Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

24 December, 2021

Mati rasa

Mati rasa.

mungkin itu merupakan istilah paling sesuai digambarkan disaat diri ini merasakan seolah kosong.
Ketawa tetapi tidak gembira.
Menangis tetapi tidak sedih.
Yang ada cuma kosong.

Dalam kehidupan ini kadangkala tidak perlu pujian segunung langit, cukup sekadar sepatah kata terima kasih atas sekecil-kecil perkara. Menghargai orang yang membuatmu bahagia meskipun sekecil kecil kegembiraan.

Manusia lupa bahawa segala yang ada cuma hanya pinjaman.
Dari segi apa pun, keluarga, teman, kenalan dan semuanya sekadar pinjaman.
Yakinnya kita menyangka seseorang akan tetap ada bersama kita untuk selamanya atau dalam jangka masa yang panjang, hakikatnya bila bila masa boleh lesap. Sehingga kita meraba raba dalam menyedari bahawa detik perkenalan itu cuma sekelip mata sahaja.

Menyesali itu tiada guna. Kerana yang berlalu tetap sahaja berlalu.
Menerima dan akur pada percaturan itu jalan yang terbaiknya.
patah tumbuh hilang berganti istilah yang sering digunakan. Bagiku pula yang patah dan tumbuh belum tentu sama. Ada lebih dan kurangnya. Cuma, bagiku meratapi sesuatu pada masa lalu merupakan kesia siaan yang tidak mahu aku lakukan. Sudahlah dengan kebodohan lalu, tidak mahu aku fikirkan lagi.

Yang pastinya sekarang, mereka yang meratapi kepergianku.
Pastinya, sebab aku pergi itu dengan seribu tanda tanya.

No comments:

Post a Comment