Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

15 February, 2022

Soal Perasaan

Jangan bermain main dengan perasaan. 
Itu pesan ayahku kepadaku, kata ayah jika kita tak suka seseorang jangan sesekali memberikan harapan. Risau nanti orangnya akan berharap. Kata ayah juga, kadangkala niat kita hanya mahu berkawan tetapi disebalik pihak lain inginkan lebih daripada seorang kawan.

Hal hal yang melucukan tentang aku, aku kelihatan mudah didekati atau istilah lain friendly, aku boleh bertegur sapa. Percaya atau tidak aku tidak memiliki kawan baik lelaki, istilah kawan baik yang aku maksudkan aku tidak punya kawan yang selalu ajak makan sama-sama, menonton wayang atau melakukan banyak aktiviti. Kawan lelakiku sekadar kawan menyapa kemudian membuat hal masing-masing. Entah mengapa, setiap kali aku ada seorang kawan lelaki, mereka terpaksa menjauh dariku dengan alasan wanitanya 'cemburu' kadangkala kecemburuan mereka menyebabkan hubungan mereka putus. Padahal tiada apa yang aku lakukan melainkan bicarakan soal perkara penting. Akhirnya, aku tidak punya kawan lelaki.

Kedua, bila aku rapat dengan seorang lelaki. Aku mulai anggap dirinya kawan dan akhirnya mulai menjadi janggal bila 'dia' meluahkan rasa suka padaku. Aku tidak boleh suka sama kawan aku sendiri. Aku cukup kenal diriku. 

Ketiga, bila aku cakap 'kawan' ianya akan terus menjadi kawan dan tidak usah cuba menjadi kekasih kerana aku kenal diriku. Bila kata A, ianya akan A tidak mungkin B.

Bicara pasal ini, seseorang pernah berkata padaku aku terlalu memilih dalam mencari pasangan hidup dan aku terlampau mencari yang sempurna. Bagi menjawab tuduhan itu :

a) Mungkin ya. Bagi aku yang pernah silap memilih kekasih hati, perlu aku memilih sesiapa yang aku rasakan akan menjadi pasangan hidup sehingga tua.

b) Mungkin tidak. Aku tidak memilih namun aku mencari pada dia yang ku rasakan selesa. Jika memilih baik, semua orang bisa menjadi baik. Untuk mencari yang selesa itu sukar meskipun seseorang itu baik belum tentu kita selesa dengannya.

Aku kenal ramai orang yang namanya lelaki dan bermacam ragam aku perhatikan. Perwatakan, percakapan dan perilaku yang mereka lakukan. Bahkan ada yang aku cuba untuk cintai dan mencari titik keserasian berkali-kali. Namun hatiku tetap menepis. Bila aku yakin tidak ada keserasian dan aku nekad putuskan. Kedengaran agak pentingkan diri sendiri tetapi aku tidak boleh menipu rasa aku, tidak boleh berpura-pura ketawa padahal hambar di dalam hati. Mungkin selayaknya dikejar kejam keatas aku, apa patut aku terus berpura-pura bahagia dan akhirnya aku yang menangis seorang diri kerana tidak bahagia?

Pasangan itu memainkan peranan yang besar, bila diri bahagia. Hubungan itu akan ikut bahagia, jika berlaku sebaliknya, bagaimana mungkin akan bahagia? Buat yang bergelar pasanganku, seringkali aku tanyakan 'jika tak bahagia bersamaku, silakan cari kebahagiaan pada dia yang kamu rasa yakin'. Aku menekankan soal itu, penting rasa nyaman, tenang, percaya dan yakin pada seseorang yang bergelar pasangan. Jika itu tiada mana mungkin boleh bahagia. Usah menipu rasa sendiri!

Buat yang pernah melepaskanku supaya aku mencari bahagia yang aku inginkan. Terima kasih, aku sangat menghargai. Terima kasih memberi peluang untuk aku bahagia dengan pasangan yang aku impikan.

No comments:

Post a Comment