment